"Huu, kasar rupanya kau nih. Tengok macam pendiam" kata Irsyad dingin.
Dalam ahli 7 Prince Hots, Irsyad lah yang paling dingin antara kawan-kawannya. Jarang nak nampak Irsyad ni senyum. Walaupon perangai dia dingin, dia tetap digilai ramai gadis-gadis. 7 Prince Hots ni rupa mereka full package. Sebab itulah mereka digelar 7 Prince Hots. Mereka bertujuh selalu bersama.
"Kami tak nak panggil kau Sofia. Nama tu dah biasa sangat orang panggil" balas Syukri.
"Dah tu, korang nak panggil aku dengan nama apa?" tanya Sofia
"Sayang.." Aidil tersenyum.
"Kau jangan nak mengada panggil aku sayang"
Antara diorang semua, Aidil lah yang sweet talker. Pantang nampak perempuan cantik. Ada je ayat manis dia tuh. Ramai gadis yang paling minat Aidil berbanding rakan-rakannya yang lain.
"Aidil.." tegur Adam dengan nada yang mendatar.
"Er, ye lah. Baru nak usya sikit dah nak marah"
Adam menjeling tajam ke arah Aidil.
'Adam ni ketua dalam kumpulan 7 Prince Hots ke? Semua ikut cakap Adam je aku tengok' bisik hati Sofia.
"Kami panggil kau, Yana. Ha, nama tu special untuk kami je. Orang lain tidak dibenarkan untuk memanggil kau dengan panggilan Yana. Paham?" kata Adam.
"Yana? Hm, not bad." kata Syukri.
"Kau paham tak?!" jerkah Adam.
Ha, dalam group 7 Prince Hots ni, Adam lah yang paling tegas dan panas baran. Tapi, dia juga seorang yang periang dan peramah.
"Em, suka hati korang lah!"
"Kau anak pengetua sekolah ea?" tanya Amirul
Sofia mengangguk.
"Aku nak tanya korang ni. Korang nak apa sebenarnya jumpa aku?" soal Sofia.
"Nak apa? Nak curi hati kau boleh?" kata Aidil sambil tersenyum manis pada Sofia.
'Dah kenapa dengan mamat sekor ni? Senyum je memanjang. Pikir aku nak cair lah tengok senyuman dia?'
"Aidil.." Adam menegur Aidil.
"Okay, aku diam!"
Sofia tersenyum di dalam hati. Padan muka kena marah. Hahaha.
******
Like this story? Vote!
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [C] ✅
Teen Fiction[COMPLETE] Mengisahkan tentang 7 orang jejaka yang baru pindah ke sekolah Puteri Aliyanna Sofia. Puteri Aliyanna Sofia merupakan anak pengetua sekolah. Walaupun Sofia anak pengetua, dia tidak berasa angkuh. Sofia tidak mempunyai ramai kawan. Dia ha...