Darwisyh Daniall berjalan laju menuju ke arah sebuah butik yang berada di seberang jalan. Langsung tidak menoleh kanan dan kiri. Semakin besar langkahnya. Peluh yang menitis di dahi putihnya itu tidak dihiraukan.
Ah,lantaklah. Yang pastinya ni mesti mama naik hantu.Mana tidaknya,janji dengan Puan Sophea.Fuh konon pukul 3:30 nak ambil. Ni sekarang dah berganjak ke pukul 5:30. Adoi,memang berleter lah kejap lagi kau Wisyh. Katanya dalam hati.
Langsung tidak perasan orang yang sedang kusyuk berdiri sambil melihat telefon bimbitnya.Apa yang ada dalam kepalanya ketika itu ialah cepat. Jam tangan dikerling. Darwisyh berjalan sambil muka didongakkan sedikit dan mata setia memandang butik yang semakin hampir.
Tiba-tiba.....
Buukkkkk!!!!!
" Aduh,sakitnya! ". Darwisyh mengaduh kesakitan setelah punggungnya terhentak kuat di atas lantai yang berukiran batu tersebut.
" Rabun mana pulak yang langgar aku ni? " Darwisyh merungut sambil mengurut pinggulnya perlahan.
" Gila buta eh? " katanya kuat.Razieana yang perasan soalan itu di acukan padanya lantas dia bangun dan membetulkan bajunya yang berkedut.
" Eh,sorry ya..saya dah lambat ni. Memang tak ada masa nak layan awak. Bye. " dengan segera Razieana mahu berlalu. Bukam niatnya mahu kurang ajar, tetapi dia memanh betul betul lambat dalam menguruskan halnya.
" Eh,makcik.Suka-suka kau jerk blah gitu. Ni kau nampak ni habis jam aku rosak disebabkan kau tahu. " Dengan posisi duduk Darwisyh menempelak gadis yang baru separuh jalan itu berlalu. eh?jam aku rosak?
rosak?....Matanya laju membelek jam tangan jenama adidas yang sudah retak." Hoiiiiiiii!!!!!!! Wah..gila perempuan ni.. Kau....aish...memanglah! "
Darwisyh mendengus kasar. Siap kau. Tengoklah. Aku akan cari kau. Kalau bukan sebab jam ini. Gila tak marah jam pemberian orang ni. Dahlah orang yang paling aku sayang.Rambutnya yang sedikit kusut diperbetulkan. Nasib baik jalan ni tak ramai orang KL. Penuh dengan orang bangla saja. Kalau orang melayu. Mampus. Malu aku.Ish!
Kakinya laju menyusun semula langkah yang terhenti tadi menuju ke butik Ibonda.
⏳
Radzieana segera berlari anak masuk ke dalam butik yang agak famous di bandar raya ini. Butik Ibonda ialah butik yang mempunyai 4 tingkat. Dengan pantas dia menekan punat lif.
' Aduh cepatlah. Mati aku ni kang. Dah lambat ' setelah pintu lif terbuka segera dia masuk,menekan punat tingkat empat.
'' Fuh! lega. '' katanya perlahan." ouh,lega eh. Lega sebab kau dapat lepaskan diri dari bayar balik apa yang kau dah buat. "
Hampir terlompat Razieana mendengar suara garau itu. Hantu lif mana pula ni.
Lantas dia melihat nombor yang tertera di atas kepala pintu lif itu.' Aduh lambatnya. Tak ada orang ke yang nak naik ni. Pleaselah.. Cepatlah. Cepatlah. Janganlah lambat. Please be nice to me lif.
" Woi,makcik.Pekak ke? " Lagi sekali suara garau itu bergema satu ruang lif itu.
Tanpa menghiraukan suara garau yang berkata dengannya,sampai sahaja pintu lif terbuka. Pantas dia melangkah keluar. Belum sempat tangan lain yang sempat menyambar pergelangan tanggannya menarik kembali masuk ke dalam lif. Punat close ditekan.
YOU ARE READING
You Are My Saviour & My Soulmate
RandomSiapakah Darwisyh Danial yang sebenarnya? Pertemuan Razieana bersama Darwisyh Danial yang menduga sangatlah memberi kesedaran kepada Razieana tentang sesuatu... Sesuatu yang memberi kelainan dalam dirinya. Adakah Darwisyh yang mengubah Razieana? Si...