Maaf maaf, chap ni penuh dengan mamat kat media ni hahahahaha. Ada klu sikit saya bagi dalam chap ni. Harap tak bosan^^
.
.
.
.
.
[Chang Wook's POV]
Aku masuk ke dalam kelas sebentar untuk mengambil kehadiran. Waktu pembelajaran belum masuk jadi bolehlah aku curi masa untuk masuk ke dalam kelas.
Keadaan kelas yang hingar bingar terus menjadi sepi apabila aku menapak masuk ke dalam kelas. Semua mata pelajar tertumpu pada aku. Ketua kelas terus bangun untuk mengucapkan salam sejahtera tapi sempat dihalang oleh aku.
Aku mengisyaratkan agar pelajar semua duduk dalam keadaan senyap. Semua muka pelajar aku teliti satu-satu. Masih tak dapat cam wajah mereka.
"Okey, saya nak ambil kehadiran ni. Kalau saya sebut nama, angkat tangan dan sebut 'saya'." Aku mula memberi arahan. Semua pelajar seolah faham dengan kenyataan aku kerana kelas masih lagi sepi. Aku berdehem kecil.
Satu per satu nama aku sebut. Jumlah pelajar dalam kelas ni baru 20 lebih. Sikit. Aku mengangkat muka setiap kali aku menyebut nama pelajar. Setakat ini masih tiada lagi yang tak hadir.
Aku terus sebut nama yang seterusnya. "Seulgi?"
Aku memandang depan. Dorang mula bertanya. "Seulgi yang mana cikgu?"
Aku mengerutkan kening. Hairan. Seulgi ada dua ke dalam ni? Boleh pula nama sama. Kebetulan betul.
"Kang Seulgi."
"Tak datang!" Seorang pelajar lelaki menjerit. Sejurus itu, aku memerhati setiap muka pelajar. Ya, tiada Seulgi. Aku mengangguk. Jari aku terus membuat bentuk bulat dalam petak kecil sebaris dengan nama Seulgi.
Ah, Seulgi. Aku mengangkat kening kanan secara tiba-tiba.
"Kim Seulgi?" Inilah dia 'kembar' tapi tak serupa.
"Saya." Telinga aku menangkap suara perempuan yang perlahan. Mata aku tertumpu padanya. Dia duduk paling hujung di barisan hadapan. Aku tersenyum kepadanya. Namun, dengan malas dia terus membaringkan kepala di atas meja beralaskan lengannya. Aku mencebik kecil.
Nampaknya, tak semua dalam kelas ni peramah. Aku terus menandakan tick di petak namanya. Aku menyeru lagi beberapa nama, dan akhirnya selesai.
"Baiklah, dengar sini." Aku menutup buku kedatangan dan juga penutup pen. Aku duduk di atas meja guru, sebelah kaki lagi tergantung sedikit.
"Buat group di LINE untuk kelas ini. Lepastu, invite saya. Jadi, kalau ada masalah atau tidak hadir, boleh nyatakan di situ. Senang." Kataku dengan suara lantang. Pelajar di hadapan aku mengangguk laju.
"Cikgu, apa number cikgu? Atau er.. id LINE?" Seorang pelajar lelaki mengangkat tangan lalu dengan beraninya dia bertanya. Aku tersenyum kecil.
Aku turun dari meja dan menuju ke papan putih. Marker merah aku ambil dan mula menulis id LINE aku.
j.changwook
Aku menutup marker dan menghadap kelas kembali. Mereka pantas mencatat informasi yang aku beri.
"Itu sahaja. Terima kasih." Aku mencapai buku tandatangan dan terus menapak keluar.
Aku masih lagi tertanya-tanya kenapa Seulgi tak hadir. Kene kacau lagi ke? Setahu aku, dia baru sahaja bercuti semalam. Hmm, mungkin demam.
Aku cuba berfikiran positif. Kaki aku bergerak ke bilik guru untuk mengambil bahan mengajar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Our Meaningful Distance - Baekhyun
Fanfiction"Awak, saya suka awak." "Tak, kau tak boleh macam tu. Aku dah kata yang kita akan kekal macam ni." "Awak tak suka saya?" "Aku minta maaf tapi.. aku tak." Sekejap sekejap ada, sekejap sekejap tiada. Latar belakangnya pun langsung aku tak tahu, dia ti...
