[Seulgi's POV]
Aku duduk sorang-sorang di dalam kelas. Menunggu Cikgu Changwook datang. Aku datang sekolah dengan dia, kene la balik dengan dia. Aku mengeluh sesekali.
Aku masih terfikir tentang Baekhyun. Dia nampak betul-betul marah aku. Aku pun.. marah dia. Tapi memang patut pun dia marah aku. Aku tak kisah. Ni keputusan aku. Hak aku.
Aku terdengar dari jauh perbualan dua orang. Suaranya makin kuat. Seperti kedua orang itu menuju ke kelasku. Aku memandang pintu.
Suara bercakap itu masih kedengaran. Kuat. "Ah, ya. Saya akan datang."
"Datang tau Cikgu. Rugi tak datang."
"Baiklah."
"Okey, saya balik rumah dulu. Cikgu balik sorang je ke?"
"Uhm, ya. Hahahaha."
"Oh, nak saya teman ke?"
"Takpe-takpe. Saya ada hal nak urus. Terima kasih."
"Oh, iyelah. Saya pergi dulu?"
Dan suara perempuan itu terus hilang. Aku memandang tepi tingkap, berharap agar perempuan itu lalu di tepi kelas. Oh, dia ni. Cikgu perempuan. Janda anak satu. Hmm mesranya dengan Cikgu Changwook.
Cikgu Changwook menapak dalam kelas dan menuju ke tempat aku. Dia melemparkan senyuman. Di tangannya ada beberapa buah buku dan fail. Aku sekadar tersenyum pendek. Tiada mood.
"Maaf, saya lambat. Saya uruskan tentang Kim Seulgi." Dia berkata, berdiri di hadapan aku. Aku mengangguk kepala perlahan. Dari tadi, Seulgi. Hmm.
"Awak okey?" Angguk. Beg aku terus galas di bahu. Aku berdiri perlahan-lahan. Kerusi aku tolak masuk ke dalam meja. Aku pandang wajah Cikgu Changwook. Raut wajahnya sedikit risau.
"Seul, awak betul-betul okey? Baekhyun ada kacau awak ke? Jujur please.." Dia memegang kedua-dua bahu aku. Buku-bukunya tadi diletakkan di atas meja. Aku tersenyum hambar.
"Saya okey. Baekhyun tak ada kacau lah." Aku cuba untuk menyedapkan hatinya. Dia tersenyum lega. Kedua tangannya naik ke pipi aku dan jarinya mengusap perlahan.
"Apa-apa, bagitahu saya, tau?" Aku mengangguk. Dia pantas mengambil barangnya dan menyuruh aku berjalan di hadapan. Aku hanya mengikut arahannya.
Sampai di tempat parking, ada beberapa pelajar dan cikgu memandang. Cikgu Changwook lansung tak peduli tentang pandangan itu. Dia tersenyum kepada aku dan terus ke tempatnya. Tapi, cikgu perempuan tadi menegur.
"Eh, Cikgu Changwook. Kata balik sorang?" Dia tersenyum lalu mengerling ke arah aku. Aku mengemam bibir. Masih tak berganjak.
"Saya hantar anak saudara saya. Dia tak beberapa sihat." Aku memandang Changwook. Sedikit terasa walaupun aku tahu niatnya.
Aku ternampak cikgu perempuan itu menyentuh lengan Cikgu Changwook. Manja.
"Awak partner dengan siapa prom night nanti?" Dia masih lagi menyentuh lengan Cikgu Changwook. Matanya tidak ubah seperti perempuan miang. Sesekali dia memandang aku sambil tersenyum sinis. Cikgu Changwook cuba melepaskan pegangan itu, tapi perempuan itu tidak bergerak. Tangannya dinaikkan pula ke tali leher Cikgu Changwook lalu menariknya perlahan.
Aku yang tak tahan dengan keadaan ini pantas masuk ke dalam kereta. Pintu kereta aku tutup dengan kuat. Sakit hati. Aku memejamkan mata cuba menahan perasaan. Tahan, Seulgi.
