TFP45

980 86 12
                                    

Amy memandang kanak2 tersebut dengan pandangan tajam menikam.

"Aku Amy, bukan Ema,  kau pekak ke apa? Gilaa" Amy berkata di depan muka kanak2 itu. Badannya dibongkokkan sedikit untuk menyamai ketinggian kanak2 tersebut.

"Amin tak percaya apa yang Kak Ema cakap. Umi cakap,  orang yang derhaka kepada Allah,  azabnya syadid tau! Jangan kerana sehelai rambut,  tubuh Kak Ema binasa dalam neraka" nasihat kanak2 itu. Mainan itu dipeluk kejap. Kemudian dia membetulkan kedudukan kupiah(?) nya yang senget sebelum pergi meninggalkan Amy seorang diri.

Amy terkaku di situ. Budak sebesar itu dah pandai bercakap pasal syurga neraka. Aku?  Ke laut...

"Amy!" jerit Ema. Tangannya dilambai tinggi. Amy yang baru tersedar dari lamunan segera ke arah Ema dan Qas.

"Beli apa? " soal Ema. Coklat di tangan, Amy tunjukkan. Ema mula bercerita mengenai kisah bersama Qas sebentar tadi,  Amy mengangguk padahal otaknya memikirkan kata2 Amin tadi.

.
***********

Amy berbaring di atas tilam empuk miliknya dan Ema. Kemudian dia menyumbat telinganya dengan sepasang earphone, memang begitulah hobinya setiap hari. Kemudian dia hanyut ke alam mimpi sambil memikirkan kata2 Amin.

Setelah beberapa minit terlelap,  Amy bangun mengejut. Entah apa silapnya,  dadanya berombak kencang. Kemudian,  dia pergi ke arah tingkap lalu menyelak langsir. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat langit hitam zulumat.

Kemudian,  dia membuka tingkap itu secara kasar. 'Menyeramkan betul la'
Angin kuat yang bertiup menyerabaikan rambutnya.

"Kuat gila angin!!! " Amy melolong kuat. Barulah dia tersedar,  ke mana Ema? Dia kemudian pergi ke arah cermin solek untuk menyikat rambut.

Allahuakbar!  Mukanya bukan seperti Amy tapi pantulan muka ini adalah wajah yang melecur teruk dan hitam. Terdapat sisa api kecil di rambutnya. Dia merasa rumah seakan bergegar. Amy sudah kehilangan punca. Dia mula berasa badannya sakit-sakit. Bagaimanakah ini?!  Dia meluru ke pintu untuk membuka pintu tetapi,  di hadapan pintu terdapat satu kawah api plus larva yang mendidih. Buih2 letupan itu membuatkan Amy gerun. Dia mula meraung ketakutan.

"Tolonggggg!!  Ya Allah,  takutttttt"

Terus Amy terjaga. Badannya sudah basah lecun seperti mandi. Liurnya ditelan berkali2. Dia mengesat air matanya yang melimpah keluar membasahi pipi mulusnya itu.

Kemudian, dia memeluk lututnya dan menangis. Ema yang terdengar tangisan itu meluru ke arah adiknya.
"Kenapa ni? "

"Aku takutt"

"Aku kan ada... "

"Takk!!!  Kau tak boleh tolong pun! Hanya diri aku yang boleh tolong diri sendiri! " dia meraung lagi. Hatinya benar-benar takut dan resah.

"Allah kan ada? "

Amy mendongakkan mukanya lalu memandang mata Ema. Dia kemudian mengangguk laju. Ya,  Allah ada.

Terus dia pergi ke tandas untuk mandi dan berwudhu'. Dia mendirikan solat sunat taubat. Ema turut menyertai adiknya. Doa dipanjatkan dengan bersungguh2. Bukan mereka tidak tahu mengenai kewajipan yang perlu dilakukan dalam agama tapi,  mereka mengabaikannya kerana tiada kesedaran dalam diri.

**********

"Aku. Nak. Pinjam. Tudung. Kau. " satu2 dituturkan oleh Amy kepada Ema.

"Serius? " sengaja loghat indon digunakan oleh Ema.

"Yup.  Aku yakin" ujar Amy dengan muka penuh keyakinan.

"Esok aku pakai"

.
************

Haji Aziz mengerdipkan matanya kemudian mengangkat keningnya. Dia tidak dapat mengecam mana satu adik, mana satu kakak? 

"Ema? " dia menoleh ke arah kiri.

"Ya atok" kanan menjawab.

"Amy? " dia menoleh ke arah kiri.

"Ya atok" kanan jugak yang menjawab.

"Eh?  Mana satu ni? Ya Allah" atok mereka menggeleng perlahan. Makin dimamah usia,  makin pudar pandangannya.

"Hahaha.. Kelakarlah atok ni" kembar tersebut ketawa di ruang makan itu. Sarapan hari ini memberi kejutan besar buat keluarga kecil ini.

"Mana2 pun boleh atok,  sebab Amy adalah Ema dan Ema adalah Amy..  Sama kan? " ujar Ema dan Amy. Itqan menggeleng sambil tersenyum. Bersyukur pada Allah kerana memberi hidayah kepada Amy.

Twins Fighter!  [C]Where stories live. Discover now