Minggu ini akan diadakan hari kantin!
Yeay!! Toksah belajaq..
Ema dan Amy berjalan di setiap gerai untuk mencari makanan yang lebih best daripada biasa!
Cucur cicah coklat? Macam best...
Not 3 ringgit diberi. Mereka pun menuju ke kantin untuk menikmati makanan tersebut.
Tiba2 air kotak milo diletakkan di hadapan mereka. Eh, sapa yang baik ni?
Mereka mendongak dan.... Ianya Raykal.
Setelah duduk di atas kerusi, dia pun mula berborak dengan kitorang.
"Lama tak jumpa... Dekat2 dua minggu dah tak jumpa" Raykal memulakan butir bicara.
" hmm.. Kitorang malas nak turun. Waktu tu dalam zon bahaya. Takut kena terajang pulak dengan peminat cikguDaniel. " kembar itu ketawa hambar.
"Akhyar"
Kedua2 mereka pun mendongak.
"Nak tanya sikit bole? " Raykal menyumbat roti kedalam mulutnya.
"Tanya je... "
"Mak ayah korang kat mana? Meninggal ke? "
"Diorang.... "
🎈🎈🎈
Fatih hanya memerhati pelajar2 yang membeli di gerai2.
'Siapa nak datang kat gerai pengawas ni... Bosannya jual nasi lemak' matanya beralih kepada kembar yang sedang membeli cucoklat.
'Kenapa tangan Ema berbalut? '
Hatinya teringat kembali peristiwa beberapa hari lalu."Hoi, buat apa tu? " Jerit Fatih. Walaupun baru form 2, suaranya yang lantang mampu menggengarkan satu blok.
Ema yang sedang mencekik seorang senior perempuan mengalihkan pandangannya ke arah Fatih.
"Aku tengah cekik orang, kenapa?! Kau nak ke?! " Ema kembali melawan jeritan Fatih.
Fatih terus menolak Ema untuk menyelamatkan senior perempuan itu. Senior tu memang menangis terketar2, Ema pun terjatuh dan badannya tertolak ke arah tingkap nako. Tangannya di bahagian pergelangan berdarah kerana terseret di kaca itu.
Amy terus mencekik leher kemeja Fatih.
"Kalau kau tak tahu apa yang betina ni buat, better jangan masuk campur, Fatih! Jangan sebab kau tolak kakak aku, nyawa kau melayang! Ingat tu!! " terus dia menolak Fatih secara kasar.
Senior itu kemudian bersuara,
"Ema, Amy, a-aku m-m-mintak ma-af- sebab ta-ta-di... " terus dia menangis dan masuk ke tandas.Fatih memandang ke arah Ema dan Amy, dia merasakan bahawa senior tadi mungkin salah yang menyebabkan mereka mengamuk.
Tapi, belum sempat dia hendak berkata apa2, kembar itu sudah pergi ke tandas.
'Sebab kaca tu ke? Patut Amy marah gila kat aku' Fatih kemudian ingin pergi ke kembar tersebut. Namun tiba2 cikgu Siti memanggilnya.
(Author: padan muka kau Fatih! Lain kali, buatlah lagi biar diorang benci kau sampai watak kau digugurkan dari cerita ini...hahaha)
☎☎☎
"Diorang... " Ema dan Amy kehilangan kata. Nak cakap apa eh?
"Eh, apesal dengan pergelangan tangan Ema? " Raykal memotong kata2 mereka.
"Ada kes sikit. " mereka just membuat muka derk...
"Lain kali kalau nak buat hal, ajak lah sekali. " Raykal senyum sambil mengangkat kening.
"Eh, okay2 no hal. " Amy kembali mengangkat keningnya.
'Kisah ibu bapa hilang begitu sahaja' Ema berasa lega.
Tiba2, Raykal tertolak gelas jus orennya. Maka terjadilah tasik di atas meja tersebut.
"Raykal Irfan bin Abdullah!! " Amy kalau marah memang sebut nama penuh.
"Sorry sikit, pandai2 je letak nama Abdullah tu... Zafuan okay. " Raykal mengambil tisu di meja lain lalu mengelap meja tersebut.
"Zafuan? " Ema dan Amy terkejut dengan nama Raykal.
"Kenapa? " Pelik Raykal.
"Nama kitorang Akhyar Fatimah dan Akhyar Amirah binti Zafuan."
Tersentak Raykal! Takkan kut...
Vote
Comment
Keep reading yo!
YOU ARE READING
Twins Fighter! [C]
Teen FictionEma dan Amy, pasangan keras kepala yang selalu sahaja bergaduh, dan nak tunjuk 'siapa paling kuat'. Sekolah ini dah macam tempat untuk bermaharajalela bagi Ema, Amy, Amani, Ain dan Halal. Setiap kehidupan, tak sempurna kalau tiada dugaan dan ujia...