Chapter 22

102 11 0
                                    

[Seulgi's POV]

Hati aku jadi tak senang. Harini, periksa. Oh memang patut pun aku tak senang tapi masalahnya kenapa cikgu Changwook tak ada? Oh dia ada kursus, Yugyeom bagitahu tadi. Tapi, ugh luah jela Seul.

Mana Baekhyun? Dia tak datang kenapa? Kan periksa.

Malam tadi, macam drama. Mula mula aku macam tak percaya yang dia Baekhyun tapi dia call aku. Sumpah aku tak percaya. Dah lama aku tak nampak dia, tak jumpa dia jadi aku fikir aku dengan dia takkan berjumpa lagi. Tapi salah, aku dan dia memang akan terus berhubung kan?

"Percaya?"

"H-ha? Y-ya.."

"Macam mana hidup kau?"

"O-okey saja.."

"Rindu aku?"

"Ha?"

"Aku rindu kau."

"Baekhyun saya rasa mengantuk pula, selamat mala-"

"Aku betul betul rindu kau."

Okey, benda paling bodoh sekarang ni ialah aku percaya. Ah... Tolonglah Seul, jadi setia untuk kalini. Maksud aku, uh-oh Baekhyun kan menggelarkan aku sebagai murah jadi aku akan buktikan kepadanya yang aku bukan macamtu. Aku sukakan cikgu Changwook sahaja. Cuma dia mungkin ada masalah dan perlu masa berseorangan. Tapi, aku.. aku tak boleh berseorangan macam yang dia tahu. Jadi.. hmm ya..

Aku patut berhubungan dengan Baekhyun tapi aku janji takkan curang. Aku janji.

"Seul, oh my god kau tahu soalan add math tadi senang!"

Ah bodoh, perempuan ni memang lah akan kata soalan-soalan sialan itu senang. Dia bijak. Aku? Ugh cuma beberapa soalan sahaja yang aku jawab. Susah bakhan-

Susah gila!

"Ya, kau pandai." Aku tersenyum kecil memandang Wendy. Riak wajahnya yang gembira bertukar jadi sedikit risau.

"Aku gurau jelah, tak ada lah senang mana." Katanya dengan perlahan dan aku tahu dia cuma memujuk aku saja. Aku masih lagi tersenyum.

Entah apa yang aku patut balas, aku kehilangan tenaga untuk bercakap. "Kau ada masalah, Seul?" Dia menyoal.

Aku menggeleng. Berhasrat untuk pergi dari taman ini, jadi aku mengemas alat tulis dan buku-buku aku di atas meja. Aku berdiri tapi pergelangan tangan aku dipegang olehnya.

"Seul, kau tak okey kan?"

"Takdelah, aku cuma stres sikit."

"Chill, jangan terlampau stres. Aku pun perasan yang kau makin diam sejak dua menjak ni."

Aku duduk kembali. Sejujurnya aku sendiri bingung. Suka atau benci, rindu atau sayang ugh itu semua merumitkan. Aku sedar yang aku baru saja dalam dunia percintaan jadi aku sedikit bodoh. Sebab itu aku berkelakuan tak matang.

"Uhm, Wendy.. kau tahu kan pasal Baekhyun itu?"

"Oh.. kenapa dengannya?" Suaranya menurun. Dahinya berkerut seperti hairan dengan topik yang aku ingin cakap.

"Dia.. dia.. aku.."

"Hmm?"

"Aku sebenarnya.. ada perasaan pada dia. Tapi aku sendiri tak yakin." Entah apa yang merasuk aku untuk bagitahu tentang ini kepadanya tapi memang aku betul-betul perlukan seseorang.

Dia terdiam. Matanya merenung ke dalam mata aku. Aku jadi tak selesa bila tangannya mencapai tangan aku. Oh adakah kawan aku ini lesbian? Oh tidak...

Our Meaningful Distance - BaekhyunWhere stories live. Discover now