Saya rasa chapter ni pun akan penuh dengan Seulgi's POV. Maaf! Chap ni pun takde BaekGi moments. Tapi saya kasi banyak hints dalam chap ni. Hints pasal penampakan 'benda' tu lah.
.
.
.
.
.
.
[Seulgi's POV]
Masuk hari kedua Baekhyun tak hadir. Sebab? Sebab aku tak nampak dia. Aku menjadi semakin musykil. Pagi tadi aku terserempak Chanyeol dan dia mengelak dari aku. Kelibat Nayeon pun aku langsung tak perasan.
Harini, kami diberitahu bahawa cikgu-cikgu meeting akibat kematian cikgu Song. Dia memegang banyak jawatan dalam sekolah ini jadi perjumpaan para guru dan staf diadakan untuk mencari pengambil alih jawatan cikgu Song. Aku memang dah tahu tentang ini malam tadi, kecoh dalam group LINE. Tak hairan pun kalau ramai tak datang. Tapi takkan Baekhyun tak datang sebab ni?
Seperti aku sangka, Wendy tak datang. Memang eloklah tu. Semalam berniat nak cuti. Dan luckily, dia boleh cuti. Meeting guru-guru biasanya memang lama. Tambahan pula, ada Persatuan Ibu Bapa juga. Menambahkan lagi tempoh masa perjumpaan. Baguslah, aku pun takde mood nak belajar.
Kalau bukan sebab Baekhyun, aku tak datang juga. Sebab nak jumpa dia lah aku sanggup jejakkan kaki di neraka ni tahu. Aku mengeluh kecil.
Meja Seulgi dihuninya harini. Dia tak menegur aku lagi harini. Dia lebih banyak membaca buku sendirian dan ulang kaji. Cis. Jimin pun tak datang. Bagus, tenang hidup aku. Hahaha.
Harini kelas aku cuma ada belasan pelajar saja. Itu pun nyawa-nyawa ikan. Atas 10 orang macam tu. Ish, nak aje aku balik ke rumah. Kalau aku tahu Baekhyun tak datang harini, aku pun takkan datang juga.
Aku merenung pintu kelas sampailah ada yang berdiri di situ. Aku memandang gerangan yang datang ke kelas kami. Lelaki itu tersenyum kepada aku dan mengisyaratkan tangannya supaya aku mendekatinya.
Aku tanpa banyak cakap terus pergi ke tempatnya. Pelajar yang lain macam tak perasan. Ramai yang tidur dan berbual. Aku tersenyum kekok kepada lelaki itu.
"Er, ya?" Aku menyoal ramah. Dia tiba-tiba menghulurkan telefon bimbitnya dan buku kedatangan kelas. Dia menipiskan bibir sebelum memberi arahan.
"Saya ada meeting kejap lagi. Boleh awak pegangkan telefon saya? Ah, lepastu ambil kedatangan kelas ni. Hantar ke pejabat. Then, masuk bilik guru. Ambil buku nota Sejarah dan suruh kawan kamu buat nota Sejarah bab seterusnya." Kata Cikgu Chang Wook berjela. Aku terlopong sedikit. Amanah besar ni. Telefonnya yang berjenama Samsung S8 aku pandang takut. Sekekali aku mengemam bibir.
"Ah, tapi cik—"
"Saya dah lambat ni, tolong ya?"
Aku mengeluh dan mengangguk kepala lemah.
***
Kedatangan settle, betul tekaan aku. 12 orang je hadir. Aku tersenyum senget. Ketua kelas pun tak hadir. Yugyeom la ni. Dah aku yang kene ambil tugas dia.
Telefon cikgu Chang Wook aku pandang sekilas yang diletakkan di atas meja guru. Senyap je, tiada mesej masuk pun? Aku menggigit bibir. Lepasni kene pergi pejabat pula.
Aku mencapai telefon itu dengan berhati-hati dan terus keluar menuju ke pejabat. Mujurlah tak jauh.
Aku menyimpan telefon Samsung S8 tadi ke dalam uniform sekolah aku. Memastikan agar sentiasa dalam keadaan selamat dan terjaga. Aku memeluk buku kedatangan erat. Sambil itu, mulut aku terkumat-kamit menyanyikan lagu Lotto by EXO.
Aku berpusing ke kanan untuk menuruni tangga ke tingkat bawah. Tangan aku pegang pada pemegang dan menapak perlahan. Sesekali aku menoleh ke arah poket uniform sekolah aku. Kut kut telefon jatuh ke.
ANDA SEDANG MEMBACA
Our Meaningful Distance - Baekhyun
फैनफिक्शन"Awak, saya suka awak." "Tak, kau tak boleh macam tu. Aku dah kata yang kita akan kekal macam ni." "Awak tak suka saya?" "Aku minta maaf tapi.. aku tak." Sekejap sekejap ada, sekejap sekejap tiada. Latar belakangnya pun langsung aku tak tahu, dia ti...
