Hari ni mereka bakal menduduki peperiksaan besar.
Sebelum masuk ke dewan peperiksaan,
Irsyad berjumpa dengan Sofia.
"Lepas SPM aku kena tinggal dekat Jepun. Kau jangan risau, aku akan selalu contact kau. Nanti aku bagi tahu ayah aku pasal hubungan kita" kata Irsyad.
"Bila kau balik Malaysia?"
"Waktu ambil keputusan aku akan balik sini"
Sofia terdiam.
"Hulur tangan kau" arah Irsyad.
"Kau nak buat apa?" soal Sofia.
"Hulur aje lah"
"Kanan ke kiri?"
"Kanan" jawab Irsyad.
Sofia menghulurkan tangan kanannya ke arah Irsyad. Irsyad memegang tangan Sofia dan menyarungkan sebentuk cincin di jari manis Sofia.
Sofia terkejut.
"Cincin apa ni?" tanya Sofia.
"Ni namanya cincin tak nak diganggu. Nanti kalau kau masuk universiti, tak ada lah jantan lain nak ganggu kau kalau diorang nampak cincin ni"
Sofia tersenyum. Dia melihat cincin itu.
"Thanks"
"Welcome. Dekat cincin tu ada tertulis nama aku. Nanti kau akan selalu ingat aku" kata Irsyad.
"Cantik cincin ni"
"Of course lah. Aku pun ada. Ada nama kau sekali tau. Tengok ni" Irsyad menunjukkan cincin yang berada di jari manisnya.
"Sweet jugak kau ni kan"
"Dah tentu lah"
"Pasangan sweet couple ni berdating ker" tegur satu suara.
Irsyad dan Sofia menoleh.
"Sibuk lah!" kata Irsyad.
Aidil dan Nazri tersengih.
"Pasangan sweet couple buat apa dekat sini?" tanya Aidil.
Salina yang kebetulan berada di situ terdengar perbualan mereka.
"What? Couple? Siapa pasangan couple tu?" tanya Salina.
Irsyad dan Sofia berpandangan.
"Eh, yang kau menyibuk dekat sini apahal?" kata Nazri.
"Aku tanya je kan. Siapa yang couple tu?"
"Tak payah sibuk lah!" balas Aidil.
Salina memandang Irsyad.
"Syad! I miss you"
Aidil dan Nazri membuat muka meluat. Sofia membuat muka menyampah manakala Irsyad membuat roll eyes.
"Ehh, kau boleh berambus tak?" kata Irsyad.
"Syad, saya rindu awak. Nanti lepas SPM kita dah tak boleh nak berjumpa" kata Salina dengan nada gediknya.
"Baguslah kalau kita tak berjumpa. Aku dah menyampah tengok muka kau. Daripada aku tengok muka kau, baik aku tengok muka kesayangan aku nih" Irsyad meletakkan tangannya di atas bahu Sofia.
Sofia menepis.
"Jangan sentuh lah!"
Irsyad tersengih.
"Sorry sayang"
"Sayang?" kata Salina.
"Maaflah ye. Aku rasa baik kau stop lah kejar si Syad ni. Dia dah berpunya. So, kau jangan kacau relay dia. Dia tengah berbahagia tu" balas Aidil.
"Syad dengan Sofia?"
Aidil dan Nazri mengangguk.
"Tak! Sofia tak sesuai dengan Syad. Syad aku punya lah!" jerit Salina.
"Hoi! Yang kau jerit macam orang gila ni kenapa?" kata Nazri.
"Syad milik aku lah! Kau memang tak guna! Kau rampas Syad dari aku! Kau memang nak kena dengan aku!"
Salina bersedia untuk menampar Sofia tetapi tangannya di tahan oleh Irsyad.
"Hey girl! Apa masalah kau ni? Kenapa kau nak tampar dia ha? Mak bapak dia pun tak pernah nak tampar dia, kau pulak yang suka hati nak tampar anak orang. Dah, kau jangan berani lagi nak sentuh dia. Kalau kau sentuh dia, nahas lah kau" Irsyad melepaskan tangan Salina.
Salina memandang tajam ke arah Sofia kemudian dia memandang Irsyad.
"Sampai hati awak kan buat saya macam ni? Kenapa awak tak pernah nampak yang saya cintakan awak?" kata Salina pada Irsyad.
"Sebab aku tak rapat dengan kau dan aku tak ada sedikit pun perasaan dekat kau. So, jangan kacau aku lagi. Kau cari lah lelaki lain. Dah, jom Puteri. Kita masuk dewan" Irsyad menarik tangan Sofia.
Aidil dan Nazri mengikut mereka berdua ke dewan.
Salina hanya memandang. Air matanya mulai turun. Dia berlari ke arah Liana dan Julia.
"Wey sis. Asal kau menangis ni?" tanya Liana.
"Irsyad..."
"Irsyad? Kenapa dengan dia?"
"Dia.. Dia bercinta dengan Sofia!" kata Salina sambil menangis.
"What?!" jerit Liana dan Julia.
"Serious?" kata Julia.
Salina mengangguk.
"Yess!!" Liana menjerit keriangan.
"Yang kau menjerit ni kenapa?" Julia bertanya.
"Sofia bercinta dengan Irsyad. So, Adam tu aku punya. Yeahh!"
"Haah lah kan. Sofia dengan Irsyad. So, Aidil tu aku punya. Yes! Tak ada sesiapa boleh rampas Aidil" kata Julia.
"Apa lah korang ni. Member tengah sedih ni"
"Hehe, sorry. Kau tak payah lah nak sedih sangat. Biar je Syad tu bahagia dengan pilihan dia. Kau cari je orang lain. Lupakan si Irsyad tu" kata Liana.
"Betul tu. Kita sekarang nak SPM. Tenangkan fikiran okay. Jom, masuk dewan" balas Julia.
Salina mengesat air matanya. Mereka bertiga masuk ke dalam dewan.
************
Bersambung..
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [C] ✅
Teen Fiction[COMPLETE] Mengisahkan tentang 7 orang jejaka yang baru pindah ke sekolah Puteri Aliyanna Sofia. Puteri Aliyanna Sofia merupakan anak pengetua sekolah. Walaupun Sofia anak pengetua, dia tidak berasa angkuh. Sofia tidak mempunyai ramai kawan. Dia ha...