Chapter 24

116 13 3
                                        

[Baekhyun's POV]

"Baekhyun.."

Aku tersenyum kecil. Wajah cuaknya buat aku terhibur sedikit dan aku dapat rasa seperti dia ingin menjauhkan diri tapi pantas aku menarik balik. Aku rindu dia walaupun baru je jumpa haritu. Dia nampak lawa pakai baju ni walaupun gaun biasa.

Dia menunduk. Aku mendekatkan mulut aku ke telinganya. "Hey."

Dia tidak membalas. Tetap saja menunduk. Aku diam sebentar. Menghayati irama yang didendang. Sungguh, pertama kali aku melibatkan diri majlis macam ni dan aku sedikit kekok.

Aku masih tak bercakap. Mata aku meliar di sekeliling tempat dan akhirnya pandangan aku bertembung dengan lelaki tua itu. Aku tersenyum sinis. Badan Seulgi aku rapatkan lagi ke arah aku sehingga dia terjerit kecil. Wajah lelaki itu berubah sedikit.

"Baekhyun, saya tak selesa." Aku memandang Seulgi. Wajahnya berpeluh dan nampak sangat yang dia tak selesa. Aku tak membuka mulut. Sekadar menikam matanya. Dia menunduk kembali.

"Ada apa-apa yang menganggu kau?" Soalku perlahan. Dia menggeleng.

"Jadi, boleh kau pandang aku?" Dia masih diam tak berkutik. Badannya sahaja yang bergerak perlahan. Tangan aku yang berada di pinggangnya perlahan-lahan naik ke wajahnya. Ibu jari aku mengusap pipinya lembut. Barulah dia mendongak memandang aku. Jari aku menyentuh pula bibir mungilnya. Dan itu buat nafsu kelakian aku bangun sedikit.

Sengaja aku merapati wajah aku dengannya. Aku dapat rasakan nafasnya yang semakin tidak stabil. Aku tersenyum. "Boleh aku cium kau?"

Matanya bergetar perlahan apabila aku berkata begitu. Dia tidak menjawab. Menggeleng tidak, mengangguk pun tidak.

Tangan aku melewati bibirnya sekali lagi sebelum aku turunkan di belakang lehernya. Dia tidak mengubah pandangan. Masih kekal memandang aku.

Aku menarik kepalanya perlahan ke arah aku dan aku menyengetkan kepala aku. Dia tidak menolak jadi, aku semakin mendekat. Belum sempat aku melekapkan bibir aku pada bibirnya, aku terasa ada seseorang menarik Seulgi menjauh dari aku.

Lelaki itu.

Dia merenung aku tidak puas hati sambil tangannya mengheret Seulgi. Aku berdecit. Pandangan aku kalihkan ke wajah Seulgi. Entah apa yang dia fikir sampai wajahnya berkerut. Seolah simpati dengan aku. Sudahla Seulgi. Aku tak perlukan simpati siapa-siapa.

Aku tersenyum kecil ke arahnya.

Acara menari sudah pun tamat. Aku menapak perlahan ke arah meja yang dihuni beberapa orang. Mereka memandang aku hairan. Aku sekadar menjeling dan mengambil tempat di sebelah Seulgi. Kim Seulgi.

"Macam mana?" Dia menyoal.

"Apa?"

"Seulgi."

"Okey."

Aku tak sangka yang aku akhirnya terpaksa mengajak perempuan ini ke majlis malamni. Bukan aku sengaja, aku berkeras nak datang pun sebab, Seulgi. Hmm ya. Sebab dia. Kalau tidak malas aku ingin membuang masa di sini.

"Hei Baek!" Ah, perempuan sial ini sudah datang. Aku menoleh ke arah belakang dan dapat lihat Nayeon berlari-lari anak menuju ke sini. Chanyeol tersenyum ke arah aku dan aku pantas memandang ke arah lain.

"Wah, awak nampak kacak." Nayeon tiba di hadapan aku dan dia memuji aku. Aku menggulingkan biji mata apabila dia berkata begitu. Chanyeol kelihatan kekok. Dia memang begini. Bila entah dia nak biasakan diri dengan aku.

"Aku tahu." Tanpa malu, dia duduk di hadapan aku dan itu membuatkan beberapa pelajar yang berada di sini beredar. Tak tahu malu punya perempuan. Chanyeol menggaru tengkuk dan mengambil tempat di sebelah Nayeon.

Our Meaningful Distance - BaekhyunCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang