Semasa dia melangkah, tiba-tiba..
"Puteri Aliyanna Sofia!"
Ramai reporter yang datang ke arahnya. Sofia terkejut.
'Eh? Apa hal ni?'
"Puteri Aliyanna Sofia, betulkah cik bercinta dengan Irsyad Haziq pewaris syarikat terbesar di Jepun?"
Sofia terdiam.
'Alamak. Apa aku nak jawab ni?'
"Err, kami hanya kawan biasa. Kami tak bercinta"
"Tetapi, ramai peminat Irsyad Haziq nampak cik selalu keluar berdua dengan Irsyad"
Lidah Sofia terkelu.
Tak tahu nak jawab apa.
Irsyad terdengar bunyi bising. Dia menoleh ke arah bunyi itu.
'Kenapa ramai sangat reporter tu?'
Irsyad mengecilkan matanya untuk melihat.
'Haa? Puteri? Kenapa reporter kejar dia?'
Irsyad berlari ke arah Sofia yang dikelilingi wartawan.
Adam ternampak Irsyad berlari ke arah wartawan itu.
'Kenapa ada reporter pulak dekat sini? Baik aku pergi tengok'
Adam berlari di belakang Irsyad.
"Irsyad Haziq!"
Reporter itu menghampiri Irsyad.
"Irsyad Haziq, adakah benar encik bercinta dengan Puteri Aliyanna Sofia?"
Adam menghentikan langkahnya. Dia terkejut.
'Yana.. Bercinta dengan Syad?'
"Maaf ya. Kami sibuk" Irsyad menarik tangan Sofia.
"Tapi.."
"Tolong jangan ganggu kami!" Irsyad membawa Sofia jauh dari wartawan itu semua.
"Kenapa dengan reporter tu? Kenapa dia serang kau?" tanya Irsyad pada Sofia.
"Mana lah aku tahu! Tiba-tiba datang dekat aku, tanya yang aku ni bercinta dengan kau ke"
"Kau jawab apa?"
"Aku jawab kita ni kawan je. Tak kan lah aku nak mengaku yang aku bercinta dengan kau! Heboh nanti" kata Sofia.
"Macam mana reporter ni tahu eh?"
"Peminat kau lah. Nampak kita selalu keluar berdua. Tapi yang peliknya, macam mana dia tahu nama aku eh? Huu, aku dah famous. Sampai wartawan tu tahu nama aku"
"Eleh, jangan nak bangga sangat ya cik adik oii. Mana mak ayah kau?" tanya Irsyad.
"Dah balik lah"
"Dah balik? Habis kau? Naik apa?"
"Naik kereta kau lah" balas Sofia.
"Amboi, senang je kau nak naik kereta aku kan. Kiss aku dulu baru kau boleh naik kereta aku" Irsyad menunjukkan pipinya ke arah Sofia.
"Jangan nak mengada lah!" Sofia menolak muka Irsyad.
Irsyad ketawa.
"Hahaha, gurau je lah. Ni, kau nak balik terus ke atau nak singgah mana-mana?"
"Em, singgah minum dulu jom. Haus lah" jawab Sofia.
"Ha, jom"
Dari jauh, Adam memerhatikan mereka berdua dengan hati yang patah, berkecai, remuk, dan segala perasaan sakit hati.
"Yana.. Sampai hati kau"
"Syad.. Kenapa kau rahsiakan benda ni dari aku?"
"Wey, Dam! Jom balik" kata Aidil.
Adam berlalu dengan perasaan yang sedih.
"Dam. Kau ni dah kenapa? Muka sedih je" tegur Syukri.
"Tak ada apa-apa lah"
"Eh, Syad dekat mana ha? Orang dah nak balik, dia menghilang pulak" kata Iqmal.
"Tadi aku nampak dia dengan Yana. Nanti dia balik lah tu" balas Adam.
Syukri dan Nazri terdiam.
'Adam nampak Yana dengan Syad? Harap-harap Adam tak tahu pasal hubungan diorang' bisik hati Nazri.
***
Seorang pelayan perempuan menghampiri mereka berdua.
"Ya, nak order apa?"
"Watermelon juice satu" kata Sofia.
Pelayan perempuan itu mencatat di buku kecilnya. Dia memandang Irsyad.
"Eh, ni Irsyad Haziq kan? Dari group 7 Prince Hots?" kata pelayan perempuan itu.
Irsyad hanya mengangguk.
"Wahh, tak sangka dapat jumpa Irsyad. Jadi ni, Puteri Aliyanna Sofia lah ya?"
Sofia hanya mendiamkan diri.
"Ehem! Ni nak ambil pesanan atau nak usya aku ni?" kata Irsyad.
"Err. Nak order apa?"
"Hot chocolate"
"Okay" pelayan perempuan itu pun beredar.
Irsyad memandang Sofia.
"Apa pandang-pandang?"
"Jeles?"
"Sorry ya. Tak langsung!" kata Sofia.
"Eleh, iye lah tu"
"Ye lah" Sofia memandang ke luar tingkap restaurant.
Irsyad hanya tersenyum.
***********
Bersambung..
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [C] ✅
Teen Fiction[COMPLETE] Mengisahkan tentang 7 orang jejaka yang baru pindah ke sekolah Puteri Aliyanna Sofia. Puteri Aliyanna Sofia merupakan anak pengetua sekolah. Walaupun Sofia anak pengetua, dia tidak berasa angkuh. Sofia tidak mempunyai ramai kawan. Dia ha...