Chapter 18

88 13 1
                                    

[Baekhyun's POV]

Dasar playgirl. Sekejam-kejam aku, aku tak layan 3 lelaki dalam satu masa. Minhyuk, kau nak. Aku, kau cium, lelaki tua tu kau suka. Tak lawak. Sumpah tak lawak. Ingat benda ni boleh buat main?

Perempuan memang murah. Memang aku tak boleh nafikan. Memang betul aku punya tanggapan selama ni. Tak pernah salah. Tanggapan aku.. tak pernah sekali pun salah.

Fuck la. Kenapa dia susahkan hidup aku?? Kenapa aku yang bertanggungjawab ke atasnya?? Bodoh, bodoh, bodoh, bodoh.

Aku memejamkan mata serapat mungkin sambil berjalan. Lantak apa orang nak kata. Aku stres. Terlampau stres.

Bahu aku ditepuk perlahan. Aku memalingkan wajah ke tepi aku. Lelaki di sebelah aku tersenyum pendek.

"Kau okey? Kau nampak stres."

Aku berdecit. Taknak ada orang ganggu aku. Aku lihat Nayeon bercakap seorang di hadapan sambil tangannya membuat gaya. Chanyeol ni pun aku tak faham kenapa dia nak jalan kaki dengan aku dan Nayeon?? Dia kaya, kan? Semak betul hidup aku.

Aku mempercepatkan langkah aku ke hadapan. Malas nak layan dua manusia ni.

Bangunan sekolah aku sudah nampak. Makin jelas kerana lagi beberapa meter sahaja lagi aku sampai. Entah kenapa aku rasa nak datang. Mungkin sebab aku malas nak fikir pasal Seulgi. Kot. Entahlah. Bodohla Baekhyun. Berhentilah fikir pasal dia.

Aku mencarut perlahan. Aku memandang malas ke arah pelajar yang lalu-lalang melepasi aku.

Aku terus menapak masuk ke dalam pagar sekolah. Ada beberapa pengawas sedang bertugas. Mujurlah aku tak ditahan kerana biasanya aku kene tahan. Mereka tersenyum seolah mengejek kepada aku. Aku mengabaikannya. Sebab tak ada mood.

Kemudian, mata aku ternampak kereta mewah berwarna hitam. Pernah nampak dan aku tahu. Orang tua tu dengan Seulgi. Aku berhenti berjalan dan perhati dorang sampai aku rasa puas.

Orang tua tu keluar dan disusuli oleh Seulgi. Mereka tersenyum kecil. Selepas itu, dorang berbual dan berbisik. Ramai pelajar memandang pelik ke arah mereka. Ada yang cemburu. Aku? Tak. Aku cuma rasa nak bunuh kedua-dua orang tu.

Tiba-tiba, dia memandang aku. Wajahnya jelas terpancar yang dia benci aku. Fikir.. aku suka kau sangat ke, perempuan?? Lelaki tua itu pula memandang ke arah aku. Dia tersenyum kecil. Tak guna. Nampak sangat kau tengah perlekehkan aku.

Bahu aku disentuh. Aku memandang belakang. Chanyeol lagi.

"Kau kenapa, Baek?"

"Jangan kacau aku lagi, fucker!" Aku meneking kuat dan berjalan laju ke hadapan. Ada beberapa pelajar yang memandang aku seolah tidak percaya.

"Wah, betul la saya kata yang Seulgi ada hubungan dengan cikgu tu!" Nayeon, bukan kau sendiri yang izinkan aku bercinta dengan perempuan tu? Kenapa kau nampak gembira sangat? Bodoh betul.

Aku berjalan melepasi pasangan tak sepadan tu. Mereka memandang aku. Tapi aku langsung tak tolehkan kepala. Sebab aku rasa meluat. Sangat.

Jadi, aku buat seperti tidak hairan akan situasi ini. Kenapa aku perlu kisahkan? Tak penting.

Kaki berjalan lalu ke kelas meninggalkan Nayeon dan Chanyeol di belakang.

***

Aku tak boleh terima kenyatan apabila lelaki tua tu masuk kelas. Dia relief masa cikgu matematik aku. Dia tersenyum manis ke arah semua pelajar. Termasuk aku. Ya, dia nampak aku di sini kerana dia memandang ke arah aku lebih lama. Aku tersenyum senget.

"Kyaaaaaaa!!" Nayeon menjerit perlahan. Aku menjelingnya.

"Tak perlu bangun. Sambung kerja awak." Katanya lantang dan dia mengerling ke arah aku. Aku tersengih sinis. Dia membalas dengan senyuman.

Our Meaningful Distance - BaekhyunWhere stories live. Discover now