Raihana berjalan melalui lorong belakang stor. Entah kenapa, dia berasa seperti Ema dan Amy seakan menjarakkan diri darinya.
"Aku nak minta tolong kau" tiba2 satu suara didengari Raihana.
'Cakap dengan aku ke? Hisy... Seramlah'
"Aku cakap dengan kau Raihana kelas 2Success"
Tersentak Raihana.
"Kau sapa? " matanya ditutup rapat.
'Apesal lah aku pergi jalan ikut jalan ni! Bodohlah kau, Raihana! '
"Cuba kau buka mata kau. " suara itu berkata lagi.
Matanya perlahan2 di buka.
"Abang Afiq"
"Ha'ah, akulah. Afiq" lelaki itu memandang juniornya yang separas bahunya.
"Aku nak kau tolong 'tackle' kan budak Ema form 1 tu kat aku. " dia bercakap sambil berpeluk tubuh.
"Abang, sedarlah sikit yang abang dah tua 2 tahun dengan dia. Dah tua okay" Raihana hanya bercakap tanpa melihat muka Afiq itu. Siap ketawa menghina pulak tu. Memang nak mati agaknya.
"Kau jangan nak macam2 eh" terus sanggul yang dilitupi tudung itu dicengkam kuat.
"Allahu... Sakitnya" terus berair mata Raihana.
Lelaki yang mendengar perbualan sambil berdiri di sebalik dinding itu hanya menahan geram.
'Berani kau kacau crush aku' tangannya genggam penumbuk. Lek2.
"Lepaslah... Sakit" Raihana terus menolak kuat Afiq itu.
Afiq hanya tersenyum sinis.
"Kau ingat ye, pompuan" terus Afiq menghilang.
"Ish, nasib baik tak botak. Kalau tak sharifah amani jr lah aku" Raihana menggosok2 perlahan kepalanya.
"Pantene cakap menguatkan akar. Apesal aku pakai pantene tak kuat pun rambut aku? Aku rasa macam akar pun dah tercabut tadi." Raihana sudah menghentak2 kakinya. Meskipun dia berhijab, namun dia amat sayangkan rambutnya.
Siapalah yang tak sayang rambut?
Orang yang berlakon kung fu pun sayang rambut dia, cuma berkorban botak demi duit."Kau ingat aku nak duduk diam ke Afiq? Aku sayang kembar tu okay... So, jangan harap! " terus dia berlari untuk meninggalkan lorong belakang stor itu. Seram.
Lelaki yang bersembunyi tadi keluar kemudian tersenyum.
"Pandai jugak kau ye. " bangga sebab crush pandai.
"Fatih,nak minta tolong kamu " terus lelaki itu terkejut.
Suara siapa tu?
Bulu roma berdiri serentak.
"Fatih. Tunggu" Fatih memberhentikan langkahnya.
"Akak nak kamu tolong ubah budak kembar tu ye, dengan bantuan rakan2 yang lain. Ketepikan cinta monyet korang yang mengarut tu. Tolong eh" percakapan lembut dituturkan oleh Kak Munirah, ketua Badan Tarbiyah dan Dakwah (BTD) .
"Kenapa kakak nak diorang berubah? " soal Fatih berani.
"Rekod disiplin diorang teruk sangat. Pengawas dan btd kenalah bergerak seiring. Kakak tahu, diorang budak baik. Tapi sebab diorang nakal dan semangat untuk berubah tak qowiy. Diorang tak berkawan. Pelajar kat sini pulak, semua pakat tukar hobi. "
"Tukar hobi? Maksud kak mun? " soal Fatih. Pelik je.
"Dari suka membaca, melukis, sukan tukar kepada suka kacau dan cari pasal dengan kembar itu. "
YOU ARE READING
Twins Fighter! [C]
Teen FictionEma dan Amy, pasangan keras kepala yang selalu sahaja bergaduh, dan nak tunjuk 'siapa paling kuat'. Sekolah ini dah macam tempat untuk bermaharajalela bagi Ema, Amy, Amani, Ain dan Halal. Setiap kehidupan, tak sempurna kalau tiada dugaan dan ujia...