TFP44

1.1K 100 23
                                    

Ema dan Amy saling bergurau di ruang tamu rumah Haji Aziz. Hajah Mareah yang melihat hanya menggeleng perlahan. 'Dah mereng cucu-cucu aku ni'. Bisik hatinya perlahan.

"Korang tak ada exam ka? Rasa macam dah lama dok sekolah tu... Tak dengar cakap pasal exam pun? " tanya atok kepada cucu-cucu nakalnya.

"Ha... Tu suprise,  nanti bila ambil result kitorang bagitau" sengaja Ema berkata begitu kerana mereka malas hendak belajar di waktu cuti. Eceh, macamlah belajar sangat kat sekolah tu, kan?

"Ha!!  Atok, nak balik rumah tuan berhormat jap boleh tak? " soal Amy.
"Tuan berhormat? " pelik Itqan dengar. Rasanya lelaki berusia dihadapannya inilah yang paling berhormat.

"Rumah papa kamu ke?  Kenapa nak balik rumah diorang pula? " soal atok.

"Ni ha,  kena isi borang. Mak ayah kena isi" jawab Amy sambil menyerahkan borang itu kepada Haji Aziz.

"Hmm.. Tahu pula yang diorang tu mak ayah korang eh? Tapi tak nak juga hormat diorang ye? " hambik kau sebijik. Terkedu Ema dan Amy. Air liur rasa seperti kaca yabg pecah. Rasa macam organ dalaman dah berdarah lepas kena perli dengan atok.  Senyuman hambar dilayangkan.

"Ema dan Amy kena ingat, mak ayah ni kita kena hormat. Memanglah dulu diorang tak jaga korang. Tapi sedar tak korang yang korang tumpang perut siapa waktu zigot dan embrio dulu? Mak kan? Korang bukan tumpang perut atok, ingat.. Atok dah tua, bukan selamanya atok jaga korang. Atok ni akan mati juga, diorang ada hak ke atas korang lebih banyak daripada atok, tapi sebab diorang sayang korang, diorang sanggup biarkan anak diorang tinggal dengan atok dan nenek. Ingat diorang tak de perasaan ke? Nak tunggu diorang mati? "

Tersentak Ema dan Amy.

"Ingat, bila diorang dah mati,  setiap kekesalan yang lahir dari mulut tu hanyalah sampah. Dah tak guna,  dengar tak? Allah sayang korang sebab tu bagi peluang kepada korang untuk buat kebajikan untuk mak ayah korang. Sesetengah orang, tak sempat nak buat kebajikan dengan mak ayah, mak ayah dah tak de,  dah meninggal. Lepas tu kau meratap sampai bernanah kornea, takde apa2 dah,  kosong je lah. Kalau tak mampu buat kebajikan, at least hormat. Dengar tak? HORMAT" perkataan hormat sengaja ditekan oleh Haji Aziz.

Ema dan Amy tunduk memandang lantai. 'Hai lantai, apa khabar?  Sihat? Lama tak jumpa kau'. Rasa macam nak bercakap dengan lantai pula. Tak sanggup nak pandang kornea mata atok yang hitam tu. Menyeramkan.

Ema dan Amy lalu bangun naik ke bilik. Tini hanya memandang sweet sournya sambil tersenyum sinis. Kan dah kena dengan atok.

"Eh,  marah ke? " sindir Itqan.

"Taklah,  tak marah pun. Terasa je" terus Ema dan Amy lari ke tingkat atas. Tak sanggup nak dengar lagi tazkirah sentap untuk hari ini.

"Haa,  itu lah!  Bila hati dah keras, nak dikeraskan lagi hati tu. Sepatutnya dengar tazkirah macam ni,  bagi hati lembut! " laung Haji Aziz dari bawah. Kemudian dia terbatuk2 kerana menjerit. Ya lah, kudratnya sudah tidak kuat lagi.
Haji Aziz menggeleng perlahan.

**********

Sarapan hari ini kelihatan tegang kerana peristiwa semalam.  Mi yang ditelan terasa keras semacam. Mood untuk membeli-belah barang dapur seakan terbang sejak semalam.

Ema mengemaskan tudungnya manakala Amy membetulkan capnya agar kemas. Kasut disarungkan dan menuju ke kereta Itqan.

Itqan meregangkan badannya sebelum tersenyum ke arah sepasang kembar tersebut.

"Senyumlah sikit,  buruklah muka monyok" tegur Itqan, mesra. Ema dan Amy kemudian senyum paksa. Kemudian, mereka memasuki kereta dan menuju ke pasar raya.

Sesampainya di pasar raya.  Ema dan Amy mengambil keputusan untuk berpecah daripada Itqan dan Tini. Ema dan Amy hanya mencerlung tajam ke arah Qas yang gedik ingin mengikut mereka.

"Eh Qas,  kau ni,  asyik bagi mak pak kau dating je...  Cuba kau bagi kitorang pulak nak dating!  Semak laaa.. Urghh" walaupun agak marah kepada budak ketot ini, Ema dan Amy tetap memegang erat tangan Qas demi menjaga keselamatan buah hati pengarang jantung daddy mereka ini.

"Ema,  kau pergilah dulu... Aku nak cari sesuatu sekejap. Nanti aku pergi kat kau" kemudian Amy melangkah ke arah lain.

Amy mencari coklat pilihan hatinya. Nampaknya semua tidak kena dengan citarasanya. Dia berasa seperti mahu makan coklat almond,  tapi puas mencari dan mencari. Tetap tak ada.

Setelah berputus asa,  Amy mengatur langkah mencari Ema dan Qas. Tiba2 dia terlanggar seorang kanakw lelaki yang sedang memegang mainan. Kedua2nya jatuh berguling di atas lantai.

"Sorry dik,  sian adik" Amy membantu kanak2 lelaki itu bangun. Kemudian kanak2 itu memandang pelik ke arah Amy.

Amy yang berasa terganggu itu menilik pakaiannya. 'Ada apa2 yang tak kena ke? Ada cili kat gigi ke ha? '

"Akak Ema? " kanak2 itu menyoal.

"Ema? Taklah..  Saya Amy" Amy membetulkan tanggapan kanak2 itu.

"Saya tak sangka Kak Ema macam ni" mukanya dari terkejut bertukar masam seperti hendak menangis.

'Pehal budak ni? '

Twins Fighter!  [C]Where stories live. Discover now