[Seulgi's POV]
From : Unknown 7.18 pm
NAku menghempas telefon aku ke atas katil. Batang hidung aku picit sedikit. Pening. Dah beberapa hari ni aku dapat mesej dari nombor yang sama. Dia hantar kod apa sebenarnya? Aku tak faham dalam masa yang sama aku nak tahu.
Harini hari keempat aku terima mesej berhuruf. Dalam tempoh tu, aku cuba bagitahu Cikgu Changwook tapi dia kata abaikan, abaikan, abaikan. Kenapa dia tu? Bukan ke selalunya dia yang berlebihan kalau aku diganggu? Fikiran aku bercelaru.
Paling menyebalkan, lembaga hitam tu ganggu aku. Aku tak tahu nak buat apa, jadi aku sebut nama Baekhyun. Tapi tiada hasil. Dia sendiri pun aku dah lama tak nampak. Bila aku nak jumpa Nayeon, ada je benda menghalang. Contohnya, aku jatuh, sakit perut, ada cikgu nak jumpa. Nayeon pun macam mengelak. Apa lagi Chanyeol. Bukan ke aku dengan mereka boleh dikatakan rapat? Tapi macam tak.
Sebentar lagi aku kene hadiri tuisyen. Argh! Ini semua menekankan aku. Peperiksaan sudah bermula. Kenapa, aku rasa terlampau tertekan kalini? Apa aku ni terlalu fokus pada benda lain selain pelajaran? Aku tak pasti. Sebab, konsentrasi aku teralih ke perkara sebegini.
Sedikit sebanyak, aku rasa lega bila Minhyuk tidak menganggu aku lagi. Ini kerana aku tidak membalas semua pesanannya. Aku tak mahu terjerat dengan siapa-siapa, jadi aku berdiam diri. Biarlah, dia nak kata aku ni tidak mengenang jasa. Biarlah, jika dia nak kata aku ni perempuan yang murah.
Aku mengeluh, malas rasanya hendak bertekak dengan fikiran sendiri. Jadi aku ambil keputusan untuk bersiap-siap ke tuisyen.
***
"Seulaegi.." Aku menoleh ke sisi aku. Abang aku tersengih. Apa yang dia fikirkan sampai nak panggil aku aegi? Walaupun aku lagi muda darinya, tak perlu kot nak panggil aku macam tu. Aku tak suka. Aku pantas menjelingnya tajam.
"Kau kenapa?" Dia bertanya, kenapa aku rasa kereta yang dia bawa ini terlalu perlahan? Jam di kereta aku lihat. 7.56 pm. Ah, lagi 4 minit sebelum kelas bermula.
"Apa?" Soalan dibalas soalan. Aku betul-betul tiada hati nak jawab soalannya.
"Tiada apalah." Keadaan menjadi sunyi seketika. Pandangan aku lempar ke luar kereta. Malam, biasanya waktu sebegini aku sering terserempak dengan Baekhyun. Tapi kalini tidak. Aku rasa, perjumpaan aku dengan dia dah tamat. Mungkin akibat kehadiran cikgu Changwook. Aku tak pasti. Sebab, aku bukannya ada kebolehan macam cikgu tu.
Aku tersentak apabila abang aku masuk simpang kiri. Sepatutnya pusat tuisyen aku di kanan. Aku memalingkan kepala aku ke arah abang aku. Dia tersenyum.
"Aku nak ambil Seulgi. Malam ni kitorang dinner."
Aku lihat hubungan mereka semakin serius. Cuma, Seulgi menjadi pendiam di sekolah. Aku tertanya-tanya. Apa yang bermain di benak fikirannya. Dia mahu mainkan abang aku? Entahlah, aku tak beberapa pasti. Tak mahu membuat kesimpulan sendiri.
"Umur abang dengannya terlalu jauh." Barulah aku membuka kata. Dia menoleh ke arah aku sebentar lalu aku terdengar gumaman suaranya.
"Aku bukan la tua sangat Seul. Perbezaan umur kau dengan aku, sama je macam aku dan dia. Berapa tahun? Kau 18, kan? Aku baru 23."
Aku terdiam.
"Aku sebenarnya tak sangka yang korang sekelas. Senang la aku berjumpa dengannya kan?" Oh, dia tahu.
"Katanya, kau dan dia agak rapat."
Mula mula. "Ya."
"Tapi, haih. Aku tak sangka betulla Seul. Serius."
YOU ARE READING
Our Meaningful Distance - Baekhyun
Fanfic"Awak, saya suka awak." "Tak, kau tak boleh macam tu. Aku dah kata yang kita akan kekal macam ni." "Awak tak suka saya?" "Aku minta maaf tapi.. aku tak." Sekejap sekejap ada, sekejap sekejap tiada. Latar belakangnya pun langsung aku tak tahu, dia ti...