TFP49

1.5K 102 54
                                    

Jubah besar ini disarungkan. Tidak lupa juga, topi yang mempunyai bulu yang tergantung di sebelah tepi. Ema memandang Amy yang masih tercari-cari rupa kedua orang tua mereka.

Di dewan yang serba indah ini, diiringi muzik gambilan yang mendamaikan, bersaksikan para hadirin di dalam dewan ini,

Akhyar Fatimah dan Akhyar Amirah telah berjaya menghabiskan pengajian PhD pada umur 27 tahun. Yeah!! Bahagia? Semestinya.

Ema dan Amy berpelukan diluar dewan itu sambil menunggu kehadiran insan yang tersayang.

Kemudian, Puan Rosila yang bertudung itu melambaikan tangan ke arah anak kembarnya. Ema dan Amy segera berlari ke arah padang rumput yang penuh sesak itu. Panas nak mati.

"Arghh... Alhamdulillah, tengoklah ni!! Dah berjaya"jerit Ema kepada orang tuanya . Kemudian, kedengaran suara berdehem membuatkan Ema dan Amy berpaling.

"Bunga!! " perubahan kembar itu sebanyak 360 darjah, menjadikan mereka persis gadis melayu terakhir. Antaranya, meminati bunga.

Adli Hakimi menyerahkan bunga kepada tunangnya, Ema manakala Amy menyambut huluran bunga dari seorang lelaki dan terus memeluknya.

"Abang, tengoklah ni" dia gembira menunjukkan silinder panjang ditangannya. Raykal Irfan tersenyum lalu mengucapkan tahniah kepada adik kembarnya ini.

"Balik nanti, kita pergi kubur atok dengan nenek ye? Kitorang nak tunjuk yang kitorang dah berjaya macam yang atok dan nenek inginkan" kata Amy lalu menyeka matanya yang kelihatan bergenang. Rindu kepada pasangan tua itu tidak perlu dipertikaikan.

Takdir Allah telah menetapkan Haji Aziz dan Hajah Mareah mati kemalangan akibat pertembungan kereta mereka dengan lori kerana pemandu lori itu mabuk lalu membelah kereta Velfire tersebut.

Pedih?

Perit?

Sedih?

Jangan tanya soalan bodoh macam itu, sudah pasti mereka merasa satu kehilangan besar buat mereka.

Penat mereka meraung, pengsan kerana tidak dapat menerima kenyataan ini. Namun, sedarlah bahawa diri ini adalah hamba, hamba Allah. Memang sudah tiada apa lagi untuk mereka melawan qada' dan qadar ini.

Tapi, siapa tahu. Disebabkan kejadian ini, Ema telah berjumpa dengan Adli Hakimi dan mula menimbulkan bibit -bibit cinta. Kini, mereka telah mengikat tali pertunangan. Amy sahaja yang masih single di sini.

Kawan-kawan rapat dahulu tidak pernah dilupakan,

Amani, telah berjaya mengejar impiannya sebagai pengumpul koleksi kereta mewah. Kereta-kereta tersebut dijaga rapi olehnya tetapi, dia tidak sombong dengan kekayaannya malah baik sahaja orangnya.

Halal, selamat terbang ke Korea untuk menyambungkan pelajarannya dalam bidang apa entah, sukar untuk disebut. Dari dulu lagi, asyik meminati Korea saja, sekarang tergedik-gedik pula nak balik Malaysia.

Ain, perempuan bisnes ini tidak perlu ditanya lagi. Dia amat terkenal dalam dunia peragaan sebagai pereka fesyen dan model muslimah di peringkat antarabangsa. Sibuk memanjang.

Qas, budak annoying tu? Tak payah cakap pasal dia. Memanjang kerjanya adalah melukis. Melukis. Melukis. Tapi tidak apa, bagus untuk dirinya jika meminati aktiviti tersebut. Jangan terjun bangunan sudah... Mana tahu, nanti boleh jadi pelukis komik terkenal kan?

Daddy dan isterinya, sekarang sedang menunaikan umrah bersama Qas. Melihat post-post di insta jelas menunjukkan kebahagiaan yang tidak terkata di tanah suci itu. Wahh.. Bestnye diorang!!..

MIJ? Ema dan Amy sudah lama lost contact dengan mereka. Mungkin terus menjalankan perjalanan dakwah mereka. Namun, ada ura-ura mengatakan, ada di antara mereka yang sudah bergelar jutawan di negara timur tengah. Apa pun, Wallahu a'lam...

***********

Ema mengikat tali di belakangnya. Begitu juga Amy. Purdah yang berwarna hitam itu telah menutupi kesemua wajah cantik milik mereka berdua. Hanya mata sahaja yang kelihatan. Dengan jubah longgar dan cantik itu, mereka lekas berlari menuruni tangga menuju ke arah Toyota Estima di hadapan rumah Haji Aziz.

Hari ini, berlangsunya akad nikah Raykal Irfan dan pasangan hatinya, Sofea Sakinah. Pasangan itu, ibarat merpati dua sejoli. Pinang dibelah dua, cincin dengan permata dan segala peribahasa yang ada di dunia.

Masjid itu riuh mengucapkan syukur kerana dengan sekali lafaz, Sofea Sakinah telah sah menjadi milik Raykal Irfan. Sedang seronok mengusik dan mengambil gambar, Encik Zafuan menyuruh Ema dan Amy bersalaman dengan mak cik dihadapan mereka.

"Anak kau mana? Tk silap aku, diorang ni satu sekolah dulu. " terang Encik Zafuan.

Ema dan Amy masing-masing hairan dengan pernyataan ayah mereka. Siapa pula anak mak cik ini? Mak cik itu kemudian mempamit anak lelakinya ke sini.

"Assalamualaikum" anak lelakinya itu pantas menyalami tangan lelaki sebaya ayahnya.

"Faizi, kenal tak dengan dua orang ini? " soal mak cik itu. Faizi hanya tersengih lalu menggeleng perlahan kepalanya.

"Macam mana nak tahu, diorang berpurdah" menyedari itu, ketawa Encik Zafuan meletus.

"Anak pak cik ni, Akhyar Amirah. Yang itu, Akhyar Fatimah. " terang Encik Zafuan. Macam bersungguh-sungguh aje ni? Ada apa-apa ke?

"Ouh.. Ema dengan Amy ke?" soal Faizi lagi. Terus dia mengangguk kenal. Siapa yang tak kenal dengan kembar dua ketul ni?

"Kalau dah kenal tu lagi senanglah kerja kita" ujar Puan Rosila pula. Kemudian mereka ketawa senang. Bahu Amy dicuit oleh Ema.

"Aku dah bertunang dengan Adli, nampaknya jodoh kau dengan Faizi. " usik Ema kepada Amy. Amy yang malu-malu kucing itu lekas meminta diri. Tak betah nak berdiri di situ lama-lama.

"Bila nak meminang? " seloroh Raykal. Sengaja ingin mengusik Faizi.

"In sha Allah, dalam masa terdekat'' balas Faizi. Semua terkejut, kemudian ketawa lagi. Entah apa yang kelakar pun tidak tahu.

"Bagus, semangat macam ni kita mahu" puji Encik Zafuan sambil menepuk lembut bahu Faizi.

Amy yang curi-curi dengar itu sudah merah mukanya menahan malu. Aduh.. Macam mana ni?!

Tamat.... ♥♥

Twins Fighter!  [C]Where stories live. Discover now