[Seulgi's POV]
Jejak seminggu juga Baekhyun tak kacau aku. Baguslah. Kadang-kadang nampak juga bayang dan kelibat dia tapi aku buat buat tak nampak. Pernah sekali aku ternampak dia dengan seorang perempuan. Yang pasti dia bukan Nayeon.. Baguslah. Sekurang-kurangnya dia dah ada orang baru nak kacau..
Kan..? Hmm.
Hubungan aku dan Minhyuk bertambah baik. Aku sering juga ke restorennya untuk berjumpa dengannya tapi di situ aku banyak kali nampak Baekhyun. Takpelah, dia tak pandang aku pun. Aku pun bukan pandang dia sangat pun. Setakat jeling-jeling tu adalah.
Pernah juga dia ambil pesanan untuk aku tapi makanan aku tak sampai. Sengaja lah tu. Nak sakitkan hati aku. Bukan aku tak tahu. Nasib lah aku tak report kat bos dia. Kalau aku report, mesti dia kene pecat.
Aku cuba untuk benci dia dan aku berjaya, sikit. Mungkin? Entah, dia ada kelainan seperti aku cakap. Itu daya tariknya. Sebab tu aku suka dia. Sekarang? Aku tak pasti. Lagipun aku ada Minhyuk. Dia jauh lebih baik dari Baekhyun.
Kes haritu, Minhyuk kata dia tak pernah nampak Baekhyun dan itu kali pertama dia nampak masa aku keluar dengannya. Heh? Aku pun macam tak beberapa percaya sebab dia orang satu tempat kerja kut? Ada juga aku nampak dorang terlanggar bahu di restoren tapi? Minhyuk seolah tak perasan.
Seriously?
Aku malas nak panjangkan cerita pasal Baekhyun lagi. Nayeon pun aku dah jarang jumpa. Buat apa nak jumpa? Aku dengan dia bukan kawan pun. Setakat kenalan biasa. Dia pun macam pelik je.
Chanyeol pun pelik, dia macam sorokkan sesuatu daripada pengetahuan aku. Bila aku tanya tentang asal-usul Nayeon, mesti dia ubah topik. Takut sangat aku ganggu dia punya kawan-baik tu. Heh.
Hari-hari aku jadi lebih baik tanpa Baekhyun dan Nayeon. Makhluk ngeri tu pun dah takde kacau aku. Tapi aku tak pasti untuk masa akan datang. Bagaimana kalau dia muncul lagi?
Harini, ada berita yang mengatakan ada pelajar baru. Perempuan. Baguslah, kalau lelaki mesti perempuan-perempuan sekolah ni akan jadi gila dan jadi murah.
Pelajar perempuan tu pula akan sekelas dengan aku, bertambah la saingan aku nanti. Bukan aku nak berlagak tapi aku memang berada di kelas depan. Tak tahu la kalau Baekhyun. Aku tak pernah tahu dia kelas apa.
Ish, Baekhyun lagi. Bila otak aku akan lupa tentang nya?
Jika Minhyuk, hmm jauh berbeza 5 tahun. Tapi dia tak kisah pun berkahwin dengan aku. Eh, berkahwin? Apa sia perempuan ni type.
Berkawan, ok. Kawan.
Dia pernah juga suruh aku panggilnya dengan panggilan oppa, tapi jujur aku tak biasa dengan panggilan tu semua dengan orang luar. Atau sebenarnya Minhyuk anggap aku sebagai adik je? Hmm tak mungkin. Mahu patah hati aku nanti.
Lamunan aku terhenti bila cikgu Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar masuk ke dalam kelas dan membawa seorang gadis yang molek saja tubuh badannya. Wajahnya, ayu dan comel.
Pelajar lelaki kelas aku dah jerit miang. Psh, gatal. Aku cuba baca tag nama perempuan tu tapi tak dapat sebab jauh sangat. Sakit mata aku.
"Kamu semua akan dapat kawan baru harini. Sila beri layanan yang baik, ya?" Cikgu itu buka kata. Nasiblah mukadimah nya tak berjela. Kelas kami jadi sunyi menantikan gadis itu memperkenalkan diri.
Dia berdehem sebelum tersenyum manis.
"Annyeonghaseyo. Nama saya Kim Seulgi, sila beri tunjuk ajar."
Pandangan kawan-kawan aku semua berubah ke arah aku. The hell?
***
Perempuan ni lah yang aku nampak dengan Baekhyun haritu. Kemain mesra dia orang? Syukurla aku dapat cam dia tadi. Nama dia.. ish takguna dia tiru nama aku. Mujur nama keluarga tak sama. Kalau sama juga, aku sanggup berhenti sekolah.
![](https://img.wattpad.com/cover/106234884-288-k460808.jpg)
YOU ARE READING
Our Meaningful Distance - Baekhyun
Fanfiction"Awak, saya suka awak." "Tak, kau tak boleh macam tu. Aku dah kata yang kita akan kekal macam ni." "Awak tak suka saya?" "Aku minta maaf tapi.. aku tak." Sekejap sekejap ada, sekejap sekejap tiada. Latar belakangnya pun langsung aku tak tahu, dia ti...