"Hari ni last kita keluar bersama. So, jom kita pergi jalan. Esok tak boleh" kata Sofia pada Irsyad.
"Pergi jalan? Jalan mana?" Irsyad bertanya.
"Mana-mana je. Jom lah"
"Disebabkan aku sayang kau, aku ikut kau je lah pergi mana"
"Yeahh, dah jom"
Mereka berdua berlalu ke kereta Irsyad.
***
"So, nak pergi mana ni?" tanya Irsyad sambil memandu keretanya.
"Shopping lah!"
"Kau memang suka pergi shopping eh?"
"Yup. Aku selalu shopping dengan abang. Sekarang ni abang tak ada dekat Malaysia. So, kau lah pengganti abang. Hahaha" Sofia ketawa jahat.
"Nasiblah dapat awek yang suka shopping ni" Irsyad menggelengkan kepalanya.
Sofia tersengih.
***
"Wey mangkuk! Kau tak penat lagi ke berjalan satu mall ni?" kata Irsyad sambil melangkah dengan lemah.
"Tak" jawab Sofia ringkas sambil matanya melihat sekeliling.
"Dah banyak barang kau beli ni"
"Suka hati aku lah" Sofia meneruskan langkahnya.
Irsyad mengeluh lemah.
'Nasib baik sayang. Kalau tak, dah lama aku tampar minah ni'
"Hey, mr cold heart! Jalan laju sikit boleh tak?"
"Kau panggil aku mr cold heart?" soal Irsyad.
"Ye lah. Kau kan dingin"
"Aku tak dingin lagi okay!" balas Irsyad.
"Whatever lah! Jalan tu cepat sikit ye"
"Siapa suruh kau jalan laju sangat?"
"Dah kau tu lembab sangat" jawab Sofia.
"Ish. Yelah-yelah. Aku jalan laju" Irsyad melangkah laju ke arah Sofia.
"Kau nak beli apa lagi?" tanya Irsyad sambil melihat bungkusan plastik yang dipegang oleh Sofia.
"Novel"
"Novel? Dekat bilik kau dah ada banyak novel kan?"
"Mana kau tahu dekat bilik aku ada banyak novel? Kau ngendap aku ehh?" Sofia memandang Irsyad.
"Ehh, tak ada masa aku nak mengendap kau"
"Dah tu, macam mana kau tahu?" Sofia mengangkat sebelah keningnya.
"Abang ipar aku bagi tahu" Irsyad tersenyum.
Sofia membuat muka menyampah.
"Ni barang yang terakhir kau nak beli kan?" soal Irsyad.
"Ye, lepas ni aku nak pergi makan pulak"
"Alhamdulillah. Kalau macam tu, biar aku belanja kau novel yang kau nak tu ye?" kata Irsyad.
Sofia memandang Irsyad dengan mata yang bersinar.
"Betul ni?"
"Ye betul. Tapi kau kena belanja aku makan lah" kata Irsyad sambil tersenyum-senyum.
"Okay. No problem!"
Mereka melangkah ke kedai menjual buku dan novel.
Selepas membeli novel, mereka berjalan ke sebuah restaurant yang terdapat di situ.
"Huu, banyak jugak kau beli novel kan? 5 buah novel pulak tu" kata Irsyad lalu menyuap nasi ayamnya ke mulut.
"Of course lah. Aku kan suka membaca. Novel aku dekat bilik tu dah habis aku baca"
Irsyad hanya terangguk-angguk.
"Lepas SPM kau terus uruskan syarikat ayah kau ke? Tak pergi sambung belajar?" soal Sofia.
Irsyad menjongketkan bahunya.
"Tak tahu lagi lah. Nantilah aku tanya ayah aku"
"Followers insta kau dah berapa? Jadi tak guna teknik aku?" tanya Irsyad.
"Jadi gila beb! Memang menjadi lah. Ramai fanz kau follow insta aku. Dari 1k terus jadi 30k"
"Kan aku dah agak. Memang menjadi punya"
"Terima kasih lah atas idea kau yang terlampau bernas tu" kata Sofia.
"Welcome. Idea aku memang selalu bernas"
Sofia membuat roll eyes.
***********
Bersambung..
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [C] ✅
Teen Fiction[COMPLETE] Mengisahkan tentang 7 orang jejaka yang baru pindah ke sekolah Puteri Aliyanna Sofia. Puteri Aliyanna Sofia merupakan anak pengetua sekolah. Walaupun Sofia anak pengetua, dia tidak berasa angkuh. Sofia tidak mempunyai ramai kawan. Dia ha...