Chapter 25

73 3 1
                                    

[Seulgi's POV]

Aku tersenyum ke arah lelaki yang berada di hadapan aku. Dia juga membalas sambil mengunyah makanannya perlahan. Sejujurnya aku baru rasa dia tidak seteruk yang aku fikirkan sebelum ni. Mungkin aku yang berfikir terlalu jauh.

"Terima kasih, Minhyuk."

Dia tersenyum kekok dan mengecilkan matanya. "Untuk apa?"

"Segalanya. Awak dari dulu tak berhenti tolong saya ketika saya dalam keadaan susah." Aku tahu aku berjiwang tapi biarlah. Ini soal hati dan perasaan aku sendiri. Minhyuk mencebik lalu mencapai gelas yang dipenuhi air. Kemudian dia meneguk perlahan sambil matanya tak bergerak memandang aku. Dan itu hanyalah buat aku malu.

"Eleh, sebelum ni dia jauhkan diri dari kita." Aku dah agak yang dia akan sentuh tentang ini. Aku memandangnya serba salah.

"Maaflah."

"Tak apalah saya faham." Aku menunduk. Entahlah, aku rasa macam aku ni bodoh pula. Rapat dengan dia apabila lelaki ini menolong aku saja. Dan selepas itu lupakannya. Aku pasti jika dia mengenali aku dengan lebih dalam, dia akan benci aku. Kan?

Seperti Baekhyun.

Aku rasa betul apa yang dia katakan sebelum ni. Aku terlalu murah. Entahlah. Aku tak pasti dengan perasaan aku sendiri disebabkan ini kali pertama aku menceburi soal hati dan cinta.

Dan, aku masih tidak dapat melupakan cikgu itu sepenuhnya. Aku betul-betul terkesan. Sepatutnya aku harus tahu sejak dia berubah yang dia memang mahu jauhkan diri daripada aku. Hubungan aku berakhir begitu saja tanpa alasan yang kukuh. Tak masuk akal. Kejadian itu disaksikan ramai pelajar dan isu ini telah tersebar satu sekolah.

Selama seminggu aku bersekolah ini aku sentiasa diejek dan diperli di mana-mana. Mujurlah Wendy masih mempercayai aku meskipun pada awalnya dia juga seperti mahu jauhkan diri daripada aku. Tapi cikgu itu di sekolah tetap menjadi peramah dengan semua orang. Ada juga beberapa pelajar yang sering perlinya tapi dia sentiasa positif. Entahla, lelaki itu memang bodoh pada mata aku.

Aku bukan mahu menuduh tapi semua ini berpunca daripada Baekhyun. Kalau dia tidak buat benda yang entah apa apa itu, mesti hubungan aku dengan cikgu itu masih kekal. Entahlah, jiwa aku seolah olah tiada. Aku rasa kosong selepas kejadian itu berlaku.

Kadang-kadang ada juga aku terfikir yang Cikgu Changwook cuma menjadikan Baekhyun sebagai alasan untuk mengakhirkan hubungan kami. Sebab dia dah lama jadi seperti itu dan bila kami bertemu terus sahaja dia melepaskan aku. Tak masuk akal. Dia cikgu, dia tidak bodoh, bukan? Dia seharusnya rasional.

"Hei? Awak mengelamun?" Mata aku terkebil-kebil apabila Minhyuk memetik jarinya di hadapan aku. Dia tertawa kecil. Aku mengangkat kening ke arahnya.

"Kenapa? Awak ada cakap sesuatu?"

Dia mengangguk. "Apa dia?"

"Ada seseorang pandang awak."

Hati aku berdebar tiba-tiba.

"S-siapa?"

"Itu." Jarinya lurus menunjuk ke arah belakang aku. Kepala aku perlahan-lahan menoleh. Mata aku mula mencari-cari orang itu dan tanpa aku jangka mata aku bertembung dengan mata Baekhyun. Aku berdehem lalu mengalihkan pandangan kepada Minhyuk.

"Siapa? Saya tak nampak siapa-siapa yang pandang saya pun." Aku bertanya kepadanya kerana aku pasti seseorang yang dimaksudkan oleh Minhyuk bukanlah Baekhyun. Itu langsung tidak masuk dek akal.

Dan apa lelaki itu buat di sini?

Minhyuk langsung memberi aku senyuman kecil dan dia mengangkat tangannya secara tiba-tiba. Mata aku terbeliak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 10, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Our Meaningful Distance - BaekhyunWhere stories live. Discover now