Chapter 4

123 14 0
                                        

[Baekhyun's POV]

Aku telah sampai di Seoul. Bayang Nayeon sudah lesap. Baguslah, aman sikit hidup aku. Aku rasa tak sedap hati. Macam sesuatu buruk akan berlaku seperti identiti aku akan terdedah. Kaki aku menapak seperti biasa menuju ke restoren yang aku kerja. Aku sudah tipu bos aku yang kononnya aku sakit dan aku ingin ke klinik dulu sebelum masuk kerja. Aku tak biasa masuk pintu masuk yang pelanggan masuk tapi aku suka masuk pintu pekerja di belakang. Aku seorang sahaja yang berani keluar dan masuk mengikut laluan itu. Aku tahu kenapa laluan itu tidak digunakan. Makhluk itulah yang bertandang di situ.

Aku menyeluk tangan kiri aku ke dalam poket seluar jeans aku dan dari jauh aku nampak seorang perempuan sedang berbual dengan salah seorang pekerja restoren itu. Lelaki itu nampak ketakutan. Tetapi gadis itu masih tersenyum.

Macamlah aku tak tahu itu kau, Seulgi. Menyemak betul perempuan ni. Perlu ke ganggu hidup aku?? Aku menapak lebih dekat bila lelaki itu sudah tiada dan Seulgi pun baru saja mahu beredar. Aku dengan perlahan mengikut jejak Seulgi.

Akhirnya, dia perasan akan kehadiran aku lalu berpusing ke belakang. Wajahnya tersenyum.

"Baek--"

"APA MASALAH KAU NI PEREMPUAN?!!"

Dan dia rebah di atas bumi. Aku tak terkejut. Aku merenungnya secara senyap.

Tanpa aku berpusing ke belakang, ada suara yang berbisik di telinga aku. "Bukan aku dah kata ke jangan dekat dengan manusia ni?"

Aku memejamkan mata lama sehingga aku rasa benda tu dah tiada di belakang aku. Aku mengeluh, tak hairan lah Seulgi pengsan. Ada makhluk tak guna tu.

Aku langsung tak kisahkan pasal dia ni jadi aku buat keputusan untuk tinggalkannya sahaja. Ala, Minhyuk akan tolongnya juga nanti. Bukannya aku tak tahu. Itu semua drama cinta. Aku pasti lepas ni dia akan suka Minhyuk dan Minhyuk sukakannya juga. Benda ini terlalu klise sehingga kan aku boleh buat kesimpulan sendiri. Haha.

"Omo! Cik.."

Aku memusingkan kepala memandang belakang tapi kaki aku masih berjalan. Aku dah kata kan tadi? Pasti sahaja lelaki itu keluar dari pintu itu dan menyelamatkannya. Selepas itu, ala biasalah adegan romantik yang mana lelaki akan mendukung gadis dan membawanya pulang. Tak perlu pelik macam mana lelaki boleh tahu alamat si gadis itu. Kad pengenalan kan ada.

Aku biarkan sahaja drama berlangsung, itu semua tak penting. Yang penting aku tak ada perbualan dengan Seulgi malam ini. Sesungguhnya memang aku tiada mood selepas balik dari Daegu tadi. Dan pastinya aku akan memarahinya dan menengkingnya jika dia ajak aku berbual. Aku dah berapa kali memberitahunya agar tidak mendekati diri aku lagi. Nak berkawan konon. Tak perlu. Itu tak penting.

Jika aku tahu bila masanya aku akan datang kepada Seulgi, aku datanglah. Bukan dengan cara macamtu. Berjumpa sekadar mahu berbual tentang perkara yang tidak penting. Berkenalan, tahu tentang diri masing-masing, kongsi masalah, kongsi rahsia dan akhirnya bercinta. Itu semua dah tidak asing bagi penduduk bumi.

Makhluk itu pun satu, tak izinkan aku rapat dengannya tapi sibuk ganggu hidup manusia, huh setan tak guna.

***

[Seulgi's POV]

"Terima kasih sebab hantar saya balik, Minhyuk. Saya betul-betul terhutang budi.." Ucapku ikhlas kepada Minhyuk yang sepertinya keliru dengan kehadiran aku di tempat kerjanya. Dia memandang belakangnya seperti mencari seseorang. Muka dia seperti risau.

"Hm, oh. Err awak duduklah. Saya ambil pesanan.. saya takut saja boss saya marah." Oh, patutlah aku Nampak dia macam gusar saja. Aku tersenyum.

"Saya dah minta izin boss awak untuk jumpa dengan awak tadi. Janganlah risau." Aku memberitahu hal sebenar. Ya, betul aku masuk pejabat boss nya sebenta tadi atas alasan untuk berjumpa dengan Minhyuk yang dah tolong aku tu. Pada mulanya, dia enggan memberi keizinan untuk aku berjumpa Minhyuk tapi setelah aku memujuknya dengan senyuman manis aku, terus saja dia cair. Hehehehe hebatlah kau Seul.

Our Meaningful Distance - BaekhyunCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang