"Korang bertujuh ni siapa eh? Kaya je aku tengok kehidupan korang" kata Sofia.
Irsyad memandang Sofia.
"Kalau kau nak tahu, sebenarnya kami anak Dato' "
"What?! Seriously korang anak Dato' ? "
Irsyad mengangguk.
"Kenapa aku tak tahu pun"
"Sebab kau tak pernah tanya"
"Huh! Patutlah kaya" kata Sofia.
"Kenapa? Kau pulak yang nak rampas harta keluarga aku?"
"Ehh, sorry sikit. Tak hingin lah aku nak rampas harta orang. Aku dah cukup bahagia dengan kehidupan aku" balas Sofia.
"Ha, sebab tu lah aku sayang kau!" Irsyad mahu mengusap kepala Sofia namun dihalang.
"Jangan berani nak sentuh kepala aku. Nanti serabai pulak tudung aku ni"
"Sampai hati kau layan pakwe kau macam ni" Irsyad mencebik.
"Eleh, merajuk konon! Pigidah!" Sofia menolak badan Irsyad.
"Kau ni. Tak pandai pujuk aku ke?"
"Tak! Jangan harap aku nak pujuk kau" Sofia menjelir lidah.
"Huh, nasiblah dapat awek yang tak reti nak memujuk ni"
"Nasiblah dapat pakwe yang dingin macam ni"
Mereka ketawa bahagia.
Dari jauh ada mata yang memerhati mereka berdua.
"Gembira betul aku tengok diorang berdua tu" kata Syukri.
"Kan? Dan, disebabkan Yana. Irsyad dah berubah" kata Nazri.
"Tu lah. Bersyukur Syad dah berubah. Tak de lah perangai dingin dia tu" balas Syukri.
"Aku harap Yana dapat bahagiakan Syad"
"Aku pun harap jugak"
"7 Prince Hots yang lain tak tahu yang diorang tengah bercinta. Kita jangan bagi tahu diorang. Jangan sampai diorang tahu, lagi-lagi si Adam tu" kata Nazri.
"Ye, kalau si Adam tu tahu. Mampus lah! Memang berperang lah diorang tu dekat rumah"
"Tu lah kan. Aku takut diorang berperang dekat rumah. Adam tu dah lah panas baran orangnya. Seram aku tengok dia" kata Nazri.
"Dah lah. Jom balik. Buat apa kita ngendap orang dating ni?" kata Syukri.
"Ha, jom lah"
***
"Puteri.."
Sofia memandang Irsyad.
"Makan jom! Lapar lah" kata Irsyad.
"Nak makan? Tapi aku tak bawak beg duit aku lah. Kau kata nak singgah tasik je"
"Ala, tak apa. Aku belanja. Jom lah"
"Kau belanja? Tak apa ke?"
"Tak apa. Everything for my Princess"
Sofia tersenyum.
"Ok jom"
***
"Puteri.."
Sofia yang sedang makan cheese cake memberhentikan suapannya dan memandang Irsyad.
"Nak apa?"
"Kau nak tahu tak?"
Sofia mengangkat sebelah keningnya.
"Setelah 2 tahun aku tutup pintu hati aku dekat perempuan, kau lah orang pertama yang berjaya buka pintu hati aku dan ubah perangai aku" kata Irsyad.
Sofia memandang Irsyad. Kemudian dia tersenyum.
"Aku tak ubah perangai kau. Kau yang kata kau nak berubah sendiri kan"
"Memang lah, tapi aku nak berubah pun disebabkan kau and thanks sebab hadir dalam hidup aku. Aku dah tak ada sapa-sapa lagi. Lepas mak aku mati kena bunuh, ayah aku terus tinggal dekat Jepun sebab kami ada syarikat dekat sana. Jadi, aku tinggal dengan 7 Prince Hots"
"Kau dah lama tak jumpa ayah kau?" tanya Sofia.
Irsyad mengangguk.
"Tak pe lah. Sekarang ni kau ada kawan yang sentiasa dengan kau. Aku pun sentiasa ada dengan kau" Sofia tersenyum.
"Thanks, Puteri"
"It's okay lah"
"Puteri, nak rasa sikit kek kau"
"Nak? Nah" Sofia menghulurkan kek cheesenya ke arah Irsyad.
"Suapkan lah"
"Ya Allah! Gediknya kau. Aku baru bercinta dengan kau satu hari, kau dah tunjuk perangai mengada kau. Apa ntah lagi kalau dah 2 bulan, makin menjadi-jadi lah perangai kau" kata Sofia.
"Hehe, kau kan penyabar orangnya"
"Nasib baik aku penyabar. Meh, aku suapkan kau ye" Sofia terus menyuapkan kek cheesenya ke dalam mulut Irsyad.
"Wey, aku tak sedia lagi nak posing. Baru nak tangkap gambar kau suap"
"Arh, mengada je lebih!"
Irsyad ketawa.
**********
Bersambung..
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [C] ✅
Teen Fiction[COMPLETE] Mengisahkan tentang 7 orang jejaka yang baru pindah ke sekolah Puteri Aliyanna Sofia. Puteri Aliyanna Sofia merupakan anak pengetua sekolah. Walaupun Sofia anak pengetua, dia tidak berasa angkuh. Sofia tidak mempunyai ramai kawan. Dia ha...