#18 ; Kisah Kawan Sofia 👑

9.1K 484 0
                                    

Sofia, Amirul dan Irsyad berhenti di sebuah tasik.
Mereka bersiar-siar di kawasan itu.

"Yana!" Amirul memanggil Sofia.

Sofia memandang Amirul.

"Aku nak tanya sikit boleh?"

"Kau nak tanya apa?"

"Macam mana kawan kau tu boleh meninggal?" tanya Amirul.

Sofia terdiam. Dia memandang ke arah tasik. Amirul dan Irsyad menanti jawapan daripada Sofia.

"Dia.. Meninggal sebab kena buli dengan kawan-kawan. Dia terjatuh dari tingkat 3 bangunan sekolah sebab nak ambil buku teks dia yang berada di atas bumbung."

"Macam mana buku dia boleh ada dekat atas bumbung?" tanya Irsyad.

"Kawan dekat sekolah lama aku yang campak buku dia dekat bumbung sekolah. Fitri cuba nak ambil buku dia balik, tapi.." Sofia memberhentikan percakapannya.

Air matanya mula mengalir.

"Tapi, dia tergelincir lalu jatuh dari bumbung yang berada di tingkat 3. Aku tak tahu kenapa diorang benci sangat dengan aku sampai Fitri jadi mangsa" Sofia menangis.

"Kasihannya"

"Dia tinggalkan aku. Kenapa cepat sangat Fitri pergi?"

"Sudah lah tu. Tak perlu dikenangkan kembali" kata Irsyad.

"Mana kau tahu cerita ni ya?" Amirul bertanya.

Sofia mengesat air matanya.

"Keluarga dia ceritakan dekat aku. Aku memang rapat dengan keluarga Fitri. Masa aku dengar yang ibu Fitri kata yang Fitri dah meninggal, aku rasa macam tak percaya. Aku sedih sangat bila Fitri dah tinggalkan aku selamanya. Sejak tu, aku berasa kesunyian. Walaupun ada abang aku, tapi abang aku tak mesra macam Fitri" Sofia bercerita.

"Macam mana kau dengan Fitri jadi kawan?"

"Macam ni.."

((Cerita Sofia))

"Wey, bagi lah balik buku aku" kata Sofia.

"Cuba lah ambil"

Sofia terlompat-lompat mahu mengambil bukunya.

"Hahaha, kau tu pendek. Sedar lah sikit"

"Bagi lah balik!"

"Buuuu, kesian betul aku tengok budak pendek ni lah"

Sofia masih cuba untuk mengambil bukunya daripada si pembuli.

"Hoi! Bagi balik buku budak tu!"

Semua memandang ke arah suara itu.

"Kau jangan sibuk lah!"

"Kenapa kau buli dia? Miskin sangat ke korang ni sampai nak ambil buku budak ni" kata Fitri.

"Kurang ajar, kau! Suka hati kami lah nak buli sapa pon"

"Dah. Bagi balik buku budak tu"

"Nak? Lawanlah kami dulu"

Tiba-tiba seorang dari pembuli tersebut menumbok perut Fitri. Fitri terasa senak di perut.
"Wey, jangan lah gaduh. Nanti pengetua nampak" kata Sofia.

"Nah! Ambil balik buku budak ni. Buang masa aku je layan budak mentah macam korang ni" buku Sofia dicampakkan ke arah Fitri.

Pembuli-pembuli tersebut meninggalkan mereka. Fitri terduduk menahan senak di perut. Sofia menghampiri Fitri.

"Awak, okay?" tanya Sofia.

Fitri memandang Sofia. Tiba-tiba dia pengsan.

"Awak!"

***

Fitri sedar. Dia melihat sekeliling.

"Aku dekat mana?"

"Alhamdulillah, dah sedar pon" kata Sofia.

Fitri memandang Sofia.

************

Vote!

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now