Part 42 - Stole?

207 22 1
                                    

( AIRIS POV )

" Kau suami aku ke nak halang apa yang aku suka? " kataku.

V mengeluh.

Bila pandang muka dia lama, aku nak sangat peluk dia.

Please, lawan perasaan kau airis. Dia datang sini hanya nak mainkan kau lagi.

" Memang aku bukan suami kau. Tapi, aku sahabat kau. "

" So? "

" Sebagai sahabat, tak salah aku nak tegur kau. Pakaian kau sekarang agak menonjol sikit berbanding dulu. " jujurnya, sambil memandangku sayu.

" Dulu kau pernah suruh aku berubah. Bila aku dah berubah, kau tak suka. Kau nak apa sebenarnya? "

" Ya, tapi ada yang tak memuaskan aku. "

" Apa? " soalku.

" Baju kau, agak terdedah sikit. " kata V.

Aku memandang baju yang aku pakai, memang terdedah.

Tapi, baju ni bukan aku pilih. Tapi, Yoona. Kalau aku tak pakai nanti dia terasa hati.

Ni pun aku kurang selesa dengan pakaian ni.

" Err, nae. " kataku.

V memegang tanganku dan memandangku lama.

" Kau cantik, cantik sangat berbanding yura. " kata V.

Okay, hidung aku dah membesar sekarang ni.

" Oh, yura? Aku rasa dia lagi cantik berbanding aku. " kataku.

V menggeleng dan senyum.

" Aku rasa kau lagi cantik, cantik dari segi perangai. Pakaian kau pun takda seksi macam yura pakai. " kata V.

Aku memandangnya kekok. Malu plus nak meletup.

" Airis.. "

Aku kerutkan dahiku.

" Pipi kau dah merah dan semakin gemuk. " usik V.

Aku terus menarik tanganku kasar, dan memandang kearah lain.

" Aku nak pergi tandas. " kataku lalu meninggalkan V.

Dah lama aku tak malu macamni. Lalu aku masuk kedalam tandas.

Aku pun taktahu nak buat apa dalam tandas ni.

Aduhai pipi, kenapa kau nak merah? Janganlah merah.

Lalu aku memegang kedua pipi aku.

" Cihh, malunya. " kataku.

Sehinggalah ada beberapa pasang mata memandang kelakuan aku.

Aku terus berpura pura membasuh tangan dan keluar.

Aku benci harini.

++++

( JIMIN POV )

Aku bangun dari tempat tidurku, sumpah aku bosan.

Nak pergi rumah omma airis, memang aku malu sangat.

Tapi,

Surat rawatan tu.

Buat aku tak tenang, tu milik omma airis dan kenapa berada dalam buku dairy milik airis?

Aku hairan.

Sangat hairan.

Kalau airis dah tahu, kenapa airis okay je?

Tomboy + KTH Where stories live. Discover now