[Baekhyun's POV]
Seperti biasa aku tinggalkan dia semalam di belakang sekolah. Soalan dia aku tak jawab. Aku sebenarnya tak pasti yang dia akan selamat atau tidak tapi makhluk tu betul betul tiada mangsa lain.
Kenapa terdesak nak ganggu gadis itu?? Aku tak kenal gadis itu tapi banyak suara halus yang menyuruh aku jaga dia.
Aku berdecit, jaga? Nama dia pun aku tak tahu. Nak jaga?
Ya, aku memang ada kebolehan istimewa tapi aku tak boleh baca fikiran orang.
Aku tersentak bila kawan sekerja aku menepuk bahu aku. Dia tersenyum manis sambil menunjukkan satu meja yang aku perlu ambil pesanan.
Aku tidak membalas senyuman lelaki ini dan terus berlalu ke meja makan nombor 11. Dua lelaki sedang menilik menu di atas meja. Aku sudah bersedia dengan buku kecil dan pen.
"Order?"
Mereka berdua mengangkat wajah serentak dan menikam anak mata aku. Aku tersenyum sinis, mereka pun. Aku bukan gembira cuma.. aku jumpa kawan.
"Selamat datang, Junmyeon dan Sehun."
Ucap aku dengan penuh makna. Junmyeon tersengih.
Aku tak berkawan tapi setakat kenalan, itu tidak menjadi masalah besar dalam hidup aku. Nayeon pun kenalan aku tapi dia tidak serapat yang disangkakan. Dia cuma teman bual aku di sekolah.
Dan kawan sekerja yang menegur aku tadi ialah, Jongin. Dia antara kenalan yang terdekat. Tak rapat cuma dia juga sama seperti Nayeon tetapi di tempat kerja.
Aku sedar yang aku buat banyak kerja dalam satu masa.
***
Masa kerja aku sudah tamat dan aku menukar pakaian kasual. Jam tangan aku tilik dan sekarang pukul 10 malam. Aku pasti sekarang ni gadis itu sedang pulang ke rumah dari pusat tuisyen dan aku perlu awasinya. Aku bukanlah bertanggungjawab ke atasnya sampai perlu awasinya 24 jam. Fikir aku tiada kerja lain?
Jongin menegur aku. "Kau mahu balik?" Aku sekadar menganggukkan kepala tanda mengiyakan soalannya. Aku taknak ada perbualan antara dia mahupun orang lain. Aku taknak ada pertalian persahabatan antara sesiapa. Aku sedar aku siapa dan mereka di luar sana pun patut sedar diri. Mereka yang aku maksudkan bukanlah semua orang tetapi orang yang tertentu seperti aku, Nayeon dan mungkin gadis itu.
Aku tak rasa yang perempuan itu ada kelebihan seperti aku cuma.. entahlah mungkin dia ada spirit tersendiri disebabkan oleh buruan makhluk itu. Aku pun tak sangka dia jadi perempuan kedua yang bercakap dengan aku selepas Nayeon. Dengan Nayeon sendiri pun aku tak terlalu membuka mulut. Selebihnya aku hanya menggunakan bahasa badan, contohnya, angguk, geleng, tunjuk arah guna jari. Itu sahaja. Tapi, limit aku terlebih bila dengan gadis itu.
"Kau ada rumah? Kau nak balik ke mana?" Jongin mengajukan soalan yang sengaja buat aku lebih bercakap. Aku mengerlingnya tajam dan keluar dari stor pekerja. Kenapa aku perlu habiskan masa dengan layan budak bodoh ni?
"Kau tak sepatutnya abaikan aku. Kita sama Baekhyun." Dia sekali lagi mengumpan aku.. umpan aku untuk menumbuknya mungkin? Aku tersenyum sinis dan berpaling ke belakang.
"Sebab aku tahu diri aku siapalah aku tak bercakap." Aku menjawab. See? Aku terpaksa buka mulut sebab lelaki ini. Mungkin ada masa yang tertentu aku boleh bercakap dengan lelaki ini tapi sekarang tidak. Gadis itu mungkin dalam bahaya. Dan aku patut bersamanya sekarang.
"Kau balik ke mana?" Dia mengabaikan ayat aku. Sengaja. Aku melepaskan batuk kecil.
"Mana-mana saja. Aku ada kerja lagi." Sejurus itu aku terus keluar mengikut pintu belakang. Lorong gelap dan ada sesuatu yang menanti aku. Aku dah agak dan aku tak terkejut. Makhluk itu bercakap bahasanya dan aku memandangnya tidak berpuas hati.
YOU ARE READING
Our Meaningful Distance - Baekhyun
Fanfiction"Awak, saya suka awak." "Tak, kau tak boleh macam tu. Aku dah kata yang kita akan kekal macam ni." "Awak tak suka saya?" "Aku minta maaf tapi.. aku tak." Sekejap sekejap ada, sekejap sekejap tiada. Latar belakangnya pun langsung aku tak tahu, dia ti...