Chapter 13

85 18 3
                                    

BaekGi moments!!!
.
.
.
.

[Nayeon's POV]

Ha tengok? Aku terpaksa tipu untuk halang Baekhyun jumpa Seulgi. Bukannya aku tak tahu, mereka kalau jumpa mesti lama. Ada lah tu yang dibuatnya. Aku pun tak pasti.

Baekhyun tak jadi keluar rumah. Tapi, dia cuma duduk di sofa. Tak pandang aku. Pinggang aku masih sakit sebab dia tolak aku jatuh tadi. Tak.. guna.

Muka Baekhyun menjadi tegang. Jelas urat di leher dan dahinya. Aku sesekali mengemam bibir. Mata aku jangan cakap. Asyik nak pandang dia je.

Oh tolongla, aku memang tak sukakanya. Segila-gila aku pun, gila lagi orang yang suka dia. Kecuali Kang Seulgi. Sebab dia memang ditakdirkan untuk suka Baekhyun.

Aku mengepit kaki aku rapat. Kadang kala kaki aku menguis-nguis permaidani di ruang tamu aku. Rasa bersalah memang ada. Sebab halang jumpa  Seulgi walaupun bertujuan nak tolong. Aku rasa nak humban kepala aku dalam loji kumbahan.

Perkataan suka tu terpacul secara tak sengaja dari mulut aku.

"Kau berubah, Nayeon."

Huh?

"Dulu kau hyperaktif, kenapa sekarang tak?"

Ooh.. aku pun perasan juga. Tapi, biarlah. Nak jadi matang sikit. Kalau mood aku menggila, aku jadi gila juga. Aku berdecit perlahan. Tak tertarik nak jawab soalan dia.

"Sejak bila?" Mulut dia tak berhenti bercakap. Erk, pelik je dia ni.

"Apanya?" Nada malas aku akhirnya terkeluar. Baekhyun menolehkan kepalanya ke arah aku. Aku jadi kaku. Alamak, menyesal pula cakap macamtu.

"Sejak bila suka aku?" Dia ulang soalannya sekali lagi. Mulut aku refleks membuat bentuk 'o'. Aku mengangguk kecil.

"Entah la ek." Aku mula jadi tak serius. Baekhyun menarik-narik rambutnya kasar. Kenapa dia yang stres sangat ni err.

"Serius la Nayeon!" Dia mula mendesak. Aku menggaru kepala aku yang gatal. Ada kelemumur kut.

"Saya tak tahu lah." Dah memang aku tak suka dia. Takkan nak paksa jugak jawab. Nak cakap apa? Jawab jawapan bodoh? Menipu?

Sejak saya rapat dengan awak

Sejak kita kenal

Sejak saya nampak awak buat kali pertama.

Telinga aku menangkap tawa sinis Baekhyun. Tangannya sesekali menepuk-nepuk. Apatah yang kelakar sangat.

"Kau main main je kan?

Sebab nak halang aku jumpa Seulgi?"

Darn it.

"Ermm— Baek.."

"Tapi, baguslah. Memang aku tengah elak dia pun."

***

[Seulgi's POV]

Aku terjaga dari pengsan tadi. Dahi aku dibanjiri peluh. Kepala aku masih berdenyut-denyut seperti baru sahaja lari beberapa kilometer. Siling rumah yang tak pernah aku nampak, aku tenung lama. Rumah siapa ni? Nayeon?

Baekhyun.. selamatkan aku?

Rumah ni nampak mewah daripada biasa. Jadi, aku buang perasaan aku jauh jauh. Baekhyun tak akan selamat kan aku lagi, dah. Kan? Hmm. Entahlah, cuma petang tadi aku terfikir yang Baekhyun menyampah dengan perangai aku jadi dia ambil keputusan untuk jauhkan diri daripada aku.

Our Meaningful Distance - BaekhyunWhere stories live. Discover now