Sofia baring di atas katil sambil bermain dengan telefon samsung galaxy nya.
Dia membuka aplikasi galeri. Dia melihat semua gambarnya bersama dengan Irsyad.
Sofia tersenyum sendirian.
"Amboi. Kenapa senyum sorang-sorang tu?"
Sofia memandang sekilas kelibat di tepi pintu. Kemudian dia memandang kembali telefonnya.
"Kau muncul ni, nak apa?" tanya Sofia sambil matanya tetap pada skrin telefon.
"Tak ada apa-apa. Aku bosan. Sebab tu lah aku muncul. Nak berbual dengan kau"
"Aku busy lah"
Fitri menghilang. Kemudian dia muncul di sebelah Sofia sambil baring.
"Busy apa benda tu? Busy tengok gambar boyfriend ke?"
"Ehh, jangan baring sebelah aku. Berdosa. Kau tu lelaki okay" Sofia menjarakkan dirinya dari Fitri.
"Rilex arh. Aku nak tengok je apa kau buat tu. Bukan buat apa-apa pon. Aku roh kot"
"Bukan boleh percaya dengan kau ni" Sofia kembali memandang telefonnya.
Fitri turut memandang telefon Sofia.
"Wey, buka insta kejap. Aku dah lama tak tengok aku punya insta" kata Fitri.
"Memang lah kau dah lama tak tengok. Kau hantu mana ada telefon" Sofia membuka aplikasi Instagram.
"Apa nama insta kau eh?" soal Sofia.
"Nampak sangat kau tak stalk insta aku"
Sofia tersengih.
"Tak guna punya kawan"
"Sorry lah. Bukan sengaja pun" balas Sofia.
"Nama insta aku, Fitri_Zudin"
"Ouh, baru aku ingat" kata Sofia sambil menaip nama instagram Fitri.
Sofia melihat gambar di instagram Fitri.
"Eh, kau ada letak gambar aku?" kata Sofia.
"Bukan gambar kau sorang eh aku letak. Gambar aku dengan kau. Aku post gambar tu selepas kau bertolak ke rumah baru"
"Uish, dah lama tu. Baru sekarang aku tengok" balas Sofia.
"Memang kau tu. Kawan yang tidak berguna"
"Hehe, sorry lah wey. Lepas aku pindah tu, aku dah lama tak buka insta"
Sofia melihat gambar dia bersama Fitri.
Caption:
"Miss you, friend 😢"
"Aloo, sedihnya caption dia. Haha" Sofia ketawa.
"Kurangajar punya kawan. Kau ni tak ada perasaan sedih ke ha?"
"Ehh, siapa kata aku tak ada perasaan sedih? Waktu kau meninggal dulu, aku menangis sampai nak banjir tau rumah ni" kata Sofia.
"Banjir ke rumah ni?" tanya Fitri.
"Haha, tak adalah sampai banjir"
"Tengok followers aku berapa"
Sofia melihat followers instagram Fitri.
"10k" kata Sofia.
"Wow! Serious lah?"
"Serious lah" jawab Sofia.
"Yeahh, dah 10k"
"Eleh, jangan nak bangga sangat eh. Baru 10k"
"Suka hati aku lah!"
"Dah , aku nak post gambar aku dengan Syad" kata Sofia.
Sofia mengepost gambarnya dengan Irsyad.
Caption:
"Study dengan kesayangan 😝"
Tag:
Syad_7PH
"Wow, hensem lah boyfriend kau" kata Fitri.
"Eleh kau. Macam lah tak pernah nampak Syad"
Fitri tersengih.
"Wey, ada orang komen"
Komen:
Adamm_7PH : "cehh, study ke berdating ?"
NazHelmi_7PH : "Tengah study lah tu"
MallDarwishh_7PH : "Jelesnya akuu"
AidilWann_7PH : "Piwitt, sweet couple❤"
MirulReez_7PH : "Sweetnya lahaii"
Syukrii_7PH : "Semoga berbahagia 😂"
Syad_7PH : "Komen baik-baik sikit eh"
AidilWann_7PH : "Dah cukup baiklah ni aku
komen"MirulReez_7PH : "Hensem lah Syad 😂"
Syad_7PH : "Of course lah"
Syukrii_7PH : "Cantiklah Yana"
NazHelmi_7PH : "Kan? Cantik kan Yana?"
MallDarwishh_7PH : "Nak selfie dengan Yana
jugak 😭"Syad_7PH : "Kau jangan nak mengada eh"
MallDarwishh_7PH : "Kedekut punya kawan"
PuteriLiyaa_ : "Hoi, jangan memekak dekat sini"
AidilWann_7PH : "Syad tu yang memekak"
PuteriLiyaa_ : "Kau pun sama memekak"
Adamm_7PH : "Back-up boyfriend ke?"
PuteriLiyaa_ : "Tu soal ke perli?"
Syad_7PH : "Dia perli tu"
Syukrii_7PH : "Malas layan •_•"
PuteriLiyaa_ : "Okay, off dulu. Bye!"
Syad_7PH : "Bye sayang!"
MirulReez_7PH : "#budakacahsweet"
Sofia terus tutup aplikasi Instagram.
Dia memandang di sebelah. Kelihatan Fitri sedang memejamkan matanya.
"Eh, hantu pun tidur ke?"
"Dah tentu lah" Fitri menjawab sambil matanya tertutup.
"Kau mesti hantu yang kuat tidur kan?" kata Sofia.
Fitri membuka matanya.
"Suka hati kau je kata aku ni kuat tidur"
"Pergi lah tidur dekat rumah kau. Menyemak je tidur dekat dalam bilik aku"
"Ye lah. Aku blah dulu" Fitri terus menghilang.
Sofia meletakkan telefonnya di tepi.
"Aku pun nak tidur jugak"
Sofia menutup matanya. Akhirnya dia tertidur.
***********
Bersambung..
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [C] ✅
Teen Fiction[COMPLETE] Mengisahkan tentang 7 orang jejaka yang baru pindah ke sekolah Puteri Aliyanna Sofia. Puteri Aliyanna Sofia merupakan anak pengetua sekolah. Walaupun Sofia anak pengetua, dia tidak berasa angkuh. Sofia tidak mempunyai ramai kawan. Dia ha...