TFP42

1.1K 96 3
                                    

Ema bangun dari tidurnya.  Jam loceng dikerling sekilas. Oh my god!  Pukul enam pagi sudah...

Cepat2 Ema turun daripada katilnya. Dia menuju ke arah katil adiknya di sebelah.

"Amy,  bangun . Dah lambat ni" kejut Ema.

"Hmmm" itu saja balasan Amy.

"Bangun" terus Ema memulas telinga Amy. Biar dia rasa sikit. Padan muka!

"Adoi!  Sakitlah bongok! " terus mata Amy menjadi terbeliak kerana marah.

"Yeay!  Bangun pun" Ema lalu mengambil baju di dalam lokernya dan menuju ke tandas. Halal terbangun kala mendengar suara pergaduhan kembar tersebut.

"Weh..  Diamlah! " marah Halal. Lakonan rajuknya harus diteruskan.
Amy segera rasa bersalah.

Nampaknya, Halal masih marahkan dia dan kakaknya.

"Hal.. " belum sempat habis tuturan Amy,  Halal sudah mencelah.

"Aku nak gi mandi. " terus Halal bangun mengambil tuala dan bajunya menuju ke tandas yang terletak beberapa langkah dari katilnya.

"Alahaiii... " Amy mengeluh sambil mengemas katilnya yang hancursss dek kebuasan tidur manusia.

'Susah nak pujuk kalau macam ni' Amy mencebikkan mulutnya tanda kehabisan idea di dalam kotak fikirannya..

*******

"Ma,  apesal mata bengkak tu? " soal Amy.

"Tak de apa2 lah" balas Ema lalu cepat2 keluar dari tandas tersebut.

"Elleh.. Menangislah tu,  tapi menangis sebab apa eh? Rindu ke? " Amy bercakap sendirian. Sekali tengok,  gila.  Dua kali tengok,  macam nak penampar.

*************

Ain mengukir senyun sambil membetulkan tudung yang dipakai oleh Ema. Tudung putih Ain dipinjam oleh Ema. Ema masih menutup rapat matanya. Kononnya nak buat suprise kat diri sendiri depan cermin.

Setelah siap dibaiki. Ain  menyuruh Ema mengahadap cermin dan menilik sendiri mukanya.

Terbeliak mata Ema. Nafasnya berrukar kencang dan degupan jantung bertukar irama. Terasa lain dirinya.

"Walaupun bertudung,  kita masih boleh jadi gangster tau,  itu jangan lupa" pesan Ain. Nasib baiklah Ain tidak menjawat sebarang jawatan,  boleh lah Ema meminjam tudungnya.

Amani yang sedang keluar dari tandas hampir tergelincir lalu dia cepat2 memgang tombol pintu tandas. Mukanya bagaikan 'wow' dengan orang di hadapannya.

Ain dan Ema mula membuat posing gedik yang menyebabkan Amani naik menyampah. Rasa teruja tadi mula kendur.

"Tolong jangan buat gaya macam tu. I gunting  rambut you all karang" terus dia mengambil tudung sekolah dan segala keperluan lengkap untuk memberikan kekemasan kepada seorang pengawas sekolah.

Halal yang sedang menyikat rambut hanya melonjak gembira dalam hati.  Taktik untuk mengubah Amy perlu diteruskan.

Amy yang keluar dari tandas sebelah sudah terkejut. Terus dia menarik bahu Ema supaya menghadap dirinya.

"Apa ni,  Ema? " soal Amy seakan tak puas hati.

"Cantik kan? " soal Ema kepada adiknya.

"What?!"

********

Pelajar di kelas itu mula riuh dengan perubahan Ema. Ema juga berasa sedikit janggal.

"Ala...  Kau relaks je,  takyah rasa aneh k" bisik Amani sekadar kata2 semangat.

Amy yang bermuka keruh itu hanya menjeling kemesraan antara Amani dan Ema. Kemudian dia mencengkam kuat tangan Ain. Geram kat orang lain,  lepas geram kat orang lain.

"Deyy,  sakitlah" terus Ain merentap tangannya lalu menolak kepala Amy.

"Sorry..  Hehehe" wajah tidak bersalah ditayangkan. Dia menoleh ke arah Halal yang berjalan seiring dengan Ain. Tapi dia hanya berdiam diri.

Amy mendapat idea nakal.  Dia mencuit pinggang Halal.  Halal yang terkejut terus melatah teruk. Amy,  Ain, Amani dan Ema mula ketawa kuat mendengar latah Halal.

Halal yang berasap itu mencerlung tajam Amy.
"Kalau kau nak aku jadi makin teruk,  kau buat macam ni selalu" terus Halal berjalan laju ke hadapan. Amy melopong. Niatnya ingin bergurau telah hancur. Malah,  pergaduhan yang tercetus. Amy terus mengejar Halal.

Amani dan Ain yang sudah tahu rancangan Halal tersenyum senget.

Dah..  Author dah takde idea..  Cuaca panas menyebabkan idea kering.  Btw,  nak kasi tahu yang lagi beberapa chapter,  Twins Fighter!  akan menamatkan kisah mereka.  💗💗💗

Twins Fighter!  [C]Where stories live. Discover now