#26 ; Siapa Buli Fitri ? 👑

8.5K 464 0
                                    

"Aunty!"

"Ye Puteri. Nak apa?" soal Aunty Nia.

"Puteri nak tanya sikit boleh?"

Aunty Nia memandang Sofia.

"Tanya apa?"

"Siapa yang buli arwah Fitri? Aunty tahu tak siapa yang menyebabkan Fitri terbunuh?" tanya Sofia.

Aunty Nia terdiam.

"Aunty, jawablah. Aunty tahu kan?"

"Puteri, benda ni dah berlalu setahun yang lepas kan? Lupakan je lah" kata Aunty Nia.

"Mana boleh Puteri lupakan. Fitri kawan rapat Puteri! Puteri nak tahu siapa pembuli tu!" balas Sofia dengan nada yang tinggi sedikit.

"Adik! Jangan tinggikan suara. Hormat sikit" kata Afieq.

"Sorry aunty"

"Tak apa, aunty faham perasaan Puteri" kata Aunty Nia.

Sofia mengeluh.

"Zack. Zack and the geng yang menyebabkan Fitri terbunuh"

Sofia terkejut.

"Zack?"

Aunty Nia mengangguk.

"Siapa Zack?" soal Adam.

"Zack and the geng gangster sekolah. Mereka suka buli budak bawah mereka dan budak yang lemah" jawab Lily.

"Tapi Fitri tak lemah! Kenapa diorang buli Fitri?"

"Fitri budak bawah umur dia. Lagi pun, Fitri kawan rapat dia Sofia. Diorang dendam dengan Sofia hanya disebabkan Sofia ada kawan. Sejak Sofia pindah, diorang gunakan Fitri sebagai pengganti Sofia" balas Lily.

Sofia terdiam. Air matanya mengalir.

"Aku nak jumpa Zack!" Sofia memandang 7 Prince Hots.

7 Prince Hots terkedu.

"Kenapa pandang kami?" soal Amirul.

"Bawak aku jumpa Zack!"

"Bila? Kau nak jumpa dia dekat mana?" Aidil bertanya.

"Aku nak jumpa dia esok. Aku tahu dekat mana dia dengan kawan-kawan dia selalu lepak" balas Sofia.

"Kenapa kau nak jumpa dia? Kau tak takut ke kalau dia pukul kau?" tanya Afieq pula.

"Tak mengapa, Fiq. Kami kan ada untuk tolong adik kau" kata Syukri.

"Berapa orang geng Zack tu?" soal Irsyad.

"Tak ramai. 3 orang je"

"Kau kenal Zack ke?" kata Nazri.

Sofia mengangguk.

"Dia lah yang buli aku waktu aku form one"

"Kau rasa dia ingat kau lagi ke?" soal Iqmal.

"Aku yakin dia ingat aku lagi. Dia buli aku dari form one sampai form three walaupun Fitri selalu tolong aku. Dia tak pernah nak berhenti buli aku" jawab Sofia.

"Umur dia sekarang berapa?" kata Adam.

"Sekarang umur dia 19 tahun"

"Ouh, setakat 19 tahun ni no hal lah!" balas Aidil.

7 Prince Hots tersenyum jahat termasuklah Sofia.

'Seram pulak aku tengok diorang senyum jahat ni' bisik hati Afieq.

***

Sofia dan 7 Prince Hots berjumpa dengan Zack and the geng di taman.

"Taman? Diorang selalu lepak dekat taman?" soal Syukri.

Sofia mengangguk.

"Mana kau tahu?" soal Irsyad pula.

"Aku selalu nampak diorang dekat sini" balas Sofia.

"Betul ke kau nak jumpa dia ni?"

"Ye! Banyak soalan yang aku nak tanya dekat dia" kata Sofia.

"Aku tak kesah kalau kau nak tanya dia macam-macam soalan, tapi jangan buat perkara yang luar jangkaan" nasihat Afieq.

"Luar jangkaan?" tanya Amirul.

"Kalau korang nak tahu, Sofia ni kalau dah marah bahaya. Setahun lepas, dia nyaris bunuh Zack sebab Zack suka buli dia. Lepas Zack takut kalau Sofia cuba bunuh dia lagi, dia berhenti buli Sofia" terang Afieq.

"Wah! Bahaya adik kau ni. Nampak macam pendiam" kata Aidil.

"Dah! Aku malas nak dengar korang berbual lagi. Aku nak cepat jumpa dengan Zack" kata Sofia.

"Okay, jom!"

**********

Bersambung..

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now