#55 ; Wad 👑

6.9K 335 0
                                    

7 Prince Hots menunggu Irsyad di luar bilik wad.

"Wey, kau dah call Yana?" tanya Nazri pada Syukri.

"Dah, kejap lagi sampai lah tu"

"Rian!"

Syukri berpaling.

"Yana!"

Sofia mendekati Syukri.

"Yaziq macam mana? Okay?" soal Sofia.

"Dia tengah di rawat. Sabar ok"

Tiba-tiba seorang doktor keluar dari bilik wad tersebut. Syukri mendekati doktor itu.

"Macam mana dengan dia?" tanya Syukri.

"Kawan tuan muda baik-baik saja. Dia cuma pengsan sebab perut dia senak. Dia perlukan banyak rehat. Nanti kalau dia dah sedar, tuan muda boleh bawa dia keluar" kata doktor yang bernama Danial.

"Baiklah, terima kasih"

"Sama-sama, tuan muda" doktor Danial berlalu dari situ.

"Tuan muda?" Sofia kehairanan.

"Kalau kau nak tahu, hospital ni milik keluarga Syuk yang dijaga oleh abangnya. Semua pekerja dekat sini panggil dia tuan muda" kata Amirul.

"Ouh, kenapa abang kau yang jaga?" tanya Sofia pada Syukri.

"Dah abang aku je yang ada untuk jaga hospital. Nak tunggu aku lama lagi. Ibu bapa aku tak ada dekat sini. Diorang tinggal dekat Ireland, jaga syarikat dekat sana" kata Syukri.

"Ireland? Serious lah ibu bapa kau ada syarikat dekat sana?"

"Serious"

"Ehem. Yana, kau tak nak masuk tengok Syad ke?" kata Nazri.

"Eh, dah tentulah nak. Jom lah"

Mereka semua masuk ke dalam bilik wad.

Sofia mendekati Irsyad. Terdapat kesan lebam di pipinya. Terkejut Sofia.

"Yaziq.."

"Macam mana dia boleh jadi macam ni ha?" Sofia memandang tajam ke arah 7 Prince Hots.

7 Prince Hots hanya menundukkan kepala.

Sofia memandang Adam.

"Aku tahu ni kerja kau kan, Adel? Kau call dia suruh dia balik rumah sebab nak puku dia? Kenapa dengan kau ni ha?!"

Adam terkedu.

"Aku..aku minta..maaf"

"Sanggup kau pukul dia kan? Apa salah dia? Sebab aku ke korang gaduh? Please lah Adel. Jangan jadi budak tak matang lah!" Sofia mula mengalirkan air matanya.

"Yana.. Aku tak sengaja. Aku minta maaf" kata Adam.

Sofia menghampiri Adam.

"Aku tak nak kehilangan dia! Cukup lah aku terseksa kehilangan Fitri! Aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang lagi! Aku tak sanggup. Please lah Adel. Kita kawan. Jangan buat aku macam ni. Kau pukul dia, sampai dia hampir hilang nyawa tahu tak?! Kau nak bunuh dia ke? Jangan sampai aku bunuh kau pulak, Adel!" Sofia menggoncang bahu Adam.

Adam hanya mendiamkan diri.

"Yana. Calm ok? Syad okay je ni. Dia just pengsan" kata Amirul.

Sofia melepaskan bahu Adam. Dia memandang Amirul.

"Aku cuma takut kehilangan dia. Cukup lah aku kehilangan Fitri" Sofia terus berlalu keluar dari bilik wad tersebut.

Sofia duduk di atas kerusi yang disediakan di hadapan bilik tersebut. Dia menangis.

"Jangan lah menangis, Sofia"

Fitri duduk di sebelahnya.

"Kenapa kau muncul tiba-tiba ni?"

"Aku muncul sebab kau menangis lah. Aku just nak tenangkan kau"

"Tak apa. Aku okay je" kata Sofia sambil mengesat air matanya.

Mujur tiada orang yang lalu di situ. Kalau tak, tentu orang kata dia gila sebab cakap sorang-sorang.

"Aku tahu kau tak nak kehilangan dia"

"Ye, aku dah kehilangan kau. Aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang buat kali yang kedua" balas Sofia.

"Hm, aku paham"

Sofia terdiam. Tiba-tiba Aidil muncul.

Fitri masih duduk di sebelah Sofia. Maklumlah, hanya Sofia je yang boleh nampak dia.

"Yana. Boleh aku duduk?" kata Aidil.

"Boleh.. Eh jap. Jangan duduk dulu"

Sofia memandang Fitri dengan tajam.

"Kau boleh blah tak?" kata Sofia pada Fitri.

Fitri tersengih.

"Ala, aku nak jugak dengar apa korang bual"

"Tak payah sibuk lah Fit!"

"Fit?" Aidil kehairanan.

Dia memandang tempat duduk di sebelah Sofia.

Kosong!

"Ish, ye lah. Aku nak pergi lah ni. Ok, aku chau dulu. Bye!" Fitri terus menghilang.

"Huh, dah pergi pun"

"Siapa yang dah pergi?" soal Aidil.

"Hantu. Ha, kau duduk lah"

"Hantu? Kau biar betul?"

"Betul. Buat apa aku nak tipu kau" kata Sofia.

Aidil duduk di sebelah Sofia.

"Hantu apa?" tanya Aidil.

"Hm. Nak katu hantu, muka dia bukan macam hantu. Em, senang cerita tadi tu roh lah"

"Haa? Roh? Kau boleh nampak roh?"

"Entah. Roh dia je yang aku nampak. Roh orang lain aku tak nampak" jawab Sofia.

"Roh siapa kau nampak?"

"Roh Fitri.."

**********

Bersambung..

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now