Chapter 17

95 11 7
                                        

Sorry sorry sorry takde BaekGi moments langsung. Full ChangGi moments. Tak nak baca pun takpe >< HAHAHAHA
.
.
.
.
.
.

[Seulgi's POV]

Aku terasa kene game. Tak guna. Tak sangka pula Cikgu Changwook macamtu. Nasib baik aku tak percayanya bulat-bulat. Aku yang naya nanti. Tulah, Seul. Jangan senang jatuh hati. Kan dah.. haih.

Aku mula mengerling pintu bilik. Kunci. Mujurlah. Aku nak tukar baju tidur. Hm.

Aku mula membuka beg baju aku dan mengeluarkan baju yang sesuai untuk tidur malam ni. Laju sahaja pergerakan aku. Takut Cikgu Changwook masuk mengejut.

Aku dengan pantas menukar baju. Kaki aku menapak ke meja solek dan aku tilik wajah aku. Jerawat tadi.. masih tak hilang. Ish. Aku mencebik geram.

Aku mencapai krim malam dan mencalit sedikit. Lalu aku sapukan pada seluruh muka. Bila aku berpuas hati, barulah aku keluar bilik.

Aku menoleh kiri kanan. Okey, tiada cikgu. Aku berjalan ke tangga yang agak jauh dari bilik aku. Dan, kaki aku menuruni anak tangga dengan berhemah. Mata aku masih tak boleh lepas melihat perabot dan perhiasan dalam rumah ni. Buat aku terpegun.

Aku menjuihkan bibir bawah aku. Cemburu dengan cikgu aku sendiri. Untunglah hmm.

Aku mula berkeliaran di sekeliling rumah. Mana satu dapurnya ni? Aku lapar.

Tangan aku tak berhenti membelek barang-barang dalam rumah ni. Daripada sofa sampailah dinding aku sentuh. Mesti mahalnamampus. Aku berjalan lagi sampailah aku jumpa dapur. Itupun sebab aku bau makanan.

Langkah aku menjadi laju. Muka aku dah teruja. Betul, aku lapar ni sebab ingatkan cikgu nak bawa aku dinner luar. Tapi bila fikir balik, rumah dia dah ada ramai maid, takkan nak makan luar. Membazir, kan?

Aku menjadi kaku bila aku memasuki ruang makan. Cikgu dengan maids nya seramai 4 orang tengah menjamu selera. Aku mengemam bibir. Patutlah sunyi je rumah tadi. Aku pusing satu rumah, tak jumpa langsung maids dia. Cikgu memandang aku dengan keningnya terangkat. Maids nya lain makan secara laju apabila mendapati aku di sini. Eh, janganlah segan..

Aku menggigit bibir. Tangan aku pegang hujung baju. Tak tahu nak buat apa.

"Duduklah, Seul. Awak buat apa kat situ?"

Aku mula mendekati meja makan yang panjang itu. Maids mula mengangkat punggung bila aku mendekati meja makan.

Aku tak tahu nak duduk mana jadi aku ambil tempat yang sedikit jauh daripada tempatnya. Aku menjeling cikgu aku sekali.

Lalu, dia tergelak halus. "Dekatlah sikit. Susah saya nak berbual."

Barulah aku mengambil tempat di sebelahnya. Dia memandang aku lama. Aku memandang depan. Tak sanggup nak bertentangan mata dengan dia.

Sekali lagi dia ketawa. Ish dahla tu.

Bila kami berdua tidak mengeluarkan suara, seorang pembantu rumah mula menghidangkan aku makanan. Aku tersenyum kekok. "Ah kamsahamnida."

Dia sekadar tersenyum dan masuk kr bahagian dapur semula.

Aku terus menyuap makanan ke dalam mulut. Malaslah nak ganggu cikgu tengah makan kan. Kang, tersedak pula.

Suasana di ruang makan senyap sehinggalah aku terdengar sendawa cikgu Changwook. Aku memandangnya. Dia tersengih.

"Makanlah."

Aku mengangguk.

"Emm.. Seul?"

Aku menoleh ke arahnya. Dia sedang mengelap mulutnya.

Our Meaningful Distance - BaekhyunCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang