#2 ; Kacau Dia 👑

12.9K 722 11
                                    

Sofia memandang tujuh orang jejaka tersebut menuju ke tempat duduk mereka. Kemudian dia memandang ke papan putih pula untuk fokus apa yang diajar oleh cikgu Raudhah.

7 jejaka tersebut duduk di tempat masing-masing.

"Wey, handsome siot mamat-mamat tuh" kata Emily di sebelah Sofia.

"Em, whatever lah! Dah, fokus depan tuh. Jangan nak tenung-tenung dekat belakang tuh"

"Er, ye lah"

Emily sambung fokus pada pelajarannya.

"7 Prince Hots dalam kelas kita lah! Wah!!" jerit Julia.

"Julia! Shut up. Fokus apa yang saya ajar. Jangan nak menggedik dengan jejaka tu semua" kata cikgu Raudhah pada Julia.

Ha, kan dah kena gedik dengan cikgu Raudhah.
Julia terdiam.

"Pstt, guys. Tengok budak depan tuh" kata Syukri sambil menunjukkan ke arah Sofia.

"Yang mana? Yang chubby tu ke?" tanya Aidil.

"Bukan yang chubby tu lah. Budak dekat sebelah dia tu ha"

"Ouh, yang flawless tu ea?" kata Amirul.

Syukri mengangguk.

"So, kenapa kau tunjuk minah tu dekat kami?" soal Adam.

"Jom kacau dia nak? Aku dah lama tak mengacau perempuan nih" balas Syukri sambil tersenyum jahat.

"Ha, betul jugak tuh. Aku pon dah lama tak kacau anak dara orang ni" sokong Iqmal.

"So, Dam. Macam mana?"

"Ok lah. Aku on! So, target baru kita that's girl" kata Adam.

Ketujuh-tujuh jejaka tersebut tersenyum jahat.

Sofia sedang memberi tumpuan kepada cikgu Raudhah. Tiba-tiba ada orang membaling bola kertas padanya. Sofia tersentak lalu memandang ke belakang.

7 jejaka tersebut memandangnya sambil tersenyum.

'Erk. Kenapa mamat-mamat tu senyum dekat aku? Eii, seram wey!'

Sofia kembali memandang ke hadapan. Tak sanggup nak tengok belakang. Seram betul senyuman diorang tuh.

"Ceh, sombong betul minah tu" kata Nazri.

"Tak apa. Sombong lah bagus. Syok sikit kalau kita nak kacau dia" balas Adam.

Mereka bertujuh hanya mengangguk.

***

Sofia sedang berjalan seorang diri sambil mencari kelibat Emily.

"Hish! Mana pulak minah ni pergi? Penat aku cari dia" kata Sofia seorang diri.

Semasa dia sedang berjalan, 7 Prince Hots datang ke arahnya lalu menghalang laluannya.

"Hai, girls!" kata Adam.

'Ish, apa yang mamat-mamat ni nak jumpa aku?'

"Sapa nama?" tanya Aidil.

"Puteri Aliyanna Sofia"

"Puteri Aliyanna Sofia? Wuu, panjangnya nama. Panggil sayang boleh?" kata Aidil lalu mengenyitkan matanya.

"What? Sayang? Pale hotak mu nak panggil aku sayang. Panggil aku Sofia je" balas Sofia.

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now