Fitri memandang Sofia.
"Sebenarnya Sofia, aku suka kau"
"Ha?" Sofia blur .
"Aku suka kau. Sejak kau jadi kawan aku"
"Maksudnya, kau dah fall in love dengan aku?" Sofia bertanya.
Fitri mengangguk.
"Kenapa kau tak bagi tahu aku awal-awal?"
"Masa tu kau baru tingkatan 1, tak kan lah aku nak bagi tahu kau"
Sofia terdiam.
"Tapi aku rasa, dah tak ada gunanya aku bagi tahu kau. Aku dah meninggalkan dunia. Jadi, aku rasa baik aku lupakan je"
"Haih kau ni. Tak apa lah, yang penting kau tetap kawan aku kan?" kata Sofia.
"Yes, aku tetap kawan kau" Fitri tersenyum.
"Fit, aku rindu senyuman kau lah. Jangan lah senyum, nanti aku tak boleh tidur malam pulak"
"Haha, tak apa. Nanti malam-malam aku muncul sebelah kau"
"Kau jangan tiba-tiba muncul baring sebelah aku. Nanti aku baca ayat al-quran. Terbakar kau dekat situ" kata Sofia.
"Hamboi, jahatnya kau. Ok lah, aku chau dulu. Ingat pesan aku, luahkan je dekat dia. Jangan pendam okay? Aku pergi dulu. Bye!"
Bayangan Fitri terus menghilang.
Sofia terdiam. Dia masih buntu mahu berterus terang atau tidak.
"Hm, aku rasa aku kena berterus terang dengan Yaziq. Dia terima atau tolak, tu tak penting. Yang penting aku kena luah kan. Ok! Besok aku jumpa dia"
***
Sofia berjalan mencari kelibat Irsyad.
'Hish, mana pulak mamat dingin ni pergi?'
Akhirnya, Sofia terjumpa Irsyad sedang duduk di pondok bersama Syukri dan Nazri.
Sofia berjalan menghampiri mereka.
"Eh, Yana!" kata Syukri.
Sofia tersenyum. Dia memandang Irsyad.
"Yaziq, aku nak jumpa kau kejap"
Irsyad memandang Sofia.
"Buat apa kau nak jumpa aku?"
"Aku ada hal penting nak bagi tahu kau. Jom, ikut aku pergi kolam belakang" kata Sofia.
"Em, okay"
Irsyad mengikut Sofia ke kolam belakang sekolah.
Sofia memerhati sekeliling.
'Ok, tak ada orang. So, aku boleh lah bagi tahu dia'
"Kau nak apa jumpa aku?" soal Irsyad lalu duduk di salah satu bangku yang terdapat di situ.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau"
"Okay, apa benda?"
"Yaziq, aku sebenarnya.." Sofia memberhentikan percakapannya. Dia menarik nafas kemudian hembus.
"Ya, teruskan percakapan kau"
"Aku sebenarnya suka kau. Aku suka kau sejak kau jadi kawan aku. Serious aku cakap, aku suka kau! Aku tak kesah kalau kau nak reject aku, tapi aku nak kau tahu yang aku betul-betul suka kau" dengan sekali nafas saja Sofia sudah meluahkan perasaannya pada Irsyad.
Fuhh, lega bila dah luahkan perasaan.
Irsyad tersenyum. Terkaku sekejap Sofia melihat senyuman Irsyad.
Wahh, Irsyad senyum lah!
"Aku tahu, Yana" kata Irsyad.
"Ha? Kau tahu? Macam mana kau tahu?"
"Semalam abang kau call aku. Dia ceritakan segalanya dekat aku. Termasuklah yang kau nak confess aku" jawab Irsyad.
"What?! Eii, tak guna punya abang! Sanggup dia bocorkan rahsia aku!"
Irsyad ketawa.
"Haha, tak apa lah. Yang penting sekarang ni, aku tahu yang kau suka aku dan yang paling penting sekali aku tak bertepuk sebelah tangan"
Sofia tergamam.
"Maksudnya, kau suka aku jugak?" Sofia bertanya.
Irsyad mengangguk. Sofia tersenyum gembira.
"Haaa, kantoii!"
Irsyad dan Sofia terkejut.
*********
Bersambung..
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [C] ✅
Novela Juvenil[COMPLETE] Mengisahkan tentang 7 orang jejaka yang baru pindah ke sekolah Puteri Aliyanna Sofia. Puteri Aliyanna Sofia merupakan anak pengetua sekolah. Walaupun Sofia anak pengetua, dia tidak berasa angkuh. Sofia tidak mempunyai ramai kawan. Dia ha...