Special Part; Temu Ramah Bersama Irsyad

5.7K 158 6
                                    

Haiii. Bertemu kembali kita dalam rancangan..

Semua hadirin : Temu Ramah Bersama..

Yeahh, dan tetamu kita pada hari ini ialahhh.. Mamat dingin dalam ahli kumpulan 7 Prince Hots. Iaitu siapa?

Semua hadirin : Irsyad!!

Yeah, betul tu. Irsyad tetamu kita pada hari ini. Tepuk tangan sikit.

Semua hadirin : *tepuk tangan paling gemuruh*

Baiklah. Irsyad Haziq, apa khabar?

Irsyad : Sihat. *sambil membuat muka dinginnya*

Adam : Woii. Watak kau sebagai mamat dingin dah tamat lah!

Amirul : Ntah kau ni. Sampai keluar sini kau bawak perangai dingin kau. Sudah-sudah lah tu.

Syukri : Biar lah dia tu. Asalkan dia happy.

Adam : Happy ke? Aku yang tengok dia macam tu pun tak berapa nak happy ni. Makin sengsara adalah.

Amirul : Betul, betul, betul. *tiru gaya ipin*

Irsyad : Hish! Menyemak lah korang ni. Siapa yang suruh korang masuk sini ha?! Ni temu ramah aku, bukannya korang. Yang nak menyebok tu apahal? Menganggu aku je nak jawab soalan. Tak fokus tahu tak?! Aku ni..

Syukri : Shuhhh. Diam okay? Aku malas nak dengar kau membebel. Kalah perempuan. *sambil menekup mulut Irsyad*

Irsyad : Hmmpphh.. Hmmpph *meronta-ronta untuk dilepaskan*

Amirul : Kuat betul dia membebel. Kalah nenek aku yang dekat rumah tu.

Adam : Kan? Aku tak tahu lah macam mana si Yana tu boleh tahan dengan si Syad ni.

Sofia : Sebab aku sayang dia lah aku masih bertahan.

Adam & Amirul : *welrk!*

Syukri : Acah sweet pulak dia.

Sofia : Biar lah!

Oppp, berhenti gaduh ok? Jangan merosakkan rancangan saya. Syuk, lepaskan tangan awak daripada mulut Syad tu. Macam mana dia nak jawab soalan saya kalau mulut dia tertutup?

Syukri : Ok-ok. Sorry. *menarik tangannya kembali daripada mulut Irsyad*

Irsyad : *menjeling tajam ke arah Syukri*

Ok Syad. Soalan yang seterusnya.

Adam : Aik? Kenapa cakap soalan yang seterusnya? Soalan pertama dah ke?

Irsyad : Dah.

Amirul : Apa soalan pertamanya?

Tanya khabar dia tadi.

Adam : Itu ke soalannya?

Irsyad : *mengangguk* Dah, teruskan je soalan tu. Jangan dilayan orang asing yang sesat dari planet Neptune ni.

Adam & Amirul : Kau kata kami ni orang asing?!!

Ok lah, kita teruskan soalan seterusnya. Makin dilayan budak ni, makin rosak rancangan aku.

Irsyad & Syukri : Betul!!

Baiklah, soalan yang seterusnya ialah apa pandangan Syad pada Adam dan Sofia?

Irsyad : *memandang Adam* Saya jawab yang Adam dulu ok? Adam, dia ni cepat marah, panas baran, suka tengking, ego lebih, mood dia selalu tak betul, kadang-kadang ceria..

Adam : Hamboi kau! Yang buruk-buruk kau cakap pasal aku eh? Tak guna punya kawan!

Irsyad : Memang perangai kau macam tu kan?*sambil memandang Adam dengan wajah yang tak bersalah*

Ok-ok. Macam mana dengan Sofia pula?

Irsyad : *memandang Sofia* Dia kasar,perangai macam lelaki sikit, mulut becok, ganas, suka cari gaduh, pelupa, kadang-kadang tu lembab..

Sofia : Kurang ajar kau!! *sambil baling botol plastik tepat pada kepala Irsyad*

Irsyad : Aduh! Tengok tu, kan betul aku kata. Dia ni kasar orangnya. So, kena berhati-hati lah ye. *sambil pegang kepalanya yang sakit*

*tahan ketawa* ok lah, disebabkan Irsyad mengalami kecederaan ringan, kita terus dengan soalan yang terakhir okay?

Irsyad : Ok lah. Aku pun dah tak tahan duduk sini lama-lama. Menyesal aku datang rancangan kau ni.

Rilex bro! Ok, soalan terakhir. Macam mana Irsyad boleh terpikat dengan Natasya?

Irsyad : Tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan perempuan tu.

Natasya : Kenapa? You dah bencikan I ke?

Sofia : Ehhh, minah mana pulak yang sesat ni?

Adam : Jawab je lah, Syad.

Irsyad : Tak nak.  *buat muka dingin*

Amirul : Aku nak tahu jugak. Macam mana kau boleh sangkut dengan Natasya tu?

Irsyad : Entah! *masih buat muka dinginnya*

Tak apa lah. Dah Syad tak nak jawab, kita tak boleh nak paksa. Ok lah, sampai sini saja rancangan temu ramah bersama. Terima kasih ye Irsyad sebab sudi meluangkan masa bersama kami.

Irsyad : *mengangguk*

Semoga kita berjumpa lagi dalam rancangan..

Adam & Amirul : Temu Ramah Bersama...

Sofia : Dan tetamunya adalah saya!

Syukri : Aku lah tetamu yang akan datang!

Sofia : Aku lah tetamunya!

Syukri : Aku lah!

Amirul : Ya allah. Budak berdua ni, sempat lagi gaduh. Dah nak habis rancangan ni.

Dah-dah. Makin rosak rancangan aku. Ok lah, semoga kita berjumpa lagi nanti. Byeee!!

Sofia : Bye!

Adam : Semoga kita berjumpa lagi!

Syukri : Selamat tinggal semua!

Amirul : Good bye! Love you all!

Irsyad : *hanya buat muka dingin*

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now