Chapter 20

99 11 1
                                    

Maafkan sayaaa, kk sj saya kene ulang so busy sangat bukan sikit huhuhuhu.
.
.
.
.
.

[Seulgi's POV]

Aku menghempas badan aku ke katil selepas beberapa hari tak sentuh katil sendiri. Aku rasa lama betul aku menetap di rumah Cikgu Changwook, padahal 3 hari je. Nak ikutkan hati, aku nak balik lebih awal tapi dia tak izinkan. Katanya berbahaya kalau aku tak ada di sekitarnya. Cis, iyelah tu. Harini aku nak balik pun, dia ragu-ragu.

Dia layan aku macam biasa walaupun kami macam ada hubungan. Aku pun tak pasti aku dan dia ada hubungan atau tidak sebab layanan dia tak begitu berubah. Aku malas nak ungkit dan tanya apa-apa walaupun hakikatnya aku sendiri tak faham.

Dia terlalu rapat dengan ramai cikgu perempuan yang single, aku cemburu la juga sebab dia memang jenis yang peramah sejak pertama kali dia masuk sekolah ni. Aku tak pasti kenapa dia layan perempuan macam tu. Nak jaga hati kut. Hati perempuan kan lembut.

Aku mengeluh. Kan bagus jika dia macam Baekhyun. Maksud aku, bukan sebiji macam Baekhyun. Cuma sifat sombongnya dan pendiamnya. Itu lebih baik daripada menjadi terlalu peramah. Aku tak beberapa suka.

Selama 3 haritu, dia menjadi dirinya sendiri. Bermanja tidak lah. Dia sibuk dengan tugasnya. Aku pun sekadar duduk bersahaja. Kadang-kadang merayap juga sekitar rumahnya. Pernah sekali kakaknya menjenguk rumah itu. Dia tak nampak terkejut dengan kehadiran aku. Erk, kenapa aku rasa keluarga cikgu Changwook sedikit pelik? Entah, mungkin sebab kakaknya. Kakaknya seperti ada semangat tersendiri. Mujurlah dia tak pelik dan garang.

Ha, lagi satu. Omma dan appa menjadi ramah dengan cikgu Changwook. Itu sumpah menghairankan. Mereka baru jumpa beberapa kali dan tiba-tiba sahaja rapat seperti sudah kenal lama. Omma nampak gembira bila cikgu Changwook hantar aku tadi. Bukan sebab dia merindui aku, tetapi sebab cikgu Changwook. Aku sekadar menjadi pemerhati. Hairan, memang hairan.

Esok sekolah, jadi semangat aku serta merta menurun. Entah mengapa. Jika dulu aku rajin datang ke sekolah kerana hmm.. mungkin seseorang menjadi inspirasi aku? Ya, memang pun.

Telefon aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku menyeluk poket jaket aku dan keluarkan telefon aku. Mesej yang diterima aku tenung dalam-dalam.

From : Unknown 11.02 am
I

Ha? Salah hantar ke? Aku mengangkat bahu dan menyimpan kembali telefon aku. Aku rasa ada orang salah send. Mesti dia tak habis type lagi.

Aku bangun, beg-beg aku letak ke tepi. Nantilah kemas. Takde mood. Aku memboloskan diri keluar dari bilik. Keadaan rumah tak bising. Bukan ada anak kecil pun. Biasanya appa sekarang keluar, ataupun berkebun. Rajin kan?

Omma pula, goyang kaki depan tv. Atau buat kek, kemas rumah. Dia pernah juga kata nak jaga budak. Kerja sambilan di rumah. Takla sunyi sangat. Katanya. Abang aku pula.. harini dia tak kerja rasanya. Tapi, dia selalu merayap. Aku pun tak pasti.

Aku turun ke tingkat bawah. Memang hairan sebab senyap saja. Bunyi tv atau radio tiada pula. Bulu roma aku menegak. Serta merta aku teringat pasal makhluk tu. Aku cuma berdoa agar benda tu tak datang lagi.

Kaki aku menuju ke ruang tamu. Figura lelaki sedang baring sambil bermain telefon muncul di pandangan aku. Aku menjongketkan kening.

"Weh, mana appa dengan omma?"

"Keluar."

"Tadi baru je kat sini."

"Mana aku tahu."

"Ish, abang!"

"Apa?" Dia menjatuhkan telefonnya. Aku mendengus kecil. Aku berjalan sambil menghentak kaki dengan kuat menuju ke sofa yang abang aku sedang baring. Kakinya aku tolak ke bawah dan aku mengambil tempat di sebelahnya.

Our Meaningful Distance - BaekhyunWhere stories live. Discover now