Ema dan Amy melepak di kafe berdua sementara menunggu Zafwan dan Rosila bershopping di pasaraya itu.
Tiba2, datang seseorang lalu menarik bahu Ema sehingga menyebabkan Ema hampir terjatuh.
"Wowowo!! Apesal ni beb?! " jerkah Amy.
Ema yang berpaut pada bahu Amy terus menoleh ke manusia tersebut.
"Aku tak sangka yang aku jumpa korang kat sini " ujar Farah sambil tersenyum sinis.
"Miss me? " soalnya lagi.
"Ouh... Wait2, ape eh nama kau?! I lupa lah you! " sengaja Ema membuat nada gedik seperti Farhah tadi.
"Ala.. Kau ni Ema.. Takkan kau tak kenal budak gedik yang kat sekolah dulu aka pengawas pulun mampos tu! " giliran Amy mengambil giliran.
Farhah hanya menahan api kemarahnnya.
"What the?! " jerit Farhah geram.
"Hahaha... Eh, marah pulak?! Tadi dia yang tegur kita kan? " soal Ema kepada Amy. Amy hanya mengiyakan sambil senyum sinis.
"Eh you, kenapa ni? " datang seorang budak lelaki berambut perang karat. Wow! Maju gila...
"Diorang ni ha! Cari pasal... " adu Farhah.
Ema dan Amy hanya melayarkan muka bosan. Cukuplah zaman sekolah rendah dahulu.
"Wei, korang ni mem... "
"Sorry. Kitorang takde masa nak gaduh.. Gtg, bye! " terus kaki diangkat daripada couple monyet itu.
Hati mereka membengkak dengan kelaku Farhah. Macam mana boleh jumpa dengan dia? Hampir 4 tahun sudah tak berjumpa.
"Perempuan tu memang tak guna.. " kata Amy sambil berjalan2 bersama kakaknya di pasar raya besar itu.
Tangan dimasukkan ke dalam poket untuk mengambil telefon bimbit iP 7+ nya itu. Kemudian, Amy mengerutkan dahinya dan wajahnya serta-merta berubah."Eh, fon aku?!! " tanya Amy kepada Ema.
"Apehal dengan fon kau? Skrin pecah ke? " Ema hanya bertanya sambil membuat muka dono...
"Hilang doh! " jeritnya.
"Seyesly?! Kau cari la betul2, tersalah letak ke, tertinggal kut" Ema turut gelabah. iP 7+ kut, bukan senang nak dapat. Hadiah daripada atok terchenta pulak.
"Aaa.... Macam mana ni... Aku nak menangis dah ni... " Amy mula menarik nafas kencang.
"Relaks2.. Aku yakin ada orang jumpa fon kau tu kalau hilang.. " jawab Ema, yakin.
"Masalahnya, ada ke orang tahu tu fon aku? " Amy hanya menyoal sambil terkulai layu. Kembar tak malu tersebut bersila di tengah2 laman pasar raya tersebut sambil membuat drama kerajaan tak berbayar.
"Kau kan letak gambar selfie aku dengan kau... Mesti orang cari kau . Kau jangan risau k... Doa seorang kakak ni berkat tau" katanya lalu menepuk2 bahu adiknya.
"Hei! Kenapa dok kat tengah2 ni? Buat malu je la... " Rosila yang lari terkedek2 terus menarik anaknya berdiri.
"Jangan buat malu eh kat sini... Jaga sikit standard kita" giliran Zafwan pula membebel kepada anak kembarnya itu.
Ema dan Amy hanya menjeling tajam ibu dan bapa mereka kerana terlalu menjaga standard sampai tak 'care' pasal anak sendiri.
"Jom balik" terus mereka berdua ditarik untuk pulang ke rumah.
*************
"Ema... Macam mana kalau atok call aku, pastu orang yang jumpa tu angkat? Dahlah aku letak nama 'Atok Raver comel muah3' kat contact tu..malu la nanti " Amy mengadu sambil menggoncang2 badan kakaknya.
"Ish! Semaklah kau ni! Pang kang" ugut Ema.
"Pang la! Aku terajang baru tau! " balas Amy.
"Try la! Kalau kau nak tengok rahsia kau bocor.. Try la! " gaduh mereka berdua.
"Bler bler bler" ejek Amy.
Tiba2, telefon Ema bergetar sambil mendendangkan lagu Faizal Tahir ft. Caliph Busker yang popular sekarang.
"Hello"
"Ouh, tq"
"Bila eh boleh jumpa? "
"Tq soooo much! "
"Waalaikumsalam"
Amy hanya menunggu kakaknya bersembang dengan orang di sebelah sana.
"Pelik lah kau ni.. Sengih2 pahal?! " bentak Amy kepada Ema.
"Boyfriend call" jawab Ema selamba.
"Astaghfirullahal a'ziimm... " Amy beristighfar.
"Eh, kau biar betul?! Sejak bila jadi gang dengan MIJ ni? " Ema memegang dahi adiknya, takut2 demam.
"Sejak Fawwaz mencuri hatiku" terus Amy ketawa gedik.
"Yucks!! Sejak bila gedik ni? Aku bunuh japgi" marah Ema sambil mencubit adiknya.
"Sejak aku tengok kau syok dekat Fayyadh.. Hahahha! " usik Amy.
"What?! Tak guna kauuu" terus adengan kejar mengejar berlaku ala2 sweet family gitu.. Tolonglah, nyampah aii... *mata naik ke atas, tangan ke bahu*
Sorry, lambat update.
Sebelum ni, sibuk exam dan sekarang alhamdulillah dah habis. Doakan result sunny gempak bom2!! Kalau siapa ada idea yang bergeliga tu... Boleh lah share dgn author idea korang tu. Syukran.
YOU ARE READING
Twins Fighter! [C]
Teen FictionEma dan Amy, pasangan keras kepala yang selalu sahaja bergaduh, dan nak tunjuk 'siapa paling kuat'. Sekolah ini dah macam tempat untuk bermaharajalela bagi Ema, Amy, Amani, Ain dan Halal. Setiap kehidupan, tak sempurna kalau tiada dugaan dan ujia...