Tak lama kemudian, Cikgu Changwook pula yang masuk. Aku tak menoleh. Kepala masih tegak memandang hadapan. Enjin kereta dipanaskan sebentar sebelum bergerak. Sunyi. Aku tak nak mulakan apa-apa. Biar dia yang tanya.
"Seulgi.."
Aku tak menjawab.
"Okey ke tak?"
Aku masih diam.
"Jealous eh?" Dan dia tertawa perlahan. Aku menjelingnya.
"Lawak sangat lah tu?" Sindirku. Laju sahaja aku berkata. Cikgu Changwook masih lagi ketawa.
"Dahla, malas layan Cikgu." Aku menghadap ke tepi sedikit. Takde hati nak memandang wajahnya.
"Seul, saya minta maaf. Dia yang menggatal dengan saya."
"Tapi, cikgu layan."
"Layan gitu-gitu jela."
"Hmm yelah tu."
"Ye.. sayang.." Berbunga sekejap. Tapi cepat-cepat aku hilangkan perasaan tu.
Aku langsung diam. Takde apa yang perlu diperkatakan. Kereta pun sudah mula bergerak.
***
[Baekhyun's POV]
"Prom night? Bila tu?" Soalku hairan apabila terdengar perbualan Nayeon dan Chanyeol. Mereka memandang aku serentak dan perbualan mereka lantas terhenti. Chanyeol terkebil-kebil memandang aku sambil Nayeon memandang aku dengan wajah kelirunya. Aku melemparkan pandangan bitch-what? kepada mereka berdua. Chanyeol menggeleng kepala perlahan. Nayeon tersenyum kekok.
"Lepas.. exam."
Aku mengangguk. "Kenapa cikgu buat pertengahan tahun? Buang tebiat ke?" Aku mula merungut tentang itu. Majlis itu aku tak pernah join sepanjang tahun. Seolah membazir dan tiada motif. Tiada benda untuk diraikan. Sekadar berhibur dan menari, memakai pakaian mewah. Cis.
"Tu yang kitorang pelik. Biasanya majlis macamni kita buat hujung tahun. Tapi kalini tak.." Chanyeol memetik jarinya. Wajahnya seperti pentadbir yang menghadapi masalah negara. Nayeon memukul peha Chanyeol perlahan.
"Saya rasa.. ini cadangan cikgu Changwook lah."
"Kenapa pulak?"
"Entah, firasat saya kuat mengatakan ini cadangannya. Dan dia juga mencadangkan agar kem diadakan pada hujung tahun. Biasanya time macamni, cikgu adakan kem atau lawatan kan?" Dia berkata persis seorang peramal. Aku menjelingnya dengan meluat. Entah ya, entah tidak dia tu. Suka buat andaian sendiri. Desisku.
"Hmm.." Chanyeol kehilangan kata-kata untuk menyokong Nayeon. Dia terdiam dan memandang aku silih berganti. Aku memandang ke arah lain taknak bagi situasi kekok. Aku faham Chanyeol memang nampak teragak-agak di sini kalau ada aku. Sememangnya aku pun rimas tapi nak buat macam mana.
"Awak join prom night nanti?" Nayeon menyoal. Aku berjeda sebentar.
"Tak, macam biasa. Takde partner."
"Seulgi kan ada?"
"Seulgi mana kau ni?"
"Seulgi dua-dua tu lah."
"Malas aku." Aku menjelingnya geram. Tak suka bila dia kaitkan hal ini dengan dua-dua Seulgi tu. Aku rasa rimas.
***
Sorry takde idea ahahahhahaha
ANDA SEDANG MEMBACA
Our Meaningful Distance - Baekhyun
Fanfiction"Awak, saya suka awak." "Tak, kau tak boleh macam tu. Aku dah kata yang kita akan kekal macam ni." "Awak tak suka saya?" "Aku minta maaf tapi.. aku tak." Sekejap sekejap ada, sekejap sekejap tiada. Latar belakangnya pun langsung aku tak tahu, dia ti...
