Chapter 5

81 12 0
                                    

[Baekhyun's POV]

Aku jadi bengang dengan kejadian tadi. Ikutkan hati nak saja aku tumbuk semua orang dalam rumah Nayeon tu. Chanyeol, ugh! Sebab dia lah aku bazirkan duit aku beli aiskrim.

Dan, sekarang ni aku tengah ekori Seulgi ke rumahnya. Dia ni.. berjalan sorang-sorang pula. Dah kenapa?? Nanti aku juga yang susah. Nayeon tak reti nak hantarkan dia balik ke?

Ish, masing masing tak boleh nak harap.

Aku berjalan perlahan sambil merenung Seulgi tajam. Kedua tangan aku dah masukkan ke dalam sweater aku. Cuaca malam agak sejuk tapi aku tengok pakaian Seulgi tu, nipis je. Nak goda siapa? Jin? Syaitan? Lembaga tu? Makhluk tak guna?

Aku menggulingkan mata aku sendiri memikirkan hal itu. Perempuan memang selalu jadi murah.

Aku perasan yang Seulgi asyik pandang kiri dan kanannya. Mungkin dia terasa ada orang ikutinya. Ya, aku lah tu. Bukan sebab aku suka dia, tapi jaga jaga. Buatnya kalau dia pengsan lagi? Malas aku mahu mengangkatnya.

Aku tahu rumah Seulgi jauh, tapi ketika waktu sebegini, ada ke teksi atau pun bas? Majoritinya tidak. Bandar ini bukanlah bandar yang selamat. Kes culik, rompak, samun, rogol dah biasa kedengaran di mana mana.

Dan, perempuan di depan aku ni memang berani. Degil. Aku sudah kata jangan jalan sorang-sorang, jangan pergi ke lorong gelap, jangan cari aku. Tapi nak juga. Itu semua mengundang maut. Betul, makhluk itu bukannya tak tahu.

Aku jadi geram tengok lengan Seulgi yang tak berlapik dengan apa-apa kain. Bukan, aku tak suka dia. Tapi aku lelaki, jadi faham-faham sajalah.

Aku menapak lebih laju ke hadapan dan merentap lengannya. Dia terkejut dan menjerit nyaring. Aku pandang mata dia dan dia terus senyap. Muka dia berpeluh dan rambut dia tak terurus.

"A-awak.."

"Ye aku."

Aku menarik tangannya supaya dia berjalan seiring dengan aku. Lengannya aku pegang kemas. Mata aku pula sibuk mengawasi jika ada makhluk lain atau manusia yang takguna berkeliaran. Mujurlah tiada.

Firasat aku mengatakan yang tiada apa yang akan berlaku lagi malam ini tapi.. aku perlu jaga perempuan ni. Kan?

Dah kenapa kau ni Baekhyun? Jangan kata yang kau tergoda sebab dia? Ish.

Aku buang fikiran aku jauh jauh.

"A-awak.."

Sekali lagi dia memanggil. Tergagap-gagap. Kenapa? Aku memandangnya sekilas. Kepala aku pusing ke depan kembali.

Tapi, ada sesuatu yang tak kena. Belakang Seulgi.

Jadi, aku palingkan kepala aku ke belakang kembali. Betul, makhluk itu ada. Huh, firasat aku tadi tak betul. Nasiblah aku tidak meninggalkannya seorang. Jika tidak.. tak tahula apa nasib perempuan ini.

Aku memang tak pandai menilik masa depan.

Aku perasan yang Seulgi tidak senang hati. Wajahnya risau. Aku merenung dia lama sebelum aku ambil keputusan untuk peluk dia.

Jujur, sejak pertama kali aku peluk dia masatu, aku rasa lain. Hangat dia lain. Tapi aku rasa itu biasa jadi aku lupakan saja.

Aku tahan belakang badan Seulgi agar dia tidak meleraikan pelukan. Makhluk itu seolah marah dengan aku. Aku geram dan rasa nak maki hamun. Tapi apa yang aku buat cuma menunjukkan jari hantu. Makhluk itu membuka mulut seluas-luasnya sebelum dia beredar.

Aku masih tak faham kenapa makhluk itu tak kasi aku rapat dengan perempuan ni. Kalau diberi pilihan untuk rapat dengan dia ni, aku pun tak nak.

Seulgi memegang lengan aku supaya aku leraikan pelukan. Aku ikut sahaja sebab taknak dia menjerit atau apa.

Our Meaningful Distance - BaekhyunWhere stories live. Discover now