Chapter 3

137 15 2
                                        

[Baekhyun's POV]

Nayeon tersengih melihat aku masuk ke dalam kelas. Aku tidak memberi sebarang reaksi, malah aku terus sahaja melabuhkan punggung di tempat aku. Aku melentokkan kepala ke atas meja tapi menghadap arah yang bertentangan tempat Nayeon.

"Awak marah saya?" Dia menyentuh bahu aku dan aku menepis kasar. Suara dia, ish. Tolonglah.

"Awak mengajuk ke~?" Dia menyoal lagi. Kalini suaranya lebih mendayu. Aku berdehem kecil tetapi masih tak mengangkat kepala.

"Saya tak sengaja. Lagipun.."

Aku mengangkat kepala dan memandang matanya tajam. "Dia bukan kawan aku, dan tolong jangan cerita pasal aku dekat kawan tonjang kau tu." 

"Hahahahahahahaha maaflah. Hmm, Baekhyun.. Seulgi tu lawa lah." Dia masih lagi menyentuh topik tentang perempuan itu. Aku menjelingnya.

"Mana kau tahu nama dia?" Aku tanya ingin tahu. Aku tak ada pasang niat nak kenal dan tahu pasal dia tapi sekurang-kurangnya aku perlu juga tahu namanya.

"Dia pakai tag nama."

Aku mengangguk sekali dan menyandarkan badan pada kerusi. Mata aku terlelap. Tapi aku masih mendengar suara Nayeon mengomel.

"Tadi, saya kacau seorang junior ni. Junior tu menangis, lepastu datang seorang cikgu. Cikgu lelaki."

Aku tidak memberi sebarang reaksi tapi telinga aku masih mendengar.

"Saya terkejut, sebab tu kali pertama saya kantoi dengan cikgu."

"Bukan itu tujuan sebenar saya cerita pasal ini tapi, cikgu tu tak asing bagi kita."

"Cikgu tu bekas cikgu kita dulu, dan sekarang dia di sini."

Dahi aku berkerut sedikit.

"Hahahahahahahaha saya tak sangka secepat-"

Ayat Nayeon selepas itu aku tak dapat dengar selepas aku terdengar suara cikgu lelaki memberi arahan di depan kelas.

"Bangun!"

Aku membuka mata dan memandang cikgu itu. Dia tersenyum memandang aku dan Nayeon.

Aku bingkas bangun dan mengucapkan salam sejahtera bersama Nayeon. Aku ulang, bersama Nayeon. Aku tak hairan pun kalau kawan-kawan sekelas aku tak perasan kehadirannya.

Beberapa minit selepas itu, aku dan Nayeon duduk. Aku seperti kekok sedikit. Cikgu tu.. cikgu tu..

"Ya, Baekhyun? Ada apa-apa soalan yang kamu nak tanya?" Dia menegur aku dan aku agak terkejut. Jadi aku menggeleng laju. Nayeon di sebelah aku dapat dengar dia ketawa kecil.

"Awak tak perlu takut. Dia cuma bertanya. Awak masih tak berubah sejak dulu." Dia berbisik perlahan. Aku tak kisah pasal tu, cuma aku masih tertanya-tanya.

Macam mana cikgu ni boleh ada kat sini??

"Nayeon, bagaimana dengan awak pula?"

Aku baru.. sedar sesuatu. Cikgu ni.. bapa dia.

"Saya okay saja, Cikgu Kim." Nayeon tersenyum.

***

Aku tak tahu nak terangkan perasaan aku macam mana. Sejujurnya aku terkejut dan sedih. Aku takla terlampau sedih sehingga kan rasa hendak menangis. Cuma aku simpati pada dia. Dia kehilangan ramai orang yang dia sayang. Ibu, ayah, dan termasuk aku.

Aku perhati dia dari jauh. Aku dapat lihat Taeyeon termenung sendirian. Macamlah aku tak tahu yang dia ni rapat dengan ayahnya. Tambahan pula, dia ada ayahnya sahaja. Ibunya sudah berkahwin lain dan menetap di California.

Our Meaningful Distance - BaekhyunCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang