"Jahat lah kau!"
"Eh, kenapa kau kata aku jahat?" kata Irsyad pada Sofia.
"Suka hati kau je kan rosakkan tudung aku. Tengok, kan dah serabai tudung aku. Dah tak cantik"
"Biar lah tak cantik. Biar tak ada sapa-sapa pandang kau kecuali aku je" balas Irsyad.
"Tak nak lah kawan dengan kau"
"Ehh, merajuk ke? Alolo, meh sini. Aku betul kan balik tudung kau" Irsyad mendekati Sofia.
"Kau pandai ke nak betulkan tudung ni?"
"Sapa kata aku tak pandai ha? Walaupun aku lelaki, aku selalu tau betulkan tudung adik aku" Irsyad mula membetulkan tudung Sofia.
Alahaii, sweetnya. Bukan selalu Irsyad jadi sweet kan?
"Ok dah"
"Thanks" Sofia tersenyum.
"Welcome, dear"
"Wahh, sweetnya. Abang tu betulkan tudung awek dia lah. Alamakk, jelesnya" kata seorang pelajar perempuan.
"Ye lah kan? Aku pun teringin lah nak couple dengan salah seorang dari group 7 Prince Hots. Untung kakak tu kan?" kata kawannya.
Sofia dan Irsyad berpandangan.
"Dah, jom masuk kelas" Irsyad menarik tangan Sofia supaya masuk ke dalam kelas.
Dia takut kalau berita tentang dia bercinta dengan Sofia akan tersebar satu sekolah. Dia tak nak sapa-sapa tahu termasuklah pengetua dan juga Adam.
***
Waktu balik sekolah, Sofia menumpang kereta Irsyad pulang ke rumah.
"Yana!"
"Apa?"
"Aku panggil kau Puteri boleh?"
Sofia memandang Irsyad.
"Kenapa kau nak panggil aku Puteri?"
"Aku dah bosan panggil kau Yana and aku nak nama special untuk panggilan kau" jawab Irsyad.
"Ouh, ok. Boleh je"
"Kau tak nak tukar panggilan nama aku ke?" tanya Irsyad.
"Nak buat apa tukar? Bagi aku, nama panggilan kau ni dah cukup special tau"
"Ha, ye lah. Nanti petang aku amik kau dekat rumah"
"Haa, kau nak bawak aku pergi mana?" tanya Sofia.
"Aku nak bawak kau pergi tasik"
"Buat apa?"
"Aku nak ceritakan dekat kau tentang kisah silam aku sebab apa aku jadi dingin dengan perempuan" jawab Irsyad.
"Okay, pukul berapa?"
"Aku amik kau pukul 4 petang"
Tibanya di rumah Sofia,
"Jangan lupa petang ni" kata Irsyad.
"Ye, aku ingatlah!"
"Ok, kirim salam dekat abang kau"
"Ye lah"
Sofia terus berlalu keluar dari kereta.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam. Ha, dah balik pun kau. Macam mana sekolah tadi, okay?" kata Afieq sambil tersengih.
Sofia menjeling ke arah Afieq.
"Eh, asal kau jeling-jeling aku ni?"
"Eiii, abang jahat lah! Kenapa abang bagi tahu Irsyad dulu haa!" kata Sofia.
"Abang bagi tahu apa?"
"Ish, jangan buat-buat tak tahu okay!"
Afieq ketawa.
"Haha, sorry. Aku saja je nak bagi Irsyad happy dengan berita tu" kata Afieq.
"Eii, lain kali malas lah aku nak bagi tahu rahsia aku dekat kau. Abang yang tak reti simpan rahsia lah kau ni"
Afieq ketawa. Sofia terus berlalu ke biliknya. Malas mahu layan abangnya yang sedang ketawa macam orang gila.
***
Sofia tersenyum sendirian di dalam bilik. Jam di dinding dipandang sekilas.
3:00 petang.
"Hoi, happy nampak!"
***********
Bersambung..
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [C] ✅
Teen Fiction[COMPLETE] Mengisahkan tentang 7 orang jejaka yang baru pindah ke sekolah Puteri Aliyanna Sofia. Puteri Aliyanna Sofia merupakan anak pengetua sekolah. Walaupun Sofia anak pengetua, dia tidak berasa angkuh. Sofia tidak mempunyai ramai kawan. Dia ha...