Bab 15

55 5 0
                                    

Aku berjalan lemah menuju ke pintu masuk utama rumahku. Aku mengerling jam tangan Adidasku. 8:30 malam. Aku mengeluh.

Mesti Umi dan ayah risau ni. Bisik hatiku.

" Assalamualikum! " kataku berserta ketukan.

Tidak sampai beberapa minit. Suara lembut umiku menjawab salamku. " waalaikumsalam, " seraya itu pintu rumah juga terkuak.

"Sorry umi, Razie ada hal kit tadi"

"Hurm tak apa. Janji Razie selamat balik sudah. Ni dah solat magrib kat luar? " tanya umiku menutup pintu utama kembali setelah aku masuk.

Aku duduk sebentar disofa.
" Bendera jepunlah ibu. Hehe.."

Umi hanya ooo... Dan mengangguk faham. " Pi lah makan. Banyak lagi tu dekat dapur. Lepas makan mandi okay? "

Dengan sahaja pasal makan. Serta merta perutku berkeroncang. Aku terus bangun menuju ke dapur. Mangkuk kaca yang berisi ayam sambal aku buka. Mangkuk kaca berwarna hijau yang berisi lauk tomyam juga aku buka. Air liurku terus melecur.

" Eh jap,mana sayur bayam? " aku pusing menghadap ibu yang sedang menuangkan air jus epal kedalam gelas.

" Dah habis. Kalau nak Umi boleh buatkan. "

" Eh tak apa. Rezeki yang ada didepan mata ni pun dah cukup " aku menyengih. Lantas aku mencedok nasi kedalam pinggan. Lauk pauk aku cedok.

Dengan lafaz bismillah. Aku makan dengan berseleranya.
" Amboi! Lapau benau gamaknya. Makanlah. Umi nak pi jenguk ayh sekejap "
Aku hanya menaikkan ibu jariku.

"okay"
Sedang aku duk menyuap makanan. Tiba-tiba fikiranku mula terbayang kejadian tadi.
Kejadian berlaku antara Aku dan Darwisyh.
Kenapa dia menanggis yek?
Dia ada masalah ke?
Tapi masalah apa?
Atau
Dia sakit ke?
Kanser?
Ish tak mungkinlah. Takkan.
Moga-moga dijauhkan.

Fikiranku mula teringat pula tentang Syahmi Idlan.
Aku berfikir sejenak.
Kalau tak silap aku lah eh.
Dia tu aku kenal. Muka dia. Suara dia. Macam macam seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku.

Aku mengerutkan dahi.
Aku paksa otak aku untuk mengingati dimana aku pernah bertemu atau tidak sama Syahmi. Aku ingatkan semula pula zaman persekolah menengah aku.

Setahu aku, yang kawan rapat dengan aku. Thaqifah. Umai. Hazi dan Atsya.
Dan,
" Imran Syukran " kataku perlahan.
Serta merta memori kami sewaktu dizaman menengah terimbas kembali.

8 Tahun yang lalu....

Gementar. Takut. Menggigil.

Ya itulah yang aku rasa sekarang ni.

" Kau ni. Tak payah nak gigil sangatlah. Kau kan pelajar tip top student. Takkan gagal punya. " Suara Thaqifah yang cuba menenangkan hatinya waktu itu tidak diendahkan.

" Kau chill je.. Cuba kau tengok boyf kau tu. Cool je.. " Thaqifah menjuihkan bibirnya ke arah susuk tubuh belakang badan Imran.. Mukanya dari tepi sangat jelas menunjukkan riak mukanya yang tidak takut atau gentar.

" Ish engkau ni. Diamlah qifa! " aku menjeling Thaqifah disebelahku.

Dia menyegih. " Kau ni! Aku try nak chill kan kau lah! "

Aku mula merengus apabila nama yang dipanggil oleh pengetua tidak dapat aku dengar dengan jelas.

" Qifa! Diam! " kataku tegas.

" Baik Puan! " dia ketawa mengejek.

" Pelajar ini telah mendapat nama yang sangat popular dengan sikapnya yang garang. Dia memegang jawatan sebagai pengawas sekolah yang sangat tegas. Dia memperoleh keputusan yang amat memuaskan. Iaitu 7A+ dan 3B+ Tidak bukan kalau bukan pelajar kesayangan saya. " kata Pengetua. Seisi dewan mula riuh.

You Are My Saviour & My SoulmateWhere stories live. Discover now