Esok SPM bakal tiba.
Sofia sedang study bersama Irsyad, Nazri dan Syukri.
"Uish, macam tak percaya je esok dah SPM" kata Syukri.
"Kan? Dah lah lepas SPM je aku kena bertolak Seoul" balas Nazri.
"What? Seoul?" tanya Sofia.
"Ye. Family aku ada dekat sana. Mungkin 4 atau 5 tahun aku dekat sana. Lepas tu aku balik lah Malaysia. Kerja dekat sini" jawab Nazri.
"Kenapa kau tak nak uruskan syarikat family kau dekat Seoul tu?"
"Kakak dengan abang aku ada untuk jaga. So, aku kena kerja dekat Malaysia. Aku dah bagi tahu ayah aku. Ayah aku okay je"
Sofia hanya mengangguk.
Tiba-tiba Adam muncul.
"Hai geng" kata Adam.
"Hai!!"
"Syad, aku nak jumpa Yana kejap"
Irsyad memandang Adam.
"Buat apa?"
"Aku nak cakap dengan dia sikit. Ala, kejap je lah. Tak kan dengan kawan pun kedekut" balas Adam.
"Hm, ye lah"
"Jom Yana. Ikut aku kejap" kata Adam pada Sofia.
"Okay"
Sofia mengikut Adam.
"Kau nak apa jumpa aku?" soal Sofia.
Adam memandang Sofia.
"Aku minta maaf dekat kau sebab aku pernah pukul Syad. Waktu tu aku terlampau ikut perasaan aku. Maafkan aku ye?"
"Tak apa. Aku dah lama maafkan kau" Sofia tersenyum.
Adam membalas senyuman Sofia.
"Thanks"
"It's okay lah. Kau jumpa aku just nak minta maaf je ke?" kata Sofia.
"Ada perkara lagi aku nak bagi tahu kau"
"Apa?"
"Aku kena bertolak ke London lepas SPM. Aku terus tinggal dekat sana. Aku just datang sini waktu ambil keputusan SPM je. So, kau jangan rindu aku nanti" kata Adam sambil tersengih.
"In Sha Allah aku tak rindu kau. Haha. Korang bertujuh memang kena balik luar negara ke lepas SPM?"
"Ye, kami kena tinggal sana terus. Kecuali Syuk dan Naz. Syuk dia balik sekejap je jumpa family dia. Lepas itu dia kena balik sini untuk jaga hospital tu dengan abang dia. Naz kena kerja dekat Malaysia sebab syarikat family dia abang dengan kakak dia yang jaga" jawab Adam.
"Ouhhhh"
"Ok, itu je yang aku nak bagi tahu kau. Pergi lah dekat Syad tu semula"
"Em, okay" Sofia terus berlalu ke arah Irsyad.
***
Sofia sedang mengulang kaji pelajaran di meja belajarnya.
"Selamat tinggal .. Pada kenangan.. Selamat tinggal oh semuanya.. Selamat tinggal.."
Telefon Sofia berdering.
Sofia melihat skrin telefonnya.
Video call dari Afieq.
Sofia segera menjawab panggilan.
"Abang!! Aku rindu kau!!" Sofia menjerit tatkala ternampak wajah Afieq di skrin telefonnya.
"Hoi! Salam kau mana?"
Sofia tersengih.
"Hehe, assalamualaikum"
"Waalaikumussalam. Ha, baru betul. Ni tak, terus menjerit pulak. Nasib baik aku video call kau. Kalau aku call kau, tentu dah pekak telinga aku"
"Hee, sorry lah. Aku teruja sangat. Dah lama tak nampak muka kau" kata Sofia.
"Rindu aku ke?"
"Dah tentu lah aku rindu kau. Kau rindu aku tak?"
"Aku pun rindu adik aku yang sengal ni" balas Afieq.
"Suka hati kau je eh kata aku sengal. Kenapa kau dah lama tak call aku ha?" tanya Sofia.
"Aku busy lah gila! Banyak benda yang aku kena buat. Ni aku ada masa sikit, aku video call dengan kau"
"Hm ye lah. Best tak dekat Los Angeles tu?"
"Best! Gila tak best. Tempat idaman aku ni"
"Kau ambil jurusan apa ha?" soal Sofia.
"Aku ambil jurusan engineer"
"Ouhh, berapa lama kau dekat sana?"
"5 tahun. Lepas 5 tahun baru aku balik"
"What? Serious lah?" Sofia bertanya.
"Serious lah. Tak kan aku nak tipu kau. Kau tengok muka aku ni macam penipu ke?"
"Memang muka kau macam penipu. Sebab tu lah aku tak percaya" balas Sofia.
"Amboi! Kurangajar nya. Aku cakap benda betul lah"
"Ha ye lah. Aku percaya"
"Dik, esok kau SPM kan?"
Sofia mengangguk.
"Buat betul-betul tau. Dapatkan straight A's. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan asyik nak berdating je dengan si Syad tu"
"Ye lah. Aku belajar betul-betul, ikut jejak kau ye" kata Sofia.
"Bagus. Ini lah adik yang aku sayang. Ok lah, aku ada kerja. Kalau ada masa nanti, aku call kau ya. Good luck in your SPM ya!"
"Okay. Bye, assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" Afieq terus mematikan panggilan.
Sofia kembali fokus mengulang kaji pelajaran.
***********
Bersambung..
*yeahhh, cerita 7 Jejaka Hots ni nak dekat tamat.🎉
Thanks kepada sesiapa yg baca cerita ni.😊
Thanks juga kepada yg vote crita ni.
Lpas ni ada cerita baru. Tajuknya adalah ' Cucu Tokwan '
Nntykan crita tu yaa. Ok bye! 😜
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [C] ✅
Teen Fiction[COMPLETE] Mengisahkan tentang 7 orang jejaka yang baru pindah ke sekolah Puteri Aliyanna Sofia. Puteri Aliyanna Sofia merupakan anak pengetua sekolah. Walaupun Sofia anak pengetua, dia tidak berasa angkuh. Sofia tidak mempunyai ramai kawan. Dia ha...