#20 ; Peminat 👑

8.9K 528 1
                                    

"Papa, mama. Liya nak cakap sikit"

"Liya nak cakap apa?" kata Puan Atiqah.

"Liya nak pergi Perlis waktu cuti nanti. Liya nak ziarah kubur Fitri. Lepas tu, Liya nak singgah rumah keluarga dia"

"Liya nak pergi dengan siapa?" soal Encik Ammar.

"Dengan jiran sebelah"

"Wah!! Abang nak ikut!" kata Afieq.

"Ha, boleh jugak kalau Fiq ikut. Boleh lah tolong tengok-tengok kan si Liya ni" balas Encik Ammar.

"Mama dengan papa bagi kan? Liya tidur sana satu hari je" kata Sofia.

"Hm, okay lah. Hati-hati kalau pergi sana. Jangan degil" kata Puan Atiqah.

"Haa, dengar tu dik. Jangan nakal. Jangan nak susahkan aku je dekat sana"

Sofia menjeling ke arah Afieq.

"Eleh, kau kalau tak nak jaga aku cakap je lah. Aku pandai la jaga diri" kata Sofia.

"Dah besar kan? Pandai lah jaga diri sendiri"

"Liya! Fiq! Berhenti gaduh. Masing-masing dah besar, dah boleh berfikir kan? Fiq, kamu sebagai abang kena jagakan adik. Kalau kamu tak nak dengar cakap papa, kamu tak payah ikut Liya pergi Perlis" kata Encik Ammar tegas.

"Ye lah. Fiq ikut cakap papa"

Sofia tersenyum menang. Afieq membuat muka annoying.

***

Seperti biasa, Sofia akan pergi ke sekolah dengan menaiki kereta 7 Prince Hots.

Tiba di sekolah,

Sewaktu 7 Prince Hots keluar dari kereta, semua budak perempuan menghampiri mereka bertujuh.

"7 Prince Hots!!"

"Morning , 7 Prince Hots!"

"Morning!" jawab mereka serentak.

Sofia membuat muka meluat.

'Gedik betul perempuan ni lah!'

"Aidil!!" 4 orang budak perempuan menghampiri Aidil.

"Aidil, dah makan?"

"Dah" Aidil jawab ringkas.

"Aidil handsome lah!!"

"Well, aku memang handsome pon"

'Werk! Perasan gila si Dian ni' bisik hati Sofia.

"Adam!!" 3 orang pelajar perempuan mendekati Adam.

Adam tak ramai perempuan yang minat dia sebab dia ni panas baran. Jadi, perempuan takutlah nak dekat dengan si Adam ni. Aidil dengan Amirul je yang ramai perempuan minat dia. Biasalah, sorang playboy. Sorang lagi sweet talker.

"Adam! You segak lah hari ni" kata Liana dengan nada gediknya.

"Hoi, tepi sikit boleh tak? Aku nak lalu ni"

"Adam, kenapa nak marah-marah ni? I puji you kan" balas Liana.

'Eii, geli nya aku dengar. Baik aku masuk kelas cepat' kata hati Sofia.

Sofia mahu beredar, namun tangannya ditarik oleh seseorang. Sofia terdorong ke belakang.

"Kau nak pergi mana?" soal Irsyad.

"Nak masuk kelas lah! Aku malas nak tunggu korang. Masing-masing sibuk layan peminat"

"Tak apa. Kau jalan je dengan aku masuk kelas. Yang lain biarkan diorang dengan hal masing-masing"kata Irsyad.

Sofia memandang di sekeliling Irsyad. Tak ada perempuan pon yang mendekatinya. Mungkin sebab dia ni dingin. So, perempuan tak nak dekat dia. Hahaha!

"Er, ok lah"

Sofia berjalan dengan Irsyad masuk ke dalam kelas.

********

Vote!

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now