[Baekhyun's POV]
Aku berjalan tiada hala tuju. Kan, macam orang bodoh. Dah takde kerja. Takde jiwa. Tak tahu nak buat apa. Takkan nak terperuk kat rumah Nayeon je. Aku bukan sekolah pun. Rasa malas. Nayeon pun dah terpengaruh dengan aku. Lantaklah dia, lagipun cikgu bukan kisah pun.
Setakat ni, aku takde dengar lagi suara Seulgi memanggil aku. Baguslah, tu maknanya dia tak dalam bahaya. Lagipun baru seminggu aku tak jumpa dia.
Aku menguak rambut ke atas. Harini bahang dan panasnya lain macam. Ah! Balik rumah Nayeon lah. Aku bukan ada tempat lain nak pergi.
Aku melajukan langkah aku ke rumah Nayeon. Tak jauh, dalam setengah kilometer je lagi. Aku menghembus nafas lelah sekali.
Sesampai sahaja aku di rumah Nayeon, aku tak terus masuk ke dalam. Kerana aku ternampak sepasang kasut perempuan di luar pintu. Aku menilik kasut itu tapi masih tidak dapat mengecam. Ini bukan kasut Nayeon. Kalau kasut Nayeon pun, dia akan letak kat rak dalam rumah.
Takkan lah Nayeon bawa kawan ke sini? Waktu persekolahan kut.
Aku menguak pintu rumah sedikit, dan telinga aku terdengar perbualan antara dua perempuan. Aku masih lagi tidak menapak ke dalam.
Perkara terakhir aku dengar, "Saya suka Baekhyun."
Dan barulah aku melangkah ke dalam. Aku tak pandang wajah tetamu Nayeon sebab aku tahu itu Kim Seulgi. Aku membuka kasut dan jaket aku. Aku menyerabaikan rambut sedikit.
Perbualan mereka seakan terhenti bila aku masuk secara tiba-tiba. Aku menjeling Nayeon, dia tak nampak terkejut tapi aku pasti Seulgi akan terkejut.
Aku berjalan ke dapur untuk minum air. Peti ais aku bukak dan air mineral di dalam botol aku ambil. Aku teguk air perlahan lalu melangkah ke ruang tamu semula. Tak berniat nak naik ke tingkat atas kerana ini bukan rumah aku.
Aku duduk di salah satu sofa yang tidak jauh dari tempat mereka berdua berbual. Namun, tempat ini hanya dipenuhi dengan bunyi dari kaca televisyen. Aku pandang Nayeon, dia juga memandang aku.
Aku tidak bercakap apa-apa dan lantas memalingkan kepala ke hadapan semula. Aku terdengar Nayeon berdehem dan bercakap perlahan dengan Seulgi.
"Awak patut balik sekarang." Geez, Nayeon. Cakaplah slow lagi. Itu cukup kuat untuk aku dengar. Tidak mahu dituduh mencuri dengar, aku memekakkan telinga sahaja.
"Saya nak bercakap dengan dia sekejap, boleh tak?"
Suara Seulgi pula. Kalau aku boleh bunuhnya sekarang, aku takkan lepaskan peluang itu. Ish.
"Ehem, Baekhyun." Nayeon memanggil.
"Apa."
"Seu—"
"Saya nak bercakap dengan awak." Suara Seulgi memotong. Aku tak memandangnya.
"Cakaplah." Kata aku, berlagak.
"Bukan kat sini." Perempuan ni tak sedar diri kan?
"Aku malas nak gerak." Balasku sekali lagi. Nayeon terbatuk kecil. Aku ternampak dia macam nak beredar jadi aku pantas menahannya.
"Duduk situ, Nayeon." Dan, dia menjatuhkan punggungnya di atas sofa kembali.
Seulgi berdehem. "Awak.. ada hubungan dengan Kang Seulgi..?"
Mata aku beralih padanya. Jujur, aku memang tak boleh jika terdengar nama Seulgi disebut. Pasti aku tertarik.
Aku memandang kosong wajah Seulgi, tak menjawab.

YOU ARE READING
Our Meaningful Distance - Baekhyun
Fanfiction"Awak, saya suka awak." "Tak, kau tak boleh macam tu. Aku dah kata yang kita akan kekal macam ni." "Awak tak suka saya?" "Aku minta maaf tapi.. aku tak." Sekejap sekejap ada, sekejap sekejap tiada. Latar belakangnya pun langsung aku tak tahu, dia ti...