Nafas semua pelajar bagaikan tak teratur. Tersekat2 di rongga nasal.
Pengetua dan semua orang yang perlu dihormati di hadapan mereka seakan2 kecewa dengan mereka.Kerusi sebanyak 32 buah telah diisi oleh 32 orang pelajar dari kelas itu. MIJ yang tidak bersalah turut serta terkena tempias.
"Apa nak jadi ni?! Korang tolong sebut nama sekolah ni kejap dan bagitahu macam mana korang boleh tahu sekolah ni. Seorang demi seorang. ",pengetua memberi arahan dalam nada kecewa dan sedikit marah.
"Mahnificent Highschool" jawapan semua murid adalah sama, seorang demi seorang.
"...sebab sekolah ni terkenal.. "
"...sebab atok saya suruh... "
"...sebab kakak saya sekolah kat sini.. "
"...sebab sekolah ni sekolah orang kaya... "
Itu adalah antara petikan jawapan daripada pesalah2.
"Korang sendiri yang akui kata sekolah ni, hebatlah, terkenal, orang kaya, mewah, kluster, genius, dan macam2 lagi lah... Tapi, korang sendiri yang calarkan imej sekolah sendiri. Korang tahu tak? " soal pengetua lagi. Semua pesalah hanya mampu tertunduk malu. Tiba2 bunyi kerusi bergesel di lantai, tanda seseorang telah bangun.
"Pengetua, maafkanlah kami kerana telah mencalarkan imej sekolah. Maafkan kami sebab tak mentarbiah diri kami sendiri. Hukumlah kami, asalkan guru2 memberkati kami dan tidak membencikan kami... " pohon pelajar lelaki yang bernama Hadi.
Semua pelajar hanya mengangguk lemah tanda menyetujui kata2 Hadi tadi.
"Baiklah kalau begitu... Saya serahkan keputusan kepada Penolong Kanan HEM dan guru disiplin. " lalu pengetua berundur keluar. Mungkin pulang ke pejabatnya.
"Digantung sekolah selama tiga hari dan kamu semua dilarang tinggal di asrama selama tiga hari" setelah keputusan dikeluarkan, tanpa salam, guru2 keluar daripada kelas tersebut.
Meskipun guru semuanya telah keluar. Namun, kelas itu senyap. Senyap seperti kubur.
"Puas hati kau? Dapat apa yang kau nak? " soal Halal kepada Ema. Ketidakpuasa hati masih ada dalam hatinya.
Ema hanya mengeluh perlahan. Ya, dirinya yang bersalah. Kalaulah dia tidak memulakan pergaduhan tadi.
Flashback.
Amy dan Ain keluar ke koop. Ema tiba2 terfikir, ke mana Amani dan Halal pergi selama 10 minit selepas perhimpunan. Selepas itu, berbisik2 sesama sendiri.
"Hoi, korang buat apa tadi? " soal Ema, kasar.
"Perjumpaan lah" jawab Amani, kasar juga.
"Ouh... " Ema hanya mengangguk faham.
"Tapi, kenapa serentak dengan BTD dan pengawas PS? Korang ada misi apa2 ka? " Maisara datang menyampuk sambil membuat muka keliru.
"Tak buat apa2 pun... " jawab Halal, lemah lembut jee...
Tiba2 Fadhli menghulurkan kertas kepada Amani dan Halal.
"Ni pasal meeting tadi" kata Fadhli sebelum berlalu pergi. Kemudian, MIJ keluar bersama beberapa orang kawan mereka.
Ema yang berasa diri tertipu terus cuba meragut kertas tadi. Namun tanpa disangka, Amani menunduk untuk mengambil baranv terjatuh. Lalu, dia pun tertarik tudung Amani.
"Woi" Amani sempat memyelamatkan mahkotanya daripada kelihatan.
"Kau pahal teruk sangat Ema?! " berang Halal.
YOU ARE READING
Twins Fighter! [C]
Teen FictionEma dan Amy, pasangan keras kepala yang selalu sahaja bergaduh, dan nak tunjuk 'siapa paling kuat'. Sekolah ini dah macam tempat untuk bermaharajalela bagi Ema, Amy, Amani, Ain dan Halal. Setiap kehidupan, tak sempurna kalau tiada dugaan dan ujia...