Ema yang sedang meletakkan kakinya di atas meja, ketawa berdekah2. Entah lawak apa yang dimainkan oleh Rookie. Amy pula, mood nya telah hilang setelah iP miliknya hilang.
Amani dan Halal yang baru tiba ke kelas terduduk lelah.
"Penat gila... " adu Halal.
"Eh, kaki kau tu tak reti turun ke? Ilmu tau atas meja ni.. Aku sailang kang" marah Halal kepada Ema. Ema hanya menjeling Halal.
'Kecoh ah dia ni' , detik hatinya lalu menyambung jenaka.
Amy yang senyap tak berkutik hanya memerhati Amani dan Halal atas bawah. Dia hanya memejamkan mata setelah dapat mengesan perubahan yang terdapat pada kedua2 kawan baiknya itu.
'Tudung diorang dah labuh, hurmmm... Aku bila nak pakai tudung? ' leter Amy di dalam hatinya.
'Atok suruh, aku tak nak, Daddy Itqan beli, aku tak pakai pun.. My goshh! Teruk betul aku ni.. Kalau nak yang sempurna, kenapa kau tak cuba jadi sempurna? Erghh.. ' leteran diteruskan.
"WOIIII.. Penat panggil kau" marah Ain yang tiba2 muncul.
"Pehal panggil aku? " tanya Amy lemah.
"Aku panggil kau sebab nak ajak kau pergi koop.. Kita beli roti breakfast kt situ jap" Amy hanya mengangguk faham.
"K jom" Amy pun mencuri2 pandang kumpulan lelaki di tepi kelas.
'Busy betul dia' kemudian Amy mengeluh sendiri.
"Ain, kau tengok MIJ tu macam busy pelik je... Kau tak pelik ke? " Amy bertanya sambil membuat muka kosong, sekosong2nya.
"Ala.. Diorang nak jalankan minggu apa ntah.. Aku tak paham sanhat sebab diorang tulis dalam bahasa arab... Aku pergi jenguk tadi... Hahahha, tak malu kan aku ni? Tapi diorang cakap kat aku, kalau ada orang kacau lagi projek diorang ni, memang matti laaaa" Amy yang mendengarnya hanya menelan air liur. Uish, kalau MIJ boleh buat ugutan macam tu... Maksudnya, ugutan itu adalah luar biasa.
"Eh, dahlah.. Kau nak roti mana? Aku belanja. "
"Seyesly?!! Aku sayang kau beb" terus Amy mencapai 3 bungkus roti coklat dan sekotak air coklat.
"Nah! " Amy meletakkan semua barangannya di atas kaunter.
"Kau jin ke apa? Roti sampai tiga, aku roti dua je.. " Ain hanya menggeleng perlahan.
"Eleh, beza satu je pun... Tu pun nak kecoh" balas Amy.
Kemudian, mereka kembali ke kelas. Mereka sudah tahu, kalau kelas Cikgu Dalila je, mesti cikgu akan lambat 15 minit. So, tak salah kalau kita gunakan masa yang terluang kan?
"Ain, kau bertudung sejak bila? " soal Amy tiba2. Ain yang hanya mengulum senyum.
"Sejak atok meninggal" jawab Ain.
"Umur? "
"Darjah satu" jawab Ain lagi.
"Wah.. So, dah lama sangat kau pakai tudung ni? Aku tak tahu pulak" Amy hanya mengangguk paham.
"Kau pehal tanya pasal tudung ni? " Ain mengahdiahkan senyuman kepada Amy.
Amy hanya mengeluh panjang. Kemudian dia pun membuka mulut.
"Kau perasan tak yang Amani dan Halal tu dah lain.. Lain sangat.. Aku tengok, diorang sekarang dah labuhkan sedikit tudung diorang tu. Kalau suruh tumbuk mana2 budak or maksud sebenarnya adalah membuli, mesti diorang tak nak. Dan lagi satu, setiap pagi mesti ada meeting pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan BTD, betul tak? Aku waswas lah... Apa yang diorang plan sebenarnya. " terang Amy panjang lebar.
"Ala kau ni... Diorang memang ada meeting. Tapi, asinglah. BTD, dengan ahlinya. PENGAWAS, dgn ahlinya. Macam tu jugak dengan Pengawas Perpustakaan, kan? Betul tak apa aku cakap? " dalih Ain. Niatnya hanya untuk menyedapkan hati Amy dan hatinya sendiri.
Woi!!
Pang!
Kedebom!!
**-hiperbola betul bunyi tu 😂😂
Cepat2 Amy dan Ain melarikan diri ke arah kelas mereka.
Kelihatan dua buah grup telah bertembung. Satu grup disebelah kanan. Satu grup lagi di sebelah kiri. What's going on?
Amy dan Ain dicerlung tajam oleh Ema, ketua grup di sebelah kiri. Manakala, Amani menjadi ketua di sebelah kanan.
"Kau khianati aku! " Ema menjerit geram.
"Sapa khianati kau ha? Bukti takde, tuduh2 pulak... Tampo kang! " balas Amani, tenang.
Kebanyakan grup Amani terdiri daripada BTD, pengawas sekolah dan pusat sumber. Manakala, grup Ema terdiri daripada gangster2 sekolah.
"Kau bersetongkol dengan BTD pehal? " Ema menyoal garang.
"Sapa cakap? Pengawas, pengawas la.. Ps, ps la.. BTD, diorang punya hal lah.. Apa kena dengan kitorang? " balas Amani penuh sadis.
"Ahh.. Penipu!" terus Ema dan sekutunya menyerang grup Amani yang tenang dengan zikrullah...
"Masya Allah! Pehal kau ni?! " terus secara automatiknya Amani menyepak Ema dan ahli masing2 bergaduh. Mujur MIJ tiada di dalam kelas ini. Mungkin ke tempat yang lain.
"Sudahlah Ema! Apesal kau bongok sangat ni?!! Buat malu je" terus Amy menarik rambut kakaknya lalu menghempuk ke atas meja. Dahsyat budak ni. 😂
Amy menarik nafas tercungap2. Peluh merenek di dahinya dilap kasar.
Tiba2 pintu diketuk kuat. Kelihatan guru disiplin, pengetua dan PK tertinggi sedang berdiri di hadapan mereka. Jantung mereka semua ibarat terhenti.
YOU ARE READING
Twins Fighter! [C]
Teen FictionEma dan Amy, pasangan keras kepala yang selalu sahaja bergaduh, dan nak tunjuk 'siapa paling kuat'. Sekolah ini dah macam tempat untuk bermaharajalela bagi Ema, Amy, Amani, Ain dan Halal. Setiap kehidupan, tak sempurna kalau tiada dugaan dan ujia...