"Ha, tu boyfriend kau dah sampai" kata Afieq.
"Bukan boyfriend lah! Kawan je" Sofia mencubit lengan Afieq.
Afieq ketawa.
"Ok lah , mama. Liya pergi dulu" Sofia menyalam tangan Puan Atiqah.
"Yelah. Hati-hati. Jangan balik lewat sangat" pesan Puan Atiqah.
"Okay!"
Sofia berjalan menuju ke pintu. Terbeliak matanya memandang kereta di hadapan rumahnya. Amirul melambai tangannya ke arah Sofia.
"Wahh. Kereta kau ke ni?" soal Sofia sambil berjalan ke arah kereta Amirul.
"Yelah. Dah, masuk dalam. Nak gerak dah ni"
'Kereta BMW . cantik!'
Sofia memandang tempat duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Ada seseorang di sebelah Amirul.
'Yaziq? Aduh, kenapalah mamat dingin ni ikut sekali?'
"Hoi, Yana! Kau nak masuk ke tak? Aku tinggalkan kau nanti baru kau tahu" kata Amirul.
"Er, yelah. Nak masuk lah ni"
Sofia masuk ke dalam kereta. Kereta BMW milik Amirul meluncur laju di atas jalan raya.
"Aiz, kenapa Yaziq ikut sekali ni?" soal Sofia pada Amirul.
"Dia kata, dia bosan duduk rumah. Aku ajak lah dia sekali. Kenapa? Tak boleh ke?"
"Ouhhhh. Boleh je"
"Kau tak suka aku ikut ke?" tanya Irsyad.
"Eh, tak ada lah. Bagus jugak kalau kau ikut. Tak adalah aku berdua je dengan Aiz"
"Kau tak suka keluar berdua dengan aku ke?" Amirul bertanya .
"Bukan tak suka. Tapi, rasa macam tak biasa keluar berdua dengan lelaki. Aku sebelum ni mana ada kawan lelaki"
"Ouh, kau tak ada kawan lelaki? So, kau kawan dengan siapa?"
"Aku just ada seorang kawan je. Emily. Aku dengan dia kawan sejak aku mula pindah sekolah tu" jawab Sofia.
"Sebelum ni kau sekolah dekat mana?" soal Irsyad.
"Aku sekolah dekat Perlis. Aku kena pindah sini sebab ayah aku dapat jadi pengetua dekat sekolah tu"
"Ouhhh, dekat sekolah lama kau tak ada kawan ke?" tanya Amirul.
Sofia terdiam.
"Ada"
"Siapa nama dia?"
"Muhd Fitri Izudin. Dia seorang je kawan aku" balas Sofia.
"Lelaki? Mana dia sekarang? Dia tak lawat kau dekat sini ke?"
Sofia menggelengkan kepalanya.
"Dia dah meninggal. Sehari selepas aku pindah sini"
Amirul dan Irsyad terkejut.
"Mana kau tahu?" soal Irsyad.
"Ibu bapa dia bagi tahu. Aku sedih sangat. Dia lah satu-satunya kawan rapat yang aku ada" air mata Sofia mula mengalir.
"Dah, kau tak perlu sedih lagi ya. Kami ada untuk kau" balas Amirul.
Sofia mengesat air matanya.
*********
Vote!
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [C] ✅
Teen Fiction[COMPLETE] Mengisahkan tentang 7 orang jejaka yang baru pindah ke sekolah Puteri Aliyanna Sofia. Puteri Aliyanna Sofia merupakan anak pengetua sekolah. Walaupun Sofia anak pengetua, dia tidak berasa angkuh. Sofia tidak mempunyai ramai kawan. Dia ha...