#7 ; Kawan 👑

10.6K 651 9
                                    

"Kau kena kawan dengan kami" kata Adam.

"What? Kenapa aku jugak yang kena kawan dengan korang?" tanya Sofia.

"Sebab kami jarang kawan dengan perempuan. So, kau kena lah bersyukur sebab kami nak jadi kawan kau" jawab Syukri.

"Kenapa dalam banyak-banyak perempuan dalam kelas ni, korang pilih aku?"

"Sebab kau kasar" balas Irsyad dengan nada dinginnya.

Tercengang Sofia mendengar kata Irsyad.

'Mamat dingin ni kata aku kasar?'

"Yes. Kau kasar, tak macam perempuan lain dalam kelas ni. Over lebih" kata Adam.

"Over lah bagus. Manja sikit" Amirul mencelah.

"Manja tu lah yang gedik. Ei, geli aku." balas Syukri.

"Tapi aku tak geli pon. Suka adalah" kata Amirul sambil ketawa.

"Kau playboy! Sebab tu lah kau tak geli. Bongok!" kata Aidil lalu mengetuk kepala Amirul.

"Aduh! Sakit lah, setan! Kau tu sweet talker. Sama jugak macam playboy kan?"

"Mana ada sama. Playboy mempermainkan perasaan perempuan. Sweet talker mencairkan hati perempuan" jawab Aidil.

"Huh! Cair ke? Kau buat ayat manis dekat aku tadi, aku tak cair pon" celah Sofia.

"Sebab hati kau keras" Irsyad membalas dengan nada dingin.

Sofia memandang Irsyad.

'Eii, mamat ni lah. Suka hati dia je cakap hati aku ni keras. Tapi memang betul pon. Hoho, jarang lah aku cair dengan ayat lelaki ni'

"Ha. Betul tu, Syad. Aku sokong kau!" kata Aidil.

"Stop it, guys! Kita datang jumpa Yana bukan nak bagi tahu yang hati dia tuh keras! Serious la sikit!" kata Adam dengan nada yang tegas bercampur marah.

Adam memandang sahabatnya itu. Ahli 7 Prince Hots terdiam selepas dimarahi oleh Adam. Kemudian, Adam memandang Sofia.

Kecut perut Sofia memandang muka Adam yang sudah bertukar menjadi Red Hulk.

'Memang patut pon Adam jadi leader dalam group ni. Huish, seram betul kalau dia marah.'

"So, Yana. Berbalik pada topik tadi. Jadi kawan kami?" tanya Adam.

"Er, apa keuntungan yang aku akan dapat kalau kawan dengan korang?"

"Kami akan lindungi kau, selalu tolong kau, back-up kau, teman kau dekat sekolah. Right, guys?"

Sahabatnya hanya mengangguk.

"Kenapa korang nak buat semua tu untuk aku?"

"Sebab kau tak ada kawan" balas Irsyad.

"Yes. Dan jugak sebab kau dah jadi kawan kami" kata Adam.

Sofia memandang muka Adam.Kemudian, dia memandang muka ahli 7 Prince Hots. Mereka bertujuh memandang muka Sofia.

*******

Like? Vote this story! Tq~

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now