[Baekhyun's POV]
Rumah? Aku takde rumah. Tolonglah, menyusahkan lah perempuan ni. Tapi taknak nampak terlalu kejam, aku usahakan aje. Rumah siapa? Rumah ibu bapa aku yang dah takde. Oh mestilah aku kata aku takde rumah. Ni rumah ibu bapa aku, bukan aku punya. Lagi pun, aku benci dorang. Buat apa aku nak duduk sini? Aku lebih rela merempat, serius.
Rumah ni takla mewah mana. Setakat ada 2 bilik dan 1 tandas. Hah, ruang tamu pun kecil. Apalagi dapur. Rumah ni dah berhabuk dan tak terurus. Sejak diorang mati, takde siapa nak uruskan rumah ni. Nak harapkan aku? Oh tolonglah.
Aku terpaksa heret Seulgi dari rumah Nayeon ke sini. Rumah Nayeon tu dekat dengan pekan. Rumah ni? Jauh, tersorok sikit.
Nak ikutkan hati, nak saja aku tinggalkan perempuan ni kat rumah Nayeon. Tapi ada Chanyeol, dahla dia pun mabuk juga. Nanti terlanjur dua orang tu, aku malas nak ambil tahu.
Lagipun, aku rasa bersalah dengan dia ni. Iyelah, dah banyak kali aku tinggalkan dia macamtu je so.. apa apa jelah.
Aku biarkan Seulgi tidur di ruang tamu beralaskan tikar dan bantal kecil. Nampak menyedihkan tapi kisah apa aku. Dia penat agaknya meracau di jalan tadi. Huh.
Aku keluarkan pakaian aku dari beg aku. Rasanya macam kami tak sekolah je esok. Tengoklah, dengan Seulgi nya tak bawa baju sekolah. Dia pakai baju biasa je. Dalam beg dia tu macamlah ada baju sekolah kan. Paling kurang pun buku.
Aku lihat sekeliling sebelum menapak ke tandas. Pastikan semua kunci dan tingkap tertutup rapi. Berjaga-jaga. Nanti ada perompak, aku juga yang susah. Lagipun aku tengah mengawasi tempat ni juga. Kot kot ada 'benda' tu datang menyinggah ke. Dan syukurlah, takde.
Aku menghela nafas berat dan terus masuk ke tandas untuk membersihkan diri.
***
"Tolong!"
Aku menggulingkan biji mata aku. Dah berapa kali aku dengar dia jerit. Sakit telinga aku. Aku lap badan aku dengan cepat dan melilitkan tuala di pinggang. Kau rasa aku sempat ke nak pakai baju?
Aku membuka pintu tandas dan berjalan ke ruang tamu. Aku ternampak Seulgi cuba buka pintu jadi aku jerit.
"Yah, kau nak pergi mana? Dah malam buta ni." Dia pusingkan badan dengan terkejut. Aku menjelingnya tajam.
"Awak culik saya ke hah?! Saya tadi kat rumah Nayeon—"
"Kau mabuk dan kau kata kau taknak balik jadi aku heret kau ke sini. Puas hati?" Aku cuba ingatkan perkara sebenar kepadanya. Dia terdiam sebentar lalu menggigit bibir bawahnya.
"Ta- tapi.."
Aku abaikannya dan berjalan ke bilik tidur utama untuk pakai baju. Tapi, Seulgi memanggil kuat. Aku dengan menyampahnya memandangnya bosan.
"Apa??"
"A- awak nak pergi mana??"
"Pakai baju. Kau nak aku buka tuala ni depan kau ke?" Aku mengugutnya sambil tangan aku pegang pada ikatan tuala di pinggang aku.
"Ooh.." Seulgi menunduk. Tangannya bermain dengan hujung bajunya. Ew, so lame.
Aku tinggalkannya saja dan terus mengunci pintu bilik.
Seusai aku lengkap berpakaian, aku membelek barang-barang dalam bilik ibu dan ayah aku ni. Tiada apa yang menarik. Serius. Aku pun lega bila tahu yang mereka mati. Sebab aku tak suka dorang. Dorang.. menagih dadah. Rumah ni sarang dorang berdua. Sebabtu aku tak suka duduk sini. Masa aku 6 tahun, aku tak sanggup dah kene belasah jadi aku suruh jiran aku hantar ke Daegu. Aku pergi pusat anak yatim di sana. Aku larikan diri. Keluarga aku tak kisah, lagi-lagi ibu dan ayah aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/106234884-288-k460808.jpg)
YOU ARE READING
Our Meaningful Distance - Baekhyun
Fanfiction"Awak, saya suka awak." "Tak, kau tak boleh macam tu. Aku dah kata yang kita akan kekal macam ni." "Awak tak suka saya?" "Aku minta maaf tapi.. aku tak." Sekejap sekejap ada, sekejap sekejap tiada. Latar belakangnya pun langsung aku tak tahu, dia ti...