Chapter 1

218 18 3
                                        

Warning : Klisè gila tapi aku tahu ramai suka cerita klisè

Saya tahu saya nampak lame saya tapi sejujurnya saya dapat idea sebab hubungan saya dengan awak hahahhahhaha werk  Nutellappa

***

[Seulgi's POV]

Aku sering ternampak kelibatnya, di sekolah, di luar, di kedai, dan di pusat tuisyen aku. Aku bukan seorang stalker yang berjaya tapi percayalah, siapa saja yang tidak perasan kehadiran nya jika dia sering memunculkan diri tetapi kita langsung tidak tahu siapa dirinya.

Sudah dua atau tiga kali aku nampak tubuh penuhnya, maksud aku uh-oh tolong jangan fikir lain. Aku cuma pernah nampak ketinggiannya dan penampilannya dari kepala sehingga kaki.

Pakaian dia tak menarik, dia gemar memakai pakaian yang berwarna suram. Jujur, kalau siapa yang nampak dia pasti langsung tak tertarik. Wajahnya pucat. Bibirnya seperti tidak pernah basah dan rambutnya serabai. Aku tidak kata yang dia nampak seperti pengemis cuma mungkin dia gemar berpakaian begitu.

Tiada siapa yang akan tertarik, betul. Tapi aku.. ya aku tertarik denganya. Dia nampak berbeza. Aku.. tak pernah ceritakan tentang dia dengan siapa siapa. Bukan apa, cuma dia seolah penting dalam hidup aku. Dan aku tidak suka berkongsi.

Aku bukan.. obses cuma aku suka dia.

Dan kalini mata aku sekali lagi menangkap figura nya. Dengan lebih jelas dan dekat. Dia memandang aku tanpa sebarang riak di wajahnya. Aku jadi gerun. Walaupun aku suka dia, aku tetap gerun.

Dia mengalihkan pandangannya. Kening aku bertaut. Bukan apa, cuma dia seolah memandang belakang aku. Aku teringin nak toleh ke belakang. Tapi wajah dia buat aku.. kaku tak bergerak. Dia kacak. Aku harap aku seorang sahaja yang boleh nampak dia.

Aku perasan yang air mukanya berubah. Menjadi lebih risau dan dia berjalan laju ke arah aku. Aku menggenggam tangan aku kuat. Beg yang aku galas seperti berat di bahu aku. Aku menanggung beban yang lagi berat..

Bila dia dakap badan aku.

Mata aku membesar sedikit tapi aku tidak berganjak walaupun sedikit. Aku bukan terlalu sukanya sehingga aku tidak ingin meleraikan pelukan ini tapi.. baunya.. aku suka baunya.

Aku masih kaku dan tangan aku makin kuat menggenggam jari-jari aku. Aku tahan nafas. Lama. Dia peluk aku lama. Kenapa aku tak tolak?

Mungkin sebab aku kenal dia..?

Kenal?

Hakikatnya, tak. Seulgi, bangunlah.

Aku cuma menapak ke belakang tapi tangannya menahan belakang badan aku. Aku tak selesa.

"Kau patut berterima kasih sebab aku dah selamatkan nyawa kau."

Dia.. bercakap dengan aku? Tak, dia berbisik pada telinga aku. Aku suka nafasnya yang memukul-mukul kulit aku. Aku rasa aku tahan nafas sangat sampai aku sesak nafas jadi aku perlahan-lahan keluar dari pelukannya.

Aku memandang bawah dan bernafas seperti biasa. Aku tak rasa yang aku boleh pandang wajah dia lagi.

"Terima kasih." Aku ucap padanya walaupun aku langsung tak tahu dia selamatkan aku daripada apa. Aku rasa aku tak perlu tahu sebab.. di hadapan aku ada yang lagi penting yang aku perlu tahu.

"Sedar, sekarang malam. Kenapa kau berkeliaran seorang?" Dia bertanya dengan suara kasarnya. Aku terpaksa mengangkat kepala. Oh tuhan, wajah dia terlalu sempurna.

"Saya.. baru balik dari pusat tuisyen." Entah kenapa aku berani berbual dengannya. Mungkin sebab dia boleh dipercayai? Lagipun dia selamat kan aku.

Our Meaningful Distance - BaekhyunCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang