Chapter 16

88 13 5
                                        

Changwook hensem huwaaaa
.
.
.
.

[Seulgi's POV]

Jam dinding menunjukkan pukul 6 lebih. Cikgu Changwook kata dia nak ambil pukul 7 jadi aku kemas awal-awal. Baju semua siap aku pack. Barang-barang peribadi dan tak lupa barang sekolah. Esok hari Jumaat dan merupakan hari terakhir sekolah pada minggu ini.

Aku merenung cermin di hadapan aku. Muka aku ada jerawat, alahai. Tak minat betul. Aku menguis-nguis jerawat aku di dahi. Tapi sakit. Jadi aku biarkan sahaja.

Aku mengambil sikat rambut dan mula menyisir rambut aku perlahan. Taknak rambut gugur ataupun rosak.

Bila sunyi macam ni aku selalu terfikir tentang Baekhyun. Seminggu aku tak jumpa dia, aku tak rasa apa-apa. Kalau sebelum ni, aku mesti risau bila tak jumpa dia tapi kalini tak. Aku rasa berjauhan hati dengan dia. Lagipun, cikgu Changwook pun jaga aku macam dia jaga aku. Atau lebih kasarnya, Cikgu Changwook lebih menjaga aku daripada dirinya.

Aku tak fikirkan hal itu sangat tapi aku rindukan dia. Rindukan.. ciuman dia. Kenapa aku rasa demam aku haritu disebabkan ciuman haritu? Menyesal pula aku minta.

Aku melihat pantulan wajah aku di cermin. Muka aku merah. Tak guna. Aku menggigit bibir bawah aku perlahan.

Baekhyun...

Pap!

Aku memandang balkoni aku. Mata aku sedikit membulat bila ternampak Baekhyun masuk dalam bilik aku. Dia tercungap-cungap. Wajahnya berpeluh dan matanya merah.

Aku pandang tangannya. Digenggam kuat sehingga ternampak urat di lengannya. Aku mengemam bibir. Sikat rambut aku letak perlahan di atas meja.

"Baekhyun.."

"Kenapa sebut nama aku?" Dia mula mendekati aku. Urat di dahinya semakin timbul. Ah! Aku lupa.

Aku menelan air liur yang terasa perit. Dia masih lagi menikam mata aku tajam. Bibirnya menggeletar menahan geram.

"S-saya..."

"Bukan aku dah kata ke sebut nama aku bila perlu saja?" Dia berdiri betul-betul di hadapan aku. Aku menunduk. Tak sanggup nak berlawan mata dengannya. Aku menggigit bibir bawah kuat. Menahan takut yang menyelubungi diri.

"Kenapa main-main, Seul?" Dia bertanya. Nada suaranya tak diturunkan. Masih tinggi seperti memarahi aku.

"Kau sekali lagi buat aku meluat.."

Aku terasa dengan kata-katanya. Mata aku memanas dan hidung aku terasa pedih.

Baekhyun mengangkat wajah aku dan pandangannya lebih redup daripada tadi. Matanya tidak lagi merah.

"S-s-saya—"

Klek! Aku dan Baekhyun sama sama memandang pintu bilik. Cikgu Changwook. Dan, riak wajahnya seperti bukan dia. Dia.. seperti marah. Dia menapak ke dalam bilik dengan pantas lalu menarik lengan aku.

"Bukan saya dah kata ke turun bawah sebelum pukul 7 malam?" Dia berkata apabila aku menahannya daripada menarik aku kasar. Dia bukan dia. Kenapa Cikgu Changwook macam ni?

Baekhyun di hadapan aku pandang sekilas. Dia sedang merenung tajam ke arah Cikgu Changwook. Lalu dia memandang aku dan berdecit.

"Kau dah ada hubungan dengan lelaki tua ni?" Dia menyoal sarkastik. Aku membulatkan mata aku lalu menggeleng pantas.

Cikgu Changwook genggam lengan aku kuat sampai aku rasa pedih. "Seulgi, tinggalkan dia. Tolong."

Suara dia seolah merayu. Aku memandangnya keliru. Aku betul-betul tak kenal dia sepenuhnya jadi aku tak faham.

Our Meaningful Distance - BaekhyunCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang