Prologue

347 24 0
                                    

Jongin menegur aku. "Kau mahu balik?" Aku sekadar menganggukkan kepala tanda mengiyakan soalannya. Aku taknak ada perbualan antara dia mahupun orang lain. Aku taknak ada pertalian persahabatan antara sesiapa. Aku sedar aku siapa dan mereka di luar sana pun patut sedar diri. Mereka yang aku maksudkan bukanlah semua orang tetapi orang yang tertentu seperti aku, Nayeon dan mungkin gadis itu.

Aku tak rasa yang perempuan itu ada kelebihan seperti aku cuma.. entahlah mungkin dia ada spirit tersendiri disebabkan oleh buruan makhluk itu. Aku pun tak sangka dia jadi perempuan kedua yang bercakap dengan aku selepas Nayeon. Dengan Nayeon sendiri pun aku tak terlalu membuka mulut. Selebihnya aku hanya menggunakan bahasa badan, contohnya, angguk, geleng, tunjuk arah guna jari. Itu sahaja. Tapi, limit aku terlebih bila dengan gadis itu.

"Kau ada rumah? Kau nak balik ke mana?" Jongin mengajukan soalan yang sengaja buat aku lebih bercakap. Aku mengerlingnya tajam dan keluar dari stor pekerja. Kenapa aku perlu habiskan masa dengan layan budak bodoh ni?

"Kau tak sepatutnya abaikan aku. Kita sama Baekhyun." Dia sekali lagi mengumpan aku.. umpan aku untuk menumbuknya mungkin? Aku tersenyum sinis dan berpaling ke belakang.

"Sebab aku tahu diri aku siapalah aku tak bercakap." Aku menjawab. See? Aku terpaksa buka mulut sebab lelaki ini. Mungkin ada masa yang tertentu aku boleh bercakap dengan lelaki ini tapi sekarang tidak. Gadis itu mungkin dalam bahaya. Dan aku patut bersamanya sekarang.

"Kau balik ke mana?" Dia mengabaikan ayat aku. Sengaja. Aku melepaskan batuk kecil.

"Mana-mana saja. Aku ada kerja lagi." Sejurus itu aku terus keluar mengikut pintu belakang. Lorong gelap dan ada sesuatu yang menanti aku. Aku dah agak dan aku tak terkejut. Makhluk itu bercakap bahasanya dan aku memandangnya tidak berpuas hati.

"Tak perlu ganggu dia dan aku tak akan dekatkan diri dengannya lagi." Aku berkata kepadanya, Makhluk itu membalas kata-kata aku.

"Kau yang buat aku dekatkan diri dengannya." Ujar aku dalam suara mendatar. Kedua tangan aku masukkan ke dalam kocek hoodie aku. Makhluk itu terus lesap selepas datangnya suara perempuan di belakang aku. Nayeon?

Aku terus pusingkan badan aku menghadapnya. Oh bukan.

"Awak bercakap dengan siapa?" Perempuan itu mengulang soalan yang sama seperti tadi. Aku tikam mata dia sedalam mungkin. Marah, menyampah, meluat, geram.

"Bukan aku dah kata ke terus balik rumah?? Kenapa berkeliaran di sini? Bahaya kau tahu?" Aku menarik lengannya dan sorokkan diri kami di lorong yang lebih kecil yang berdekatan. Aku ternampak senyuman kecilnya. Apa masalah dia ni?

"Saya selalu nampak kelibat awak di lorong sini sebab tu saya lalu.." Dia menjawab soalan aku sebentar tadi. Kenapa dia nampak gembira? Gila ke? Dia tidak takut dengan aku? Semalam di sekolah bukan main berair matanya?

"Aku tak suka manusia macam kau."

"Awak pun manusia." Aku terdiam beberapa saat sebelum berdehem.

"Spesies macam kau, aku tak suka."

Aku melepaskan lengannya dan ingin menapak keluar dari tempat sini. Aku dapat dengar suaranya lagi dan aku tetap berjalan.

"Terima kasih..

sebab selamatkan saya."

Bodoh.

Our Meaningful Distance - BaekhyunWhere stories live. Discover now